in

Prison Break America’s Hit TV Series is Back on 8TV

TX Date: 19th January 2009
Time: 10.30 pm

Drama yang penuh dengan aksi dan suspens ini telah berjaya menarik perhatian peminat semua selama tiga musim dan kini Prison Break kembali menghantui anda dalam musim terbaru yang pastinya lebih mendebarkan. Prison Break akan memulakan siaran pada 19 Januari 2009 ini jam 10.30 malam hanya di 8TV!

“Walaupun berjaya melepaskan diri dari Penjara Sona, namun itu semua hanyalah permulaan bagi sebuah perjalanan yang cukup panjang oleh Michael Scofield dan abangnya Lincoln. Mereka terpaksa berhadapan dengan halangan yang lebih rumit dan mencabar.,” komen Lam Swee Kim, Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV.

Prison Break merupakan sebuah drama bersiri dari Amerika yang cukup popular mengisahkan tentang seorang lelaki (Lincoln) yang dianiaya sehingga terpaksa menjalani hukuman mati. Namun atas kebijaksanaan adiknya, Lincoln berjaya meloloskan diri dari penjara dan bermulalah episod baru kehidupan mereka sebagai pelarian yang sentiasa menjadi buruan polis. Drama ini merupakan ciptaan Paul Scheuring yang telah diterbitkan oleh Adelstein-Parouse Productions dengan kerjasama Original Television and 20th Century Fox Television.

Musim ke-4 ini bermula dengan keinginan Micheal untuk membalas dendam ke atas Gretchen kerana membunuh teman wanitanya. Sara sebelum mengetahui yang Sara masih hidup. Whistler yang bekerjasama dengan Mahone untuk menjatuhkan Company juga telah dibunuh. Sucre, Bellick dan T-Bag berjaya melarikan diri setelah Penjara Sona mengalami kebakaran.

Micheal kembali ke Chicago untuk mencari Sara namun beliau akhirnya diberkas oleh Don Self (Michael Rapaport) seorang Agent Keselamatan Negara. Scofield telah diberi tugasan untuk menjatuhkan Company dan sebagai balasan Scofield, Michael dan rakan-rakannya akan diberi kebebasan.

Lincoln yang pernah ditangkap di Panama telah dipindahkan ke Penjara Chicago telah dibebaskan atas pertolongan Don. Scofield akhirnya bersetuju bekerjasama dengan Don dan menubuhkan pasukannya sendiri yang dianggotai oleh Lincoln, Sara, Mahone, Sucre dan Bellick dalam misi untuk mendapatkan Scylla.

Scofield dan kumpulannya bekerjasama menyusun strategi untuk mencuri Scylla dari Company namun mereka terpaksa berhadapan dengan Wyatt (Cress Williams) seorang pegawai yang dihantar oleh Company untuk menghapuskan mereka.

Musim terbaru Prison Break ini pastinya lebih mendebarkan dan anda sudah pasti tidak sabar-sabar untuk mengetahui kisah selanjutnya. Jangan lupa untuk menyaksikan drama yang penuh aksi dan suspens ini bermula 19 Januari 2009 hanya di 8TV! Anda juga dapat menonton 8TV di siaran 708 Astro anda.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Slot Senda Pagi Perkenalkan Gameshow Ewah-Ewah & Berek

UJIBAKAT BINTANG RTM 2009