in

Primeworks Studios Umum Ko-Produksi Jepun di Content Malaysia 2014

Primeworks Studios Umum Ko-Produksi Jepun di Content Malaysia 2014 Bersama 8TV dan ntv7 sebagai stesen penyiaran rasmi di Malaysia; dan Nippon Television dan Tokyo Broadcasting System dari Jepun

Primeworks Studios telah mengumumkan dua projek usahasama Jepun terbarunya, Welcome to the Railworld Japan dan Find the Wasabi!, di sidang media yang diadakan di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur hari ini.

Welcome to the Railworld Japan merupakan kerjasama antara Primeworks Studios dan 8TV Malaysia dengan Nippon Television dan Sumitomo Corporation. Siri travelog ini kini dalam proses penggambaran. Siri variety-permainan Find the Wasabi! pula menyaksikan kolaborasi antara Primeworks Studios dan ntv7 Malaysia bersama Tokyo Broadcasting System (TBS) dan dijadualkan untuk memulakan penggambaran pada bulan November ini.

Primeworks Studios Umum Ko-Produksi Jepun di Content Malaysia 2014

Bermula dengan sebuah perjanjian kolaborasi yang ditandatangani Media Prima dan Nippon Television pada tahun 2013, format Welcome to the Rail World telah dicadangkan kepada stesen penyiaran Jepun itu. Apabila bantuan untuk ko-produksi antarabangsa telah diberikan kepada badan-badan penyiaran Jepun oleh Persatuan Eksport Program Siaran Jepun (BEAJ), perbincangan telah dimulakan antara Primeworks Studios dan Nippon Television dalam menghasilkan sebuah siri travelog keretapi.

Siri ini merupakan adaptasi Jepun terhadap format asal Welcome to the Rail World terbitan Primeworks Studios pada tahun 2010. Siri ini juga diilhamkan oleh konsep siri travelog keretapi terbitan Nippon Television, Next Stop, Discovery. Produksi siri ini diketuai oleh Primeworks Studios manakala peranan-peranan sampingan seperti kajian, kru teknikal dan koordinasi di lokasi dibuat oleh Nippon Television. Produksi tersebut telah menjadi sebuah kolaborasi minda dan kemahiran yang sebenar, atas usahama kedua-dua tenaga produksi dalam menghasilkan kandungan yang menarik dan tersendiri.

Projek kolaborasi ini memberikan peluang kepada Primeworks Studios untuk bertukar pendapat dan ilmu mengenai penerbitan kandungan bersama syarikat produksi lain, dan ini dapat membantu objektifnya dalam menyediakan kandungan Asia untuk dunia. Untuk pihak 8TV pula, stesen penyiaran tersebut melihat kolaborasi ini sebagai sebuah platform untuk hosnya Henry Golding untuk meneroka Jepun dalam format yang sudah dikenali oleh penonton-penonton saluran tersebut, dan melihat pengembaraan tersebut dari sudut perspektif Malaysia.

Perbincangan ko-produksi musim kedua Find the Wasabi! turut bermula dengan tersedianya senario bantuan ko-produksi antarabangsa dari BEAJ, dan Primeworks Studios telah dipilih untuk bekerjasama dalam rancangan yang dimiliki TBS ini. Produksi siri rancangan variety-permainan rancangan permainan ini diketuai oleh TBS, manakala Primeworks Studios pula memberikan bantuan produksi dari segi menjanakan idea kandungan yang penuh dengan ciri-ciri Malaysia, dan juga menyumbangkan sebuah personaliti TV untuk menyertai rancangan tersebut. Pelakon dan penyanyi dari Malaysia yang juga personaliti Top 10 ntv7, Adrian Tan, mengambil peranan sebagai salah seorang hos rancangan ini.

Find the Wasabi! bukan sahaja melibatkan Primeworks Studios dan TBS sebagai tenaga kerjasama utama, tetapi juga melibatkan badan penyiaran dari Singapura dan Thailand, Mediacorp dan GMM Grammy, sebagai penerbit bersekutu. Kolaborasi antara 4 organisasi ini dilihat sebagai langkah perintis dalam genre rancangan variety-permainan kerana kolaborasi produksi antarabangsa lazimnya ditubuhkan bagi dokumentari dan drama.

Ko-produksi tersebut memberikan peluang kepada Primeworks Studios untuk memahami dengan lebih dalam cara bekerjasama bersama syarikat produksi Jepun, dan memberi pengalaman dalam kolaborasi penerbitan sebuah genre yang unik ini. Find the Wasabi! merupakan kolaborasi Jepun yang pertama untuk ntv7, dan stesen penyiaran dari Malaysia itu amat teruja melihat personalitinya berkembang di rantau Asia.

Datuk Kamal Khalid, Ketua Pegawai Operasi, Perkhidmatan Perkongsian Kumpulan, Media Prima, berkata, “Kami amat teruja diberi peluang untuk bekerjasama dengan rakan-rakan produksi tersohor seperti Nippon Television, Tokyo Broadcasting System dan Sumitomo Corporation dari Jepun. Di Primeworks Studios, kami mempunyai minat mendalam terhadap format-format rancangan, dan kami amat berbesar hati format Welcome to the Rail World kami dipilih untuk diadaptasikan dengan perspektif Jepun yang unik.

Pada masa yang sama, kami amat teruja untuk mula bekerjasama dalam rancangan Find the Wasabi! dan menyumbangkan ciri-ciri kebudayaan Malaysia ke dalam format rancangan permainan Jepun ini. Ia adalah salah satu matlamat utama kami untuk berkhidmat sebagai rakan kongsi pengeluaran teguh kepada pengeluar ternama di seluruh dunia dan dengan dedikasi kami untuk menghasilkan kandungan yang berkualiti terbaik, kami menyasarkan untuk mengukuhkan portfolio kerjasama kami lagi pada tahun-tahun akan datang.”

Sidang media tersebut telah diadakan sempena persidangan ‘Asia Co-Productions – Existing & Potential Partnerships’ di Content Malaysia 2014. Dianjurkan oleh Persatuan Kandungan Kreatif Malaysia (CCAM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS), Content Malaysia 2014 menyediakan sebuah platform untuk penggiat-penggiat industri kandungan kreatif antarabangsa untuk mendapatkan berita-berita industri terbaru.

Diadakan dari 17 hingga 19 September 2014, acara program itu termasuk sesi persidangan, kelas master, dan sesi pitching.

“Kami amat berbangga atas kolaborasi antara Primeworks Studios bersama Nippon TV dan TBS Japan. Penglibatan dalam ko-produksi antarabangsa ini amat membantu usaha CCAM dalam menggalakkan industri kandungan kreatif Malaysia untuk berkolaborasi bersama tenaga produksi luar negara. Kami amat berharap organisasi-organisasi lain dapat mengambil petunjuk daripada projek usahasama ini, kerana potensi pendapatan yang boleh didapati adalah amat besar,” ulas Dato’ Mahyidin Mustakim, Ketua Pegawai Eksekutif CCAM.

Welcome to the Railworld Japan
Genre : Travelog
Bahasa : Inggeris
Episod : 10 episod x 30 minit
Stesen penyiaran : 8TV Malaysia
Siaran TV : Januari hingga Mac 2015
Digital : Catch up di Tonton (www.tonton.com.my)
Penerbit : Ahmad Khairi Zulkifli (Primeworks Studios) & Taro Ozawa (Nippon)
Hos : Henry Golding
Produksi : September hingga Oktober 2014
Alami pengembaraan keretapi terhebat bersama Henry Golding ke seluruh pelusuk negara Jepun untuk menikmati pemandangan terindah, merasai hidangan terlazat, dan mencuba aktiviti-aktiviti menarik!
#railworldjapan

Find the Wasabi! (Musim 2)
Genre : Permainan (Variety-game show)
Bahasa : Mandarin
Episod : 11 episod x 30 minit
Stesen penyiaran : ntv7 Malaysia
Siaran TV : January hingga Mac 2015
Digital : Catch up di Tonton (www.tonton.com.my)
Penerbit : Wong Yee Lee, Primeworks Studios
Hos : Adrian Tan (Malaysia), Golf (Thailand), Jeffry Xu (Singapura)
Produksi : November 2014
Tiga jejaka dari Malaysia, Singapura, dan Thailand mempelajari budaya Jepun yang cukup kaya melalui pertandingan-pertandingan mencabar yang menguji kefahaman mereka tentang cara hidup masyarakat Jepun.

Primeworks Studios Umum Ko-Produksi Jepun di Content Malaysia 2014

Primeworks Studios Umum Ko-Produksi Jepun di Content Malaysia 2014

Primeworks Studios Umum Ko-Produksi Jepun di Content Malaysia 2014

Primeworks Studios Umum Ko-Produksi Jepun di Content Malaysia 2014

Mengenai Primeworks Studios Sdn Bhd
Primeworks Studios merupakan anak syarikat Media Prima Berhad yang merupakan syarikat penerbitan terbesar di Malaysia. Terlibat dalam penghasilan program TV sejak tahun 1984 dan filem sejak tahun 1994, Primeworks menerbitkan lebih 5,000 jam kandungan TV setahun. Selain penerbitan program televisyen dan kandungan lain, Primeworks Studios turut terlibat dalam pengedaran dan pemasaran kandungan.

Primeworks Studios adalah penyumbang terbesar kandungan kepada empat saluran televisyen komersil dalam kumpulan Media Prima, iaitu TV3, ntv7, 8TV dan TV9 – merangkumi kandungan pelbagai genre seperti program hiburan, majalah, dokumentari, drama dan sukan. Rancangan yang popular merangkumi Anugerah Juara Lagu, Majalah 3, Nona, Welcome to the Rail World, Best in the World, Hip-Hoppin’ Asia, Jalan Jalan Cari Makan, Mentor, Melodi dan Jejak Rasul.

Mengenai 8TV
8TV ialah landasan interaktif untuk kumpulan penonton yang disatukan oleh keinginan terhadap ciri-ciri keaslian and ekspresi diri. 8TV membawakan program hiburan `original’ dan antarabangsa yang dan dirangkumi oleh ciri-ciri interaktif. 8TV memulakan operasi pada 8hb. Januari 2004, memancarkan siaran percuma ke seluruh Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan Kuantan pada November 2004 lalu menerusi gelombang jalur UHF.

8TV telah mencapai kejayaan dalam tempoh tahun pertama operasinya dengan berjaya melahirkan rancangan Malaysian Idol yang telah mendapat sambutan yang menggalakkan. 8TV juga telah memenangi pelbagai anugerah industri dalam kecemerlangan kreatif di peringkat Asia.

Sejak dilancarkan, 8TV telah mencatat beberapa mercu tanda dalam industri penyiaran, seperti membawakan Grammy Awards dan Academy Awards secara langsung, memenangi hak siaran bagi UEFA Euro 2004 bersama syarikat sekutunya TV3 dan menganjurkan acara Malaysian Idol yang amat dinanti-nantikan. 8TV meneruskan penerbitan rancangan terbitan sendiri yang mendapat sambutan mengalakkan seperti Malaysia’s Most Beautiful, I Wanna Be A Model dan program realiti pencarian bakat nyanyian terunggul di Malaysia, One In A Million. Disamping itu juga, 8TV turut menjayakan Summer Live Concert yang menampilkan barisan artis-artis cina antarabangsa yang berjaya menarik beratus ribu penonton.

8TV terus cemerlang dengan memenangi pelbagai anugerah di dalam dan luar negara antaranya di Phoenix Awards, Promax/BDA Awards dan Anugerah Skrin. 8TV menerima tiga anugerah antarabangsa dalam dua kategori yang dipertandingkan di majlis Phoenix Awards 2009 yang diadakan di Singapura. Antara anugerah yang diterima ialah Anugerah Gangsa untuk kategori ‘Opening Credits or Titles for TV Programme’ bagi Promo Shout! Awards, Anugerah Perak dan Anugerah Gangsa untuk kategori ‘Campaign to Promote Feature Film or TV Series’.

Menerusi Anugerah Phoenix 2008, 8TV berjaya memenangi empat anugerah menerusi dua kategori iaitu ‘TV Promotional’ dan ‘Film Advertising/Promotion’. Showdown 2010 juga berjaya menerima anugerah ‘Favourite TV Programme’ di Shout! Awards 2010 dan Rancangan Realiti Terbaik di Anugerah Skrin 2010. Pada majlis Anugerah Sri Angkasa 2010, Showdown 2010 berjaya memenangi anugerah Program Realiti Terbaik manakala di Shout! Awards 2009 berjaya memenangi anugerah Rancangan Muzikal Terbaik.

Pada majlis Promax Asia 2009, 8TV berjaya membawa pulang Anugerah Gangsa untuk kategori ‘Best Public Announcement’ menerusi kempen Merdeka Rasa Sayang dan turut tersenarai sebagai pilihan pertama untuk ‘Youth Market’ di majalah Advertising & Marketing. 8TV juga memenangi Anugerah Emas menerusi promo Project Superstar dan Anugerah Gangsa bagi promo The Sarah Connor Chronicles di Promax/BDA Awards. Selain itu 8TV turut memenangi anugerah Rancangan Hiburan Terbaik menerusi program Project SuperStar dan Rancangan Realiti Terbaik menerusi program So You Think You Can Dance (musim ke-2) di majlis Anugerah Skrin 2008.

Penonton Malaysia boleh menyaksikan rancangan-rancangan terbaik 8TV secara ‘online’ secara percuma dalam jangkamasa 12 jam program ini ditayangkan di kaca televisyen menerusi laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my. Penonton online juga mendapat beberapa keistimewaan apabila melayari laman web 8TV seperti menonton klip video sesi ujibakat, di sebalik pembikinan dan juga visual promo.

Sila ikuti perkembangan saluran kami menerusi ruangan media sosial:
Facebook : (Urban – 8TV | Chinese – badukongjian)
Twitter : @8tv
Youtube : www.youtube.com/8tvaddicts
Instagram : (Urban – @8tv | Chinese – @8tvchinese)
Hashtag : #8tv

Mengenai ntv7
ntv7 memulakan siarannya pada 7 April 1998 dan merupakan stesen swasta percuma ke-tiga di Malaysia. Stesen yang lebih dikenali sebagai “Saluran Ceria Anda” ini berada di kelasnya tersendiri berbanding stesen-stesen percuma dan berbayar lain kerana ia lebih menitikberatkan penjenamaan. ntv7 sinonim pada penonton bandar sebagai stesen yang memberi kandungan yang mengikut perkembangan semasa, interaktif serta berkualiti yang menjangkau pelbagai platform media digital seperti online dan kandungan mobil. Saluran Ceria Anda meraikan ulangtahun ke-16 di bulan Julai tahun ini. Untuk maklumat lanjut, layarilah www.ntv7.com.my .

ntv7 dimiliki sepenuhnya oleh Media Prima Berhad, syarikat integrasi media terbesar di Malaysia yang juga memiliki TV3 (stesen swasta percuma pertama di Malaysia), 8TV (stesen pertama yang disasarkan untuk penonton yang lebih muda), TV9, Primeworks Studios Sdn Bhd (produksi dan pengedaran filem), New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (salah satu syarikat penerbitan kumpulan terbesar di Malaysia), tiga stesen radio, Fly FM, One FM dan Hot FM serta empat syarikat media luar – Big Tree Outdoor Sdn. Bhd., UPD Sdn. Bhd., The Right Channel Sdn. Bhd. dan Kurnia Outdoor Sdn. Bhd. Media Prima Digital turut menawarkan tayangan online yang canggih dan berkualiti definisi tinggi (HD) khas untuk tatapan penonton keempat-empat stesen TV melalui portal Tonton (www.tonton.com.my).

Saluran ntv7 sebelum ini juga menerima pelbagai pengiktirafan daripada peringkat tempatan dan antarabangsa seperti di Putra Brand Awards, Asian Television Awards, Sichuan TV Festival “Gold Panda” Awards, Shanghai TV Festival, Asia Rainbow TV Awards, Anugerah Skrin dan Shout! Awards.

Mengenai Nippon TV
Sebagai stesen penyiaran terrestrial komersial pertama di Jepun untuk ke udara pada Ogos 1953, Nippon TV menandakan ulangtahun penyiarannya yang ke-60 pada tahun 2013. Nippon TV menyiarkan dan menerbitkan pelbagai genre rancangan seperti berita, dokumentari, sukan, drama, hiburan, dan animasi. Salah sebuah kejayaan terbesar Nippon TV adalah format rancangannya Dragon’s Den. Sehingga kini, format tersebut telah dijual di 25 buah negara. Nippon TV telah memperolehi rating penonton tertinggi antara stesen-stesen penyiaran komersial dalam kategori sepanjang hari (6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam) untuk tiga tahun berturut-turut dan mengecapi rating penonton tertinggi dalam ketiga-tiga kategori setakat ini bagi tahun 2014. Nippon TV juga mempunyai rangkaian yang merangkumi pelbagai syarikat yang berurusan dengan filem, koordinasi majlis, membeli-belah , dan barangan.

Mengenai Tokyo Broadcasting System
TBS (Tokyo Broadcasting System) ialah sebuah syarikat media komprehensif dengan rangkaian platform yang lengkap, merangkumi televisyen, radio, satelit, internet, DVD, produksi filem, jualan melalui televisyen dan e-dagang. Kekuatan khas adalah dalam program-program berita dan drama, dengan tajuk popular seperti “Boys Over Flowers,” filem “Departures” yang telah memenangi Anugerah Academy, dan juga rancangan “Hanzawa Naoki” yang telah memperolehi rating tertinggi abad ini. TBS juga terkenal dengan format antarabangsa, seperti “American Ninja Warrior” (berdasarkan format asal TBS “Sasuke”) dan “Takeshi’s Castle”. Ini adalah kerjasama ketiga kami dengan Media Prima, di mana yang terbaru merupakan “Sasuke.” edisi Malaysia.

Mengenai Sumitomo Corporation
Sumitomo Corporation beroperasi dalam pelbagai perniagaan di 24 pangkalan di Jepun dan 115 pangkalan di luar negara dengan memanfaatkan kekuatan korporat bersepadu kami. Dalam bidang seperti media, IT, peruncitan, gaya hidup, pembinaan dan hartanah, kami telah membangunkan bisnes-bisnes yang menawarkan produk dan perkhidmatan berorientasikan pengguna di seluruh dunia. Dalam Bahagian Media, komponen utama kami adalah TV kabel, penyiaran dan sinema.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Payslip Lancar Single Sulung di Spotify

Ada Sebab Farhan Undur Diri Dari Program Dai