in

Prestasi Maxis Bagi Suku Pertama 2013

[dropcap]P[/dropcap]ermulaan Positif Bagi Tahun 2012 Untuk Maxis Dengan Pertumbuhan Hasil Sebanyak 4.4% Ke Rm2.3 Bilion Bagi Suku Pertama 2013; Terus Menerajui Pasaran Dan Mengukuhkan Hasil Masa Depan.

Maxis Berhad (Maxis), satu-satunya penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, memulakan tahun 2013 dengan positif dengan merekodkan hasil yang lebih tinggi sebanyak RM2,327 juta bagi suku pertama 2013, satu pertumbuhan sebanyak 4.4% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Syarikat merekodkan pertumbuhan yang sihat merentasi semua segmen perniagaan dengan perkhidmatan data terutamanya internet mudah alih menjadi pemacu pertumbuhan utama dengan peningkatan sebanyak 17.3% dari satu tahun yang lalu.

[pullquote align=”right”]Momentum yang kukuh dari inisiatif pasaran, hasil data yang baik dan strategi integrasi menepati sasaran[/pullquote]

YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda, Pengerusi Maxis, berkata,

“Prestasi suku pertama adalah hasil daripada fokus kami yang berterusan untuk menerajui ruang data dan membina ekosistem rakan kongsi yang kukuh untuk membolehkan kami menawarkan usul integrasi kepada para pelanggan kami. Usaha-usaha ini menyaksikan kami mengoptimumkan perniagaan mudah alih dan merebut peluang pertumbuhan dalam dunia data dan digital. Kami dapat melihat momentum sihat dari inisiatif pasaran kami pada tahun 2012 terus membuahkan hasil. Membandingkan prestasi suku pertama 2013 dengan suku ke-empat 2012, hasil Maxis meningkat sebanyak 0.9% ke RM2,327 juta daripada RM2,306 juta sebelumnya. Keuntungan Selepas Cukai (Profit After Tax – PAT) meningkat sebanyak 25.9% ke RM476 juta berbanding RM378 juta pada suku ke-empat 2012. Tanpa impak susut nilai dipercepatkan, PAT secara normal kami telah meningkat sebanyak 9.7% ke RM521 juta daripada RM475 juta pada suku ke-empat 2012. Kami juga mencatatkan Perolehan Sebelum Faedah, Cukai, Susutnilai dan Pelunasan (Earnings Before Interest, Tax, Depreciation and Amortisation – EBITDA) sebanyak RM1,122 juta, 5.4% lebih tinggi daripada suku sebelumnya yang didorong oleh hasil yang lebih tinggi, kos jualan dan pemasaran yang lebih rendah, dan perbelanjaan operasi lain. Margin EBITDA meningkat sebanyak 2.0% mata ke 48.2%.”

Menerajui pasaran dengan 14.1 juta langganan mudah alih. Memenuhi komitmen dividen dengan dividen interim pertama sebanyak lapan sen sesaham berjumlah RM600 juta

“Usaha kami dalam memperkenalkan produk-produk data yang inovatif dan meningkatkan pengalaman keseluruhan data pengguna di rangkaian kami, menyebabkan hasil bukan suara yang kukuh yang kini berada pada 47.8% daripada pendapatan mudah alih. Kami mempunyai 8.5 juta pengguna Internet mudah alih yang aktif dimana 39% daripada mereka menggunakan telefon pintar, yang kami terus membenih di pasaran. Hasilnya, hampir 69% daripada hasil bukan suara kami adalah dari perkhidmatan internet dan data. Secara keseluruhan, Maxis terus menerajui pasaran dengan jumlah langganan mudah alih sebanyak 14.1 juta,” tambah Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad

Pada suku ini, Maxis menerajui pasaran dan menjadi syarikat telekomunikasi pertama untuk melancarkan perkhidmatan 4G LTE di Malaysia pada 1 Januari dan memperkenalkan telefon pintar 4G LTE yang pertama. Syarikat juga memperkenalkan program bersama pelanggan serantau, aktiviti-aktiviti promosi perayaan dan pertandingan menulis ebook yang pertama di Malaysia. Sebagai sebahagian daripada Program Rakan Bersepadu dalam Pendidikan Maxis (Maxis Integrated Partner in Education – MIPE), Maxis menyediakan alat dan penyelesaian teknologi, termasuk sambungan WiFi di seluruh kawasan kampus universiti atau kolej yang terlibat.

Untuk suku dibawah ulasan, Maxis mencatatkan PAT sebanyak RM476 juta, selepas impak susut nilai yang dipercepatkan untuk peralatan rangkaian berjumlah RM60 juta, menyebabkan pengurangan sebanyak 16.9% dari RM573 juta yang direkod tahun lalu. Tanpa item-item sekali (one-off) tersebut, PAT yang dinormalisasikan adalah RM521 juta berbanding RM557 juta tahun lalu. Syarikat merekodkan EBITDA berjumlah RM1,122 juta dengan margin EBITDA sebanyak 48.2%, tertinggi dalam industri.

[pullquote align=”right”]Meneruskan komitmennya dalam memberi dividen yang kukuh, Maxis mengisytiharkan dividen interim pertama sebanyak 8.0 sen sesaham berjumlah RM600 juta.[/pullquote]

Dari segi pelaburan rangkaian, Maxis terus melabur dengan berhemat dan menyokong perkongsian infrastruktur aktif. Maxis telah melabur RM191 juta dalam perbelanjaan modal (capex) pada suku pertama 2013. Sejak pelancaran rangkaian berkelajuan tinggi 4G LTE pada 1 Januari 2013, Maxis telah berjaya memperluaskan jejak 4G LTE, membolehkan kira-kira 100,000 pelanggan untuk menikmati internet yang pantas dari Maxis.

“Program pemodenan infrastruktur kami telah berjalan dengan lancar pada suku pertama dengan pelancaran rangkaian LTE mengikut sasaran. Kami menjangka untuk meningkatkan liputan 4G LTE ke lebih banyak kawasan di Lembah Klang serta Pulau Pinang dan Johor Bahru menjelang suku kedua tahun 2013. Dengan LTE, kami mempunyai serangkaian kukuh spektrum data, memenuhi keperluan yang semakin meningkat daripada pelanggan dan menyediakan mereka dengan perkhidmatan digital yang terbaik. Maxis sudah memperkenalkan untuk kali pertama telefon pintar 4G LTE termasuk Nokia Lumia 920 dan HTC One XL pada suku pertama 2013, diikuti oleh peranti-peranti Apple pada bulan April 2013. Kami akan mengembangkan lagi eko-sistem dengan lebih peranti-peranti pintar 4G, kandungan dan perkhidmatan yang menarik untuk satu pengalaman digital yang lebih kaya untuk para pelanggan,” jelas Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad.

[pullquote]Berjaya memperluaskan jejak 4G LTE sejak dilancarkan pada 1 Januari 2013, dan menjangka meningkatkan liputan 4G LTE di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru menjelang suku kedua 2013[/pullquote]

Maxis juga telah memperkenalkan Astro Byond IPTV dengan Internet Fiber Kediaman Maxis yang membolehkan pelanggan menikmati hiburan terbaik melalui fiber dan rangkaian wayarles terbaik – bila-bila masa, di mana sahaja, dengan mana-mana peranti. Di samping faedah seperti kandungan Definisi Tinggi, tontonan tanpa gangguan, penawaran Astro On-The-Go dan perkhidmatan PVR, pelanggan akan menikmati tawaran kandungan yang unik dari Maxis dan Astro yang akan terus membezakan perkhidmatan tersebut daripada pesaing.

“Fokus kami untuk tahun 2013 adalah untuk terus membina penerajuan kami dalam perniagaan data, mengutamakan pelanggan dalam segala yang kami lakukan dan menjadi syarikat yang paling cekap. Kami akan memacu pertumbuhan dalam perniagaan teras kami sambil melabur dalam perkhidmatan digital masa depan dengan pelaburan berterusan dalam infrastruktur kami untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat untuk akses data dan kelajuan yang lebih tinggi. Sebagai satu-satunya penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, kami berada dalam kedudukan yang baik untuk menawarkan perkhidmatan bersepadu untuk keluarga, masyarakat dan perniagaan. Memanfaatkan kejayaan kami dalam membenihkan pasaran dengan peranti pintar, kami ingin memperluaskan asas pengguna data. Kami juga akan meneruskan usaha kami untuk mengembangkan penguasaan pasaran dan pendapatan di Pantai Timur, Sabah, Sarawak, serta segmen asing dan pelancongan,” kata Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad.

Sokongan Kuat dari Pemegang Saham di Mesyuarat Agung Tahunan Maxis Ke-Empat dan Mesyuarat Agung Luar Biasa

Pemegang saham Maxis meluluskan semua resolusi yang dicadangkan di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Syarikat yang ke-empat dan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang diadakan pada awal hari ini. Untuk pembayaran dividen bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, pemegang saham telah meluluskan dividen akhir dikecualikan cukai satu peringkat sebanyak 8.0 sen sesaham biasa. Empat dividen interim dibayar dan dividen akhir yang diluluskan membawa jumlah dividen untuk tahun 2012 kepada 40 sen sesaham. Dengan itu, Maxis telah berjaya memberikan sebanyak RM3.0 bilion dalam bentuk dividen terkumpul untuk tahun 2012. Ini merupakan hasil dividen sebanyak 6.0% berdasarkan harga penutup RM6.65 pada akhir tahun 2012.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konvokesyen KRU Academy Yang Pertama Kesemua Pelajar Lulus Cemerlang

Drama Bersiri Korea Ojakgyo Family di TV2