in , ,

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem MURDER ON THE ORIENT EXPRESS

Sempena dengan tayangan filem bergenre aksi drama penyisatan kes jenayah pembunuhan misteri berjudul MURDER ON THE ORIENT EXPRESS yang akan berada di pawagam mulai 30 November ini, Budiey ingin menghadiahkan semua pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini tiket untuk anda menghadiri Premiere With Budiey menonton filem yang diadaptasi dari sebuah novel yang ditulis oleh seorang penulis tersohor bernama Agatha Christie yang diterbitkan pada tahun 1934. Sebelum ini, judul novel ini pernah diadaptasi dalam bentuk drama TV dan filem pada tahun 1974.

MOTOE_30Nov_CampC_Malaysia

Pasti korang pun rasa teruja untuk menonton aksi mengujakan dalam filem ini dan menulis pendapat jujur korang di Facebook dan Instagram.

Jadi, jika korang ingin menghadiri Tayangan Premiere MURDER ON THE ORIENT EXPRESS anjuran Budiey.com bersama beberapa orang selebriti, artis dan influencers terkenal yang dijemput khas, apa kata sertai peraduan ini sekarang!

Jom kita tonton trailer ini dan jangan lupa untuk kongsikan di laman sosial korang:

[dropcap]S[/dropcap]ebanyak 50 tempat duduk disediakan untuk anda semua. Mesti meriahkan menonton filem hebat ni ramai-ramai, kan? Haa, barulah happening.

Filem yang diarahkan oleh Kenneth Branagh ini dilakonkan oleh pelakon hebat iaitu Daisy Ridley, Johnny Depp, Kenneth Branagh, Michelle Pfeiffer, Penélope Cruz, Willem Dafoe, Josh Gad, Olivia Colman, Lucy Boynton  dan ramai lagi.

Filem MURDER ON THE ORIENT EXPRESS bercerita tentang seorang detektif ternama Hercule Poirot (Kenneth Branagh) yang mahu pergi ke London dengan keretapi Simplon-Orient Express. Dalam perjalanan Hercule Poirot bertemu dengan seorang jejaka bernama Samuel Ratchett (Johnny Depp) yang meminta bantuan dengan mengupah seorang penyiasat kerana hidupnya sedang dalam bahaya dan terancam.

Namun, sayangnya detektif Poirot menolaknya. Kemudian, Poirot sangat terkejut ketika menemui jasad Ratchett terbaring kaku keesokan paginya disalah satu gerabak keretapi Orient Express. Poirot pun diminta untuk menyelidiki kes tersebut dengan mencari bukti pembunuhan dan mengapa dia meninggalkan Amerika. Jadi, nak tahu siapakah pembunuh yang sebenarnya, korang kena tonton filem ini sampai tamat.

Menurut novel terdapat 13 orang suspek dalam kes ini telah dikenal pasti. Wow ramainya, macamanalah nak tahu siapa yang sebenarnya yang jadi pembunuh misteri ini?

Filem ini bakal beraksi di pawagam mulai 30 November 2017.

Pastinya ramai yang menantikan aksi drama kes pembunuhan dengan aksi dari pelakon-pelakon kelas A ini kan?

MOTOE_30Nov_CampC (2Sht)

Sinopsis Filem MURDER ON THE ORIENT EXPRESS

Director:
Kenneth Branagh
Screenplay:
Kenneth Branagh
Producers:
Michael Green
Cast:
Daisy Ridley, Johnny Depp, Kenneth Branagh, Michelle Pfeiffer, Penélope Cruz, Willem Dafoe, Josh Gad, Olivia Colman, Lucy Boynton
Trailer:
Plot Outline:
What starts out as a lavish train ride through Europe quickly unfolds into one of the most stylish, suspenseful and thrilling mysteries ever told. From the novel by best-selling author Agatha Christie, “Murder on the Orient Express” tells the tale of thirteen strangers stranded on a train, where everyone’s a suspect. One man must race against time to solve the puzzle before the murderer strikes again. Kenneth Branagh directs and leads an all-star cast including Penélope Cruz, Willem Dafoe, Judi Dench, Johnny Depp, Michelle Pfeiffer, Daisy Ridley and Josh Gad.

Peraduan Tayangan Premiere Filem MURDER ON THE ORIENT EXPRESS

[dropcap]S[/dropcap]ensasi Selebriti ingin menghadiahkan 50 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

28 November 2017 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.15 malam

Tempat:

BIG SCREEN, MBO Starling

Selain dari tiket tayangan premiere, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah merchandise ini:

MotOE_PassportHolder_Web

2 X Passport Holder

MotOE_MoComb_Web

2 X Moustache Comb

MotOE_Compact_Web

2 X Compact Mirror

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere MURDER ON THE ORIENT EXPRESS – Budiey.com di BIG SCREEN, MBO Starling. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #OrientExpressMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  Anda perlu menjadi followers Budiey di media sosial.

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/foxmovies.my & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #OrientExpressMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook dan di Instagram. Tapi sebaik-baiknya di Instagram & Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pelakon yang membawa watak gangster dalam filem MURDER ON THE ORIENT EXPRESS

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere MURDER ON THE ORIENT EXPRESS – Sensasi Selebriti kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Tayangan Premiere MURDER ON THE ORIENT EXPRESS – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

27 November 2017

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Twentieth Century Fox Film dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 30 November 2017.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/foxmovies.my dan langgan / subscribe Youtube Channel Fox Malaysia : www.youtube.com/FoxMalaysia

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Murder On The Orient Express_ CampB_30Nov

DF-00620_RV2

DF-11676_r

DF-10859_R_CROP

MOTOE_Day41_007893.NEF

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

APA ITU CINTA Kelolaan DJ Lin Musim Kedua Catat Hampir Dua Juta Penonton

Yang Anda Perlu Tahu Tentang THE SHERRY SHOW