in ,

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey – HAIL, CAESAR!

Salam semua pembaca Budiey.com yang budiman,

Bagi memeriahkan lagi acara Premiere With Budiey pada bulan Februari ini, Budiey.com ingin menjemput Budieyators semua bersama selebriti untuk menonton sebuah filem thriller dan komedi yang pastinya korang akan asyik dan gelak sakan menontonnya. Filem yang Budiey maksudkan ialah filem HAIL, CAESAR!.

Filem bergenre drama komedi dan thriller berjudul HAIL, CAESAR! ini diarahkan dan diterbitkan oleh Ethan Coen bersama Joel Coen. Filem ini dilakonkan oleh sebilangan pelakon kelas A Hollywood seperti Scarlett Johansonn, Clanning Tatum, dan Frances Mcdormand. Filem HAIL, CAESAR! mengisahkan tentang kehidupan seorang yang bertugas mencegah skandal yang berlaku antara bintang Hollywood agar tidak tersebar luas kepada masyarakat.

Sebelum apa-apa, Budiey mahu korang tonton trailer filem penuh dramatik gelak ketawa HAIL, CAESAR! di mana anda dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa ke pawagam. Beberapa orang selebriti dan influencers juga akan dijemput untuk memeriahkan tayangan ini.

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer HAIL, CAESAR! yang telah diriliskan di dada Youtube saluran United International Pictures Malaysia.

Budiey kira, ramai yang super-duper excited nak tengok movie Hollywood yang dengan drama yang sungguh mengujakan thriller dan lawak ni.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 18 Februari 2016.

Untuk kalian yang menyukai filem komedi, pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

Hail,Caesar!

Sinopsis Filem HAIL, CAESAR!

Filem HAIL, CAESAR! mengisahkan tentang seorang krew filem bernama Eddie Mannix yang bekerja di sebuah studio Hollywood pada tahun 1950-an. Eddie ditawarkan untuk bertugas di studio tersebut untuk menjaga dan melindungi para pelakon yang sedang menjalani pengambaran di lokasi tersebut. Dengan profesinya itu, Eddie menjaga pelakon yang sedang diduga terlibat dengan dadah, curang dengan pasangan, ancaman, penganiayaan, dan tindak keras lainnya agar nama mereka tetap terjaga di Studio Hollywood tersebut. Sampai ketika, Eddie harus mencari seorang bintang yang tiba tiba hilang secara misteri dari lokasi pengambaran.

Peraduan Tayangan Premiere Filem HAIL, CAESAR!

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 100 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

16 Februari 2016 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.00 malam

Tempat:

TGV 1Utama, Bandar Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere HAIL, CAESAR!– Budiey.com di TGV 1Utama, Bandar Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/uipmalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #hailcaesar kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

3. Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua orang pelakon filem HAIL, CAESAR!

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere HAIL, CAESAR! – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere HAIL, CAESAR! – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

16 Februari 2016

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada www.facebook.com/UIPMalaysia dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup mencuit hati ini mulai 18 Februari 2016.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/UIPMalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel United International Picture : www.youtube.com/UIPMalaysia

Dapatkan info lanjut di laman website: www.uip.com.my

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Harga honor 5X & honor 7 Enhanced Edition di Malaysia

Sekitar Sarapan Pagi JoHaRa Pagi ERA Bersama Rakan Media