in

Prema Yin Bakal Lancar Album Redefined

Masih ingat tak lagi dengan penyanyi lagu Marilah Menari yang pernah mencetuskan kontroversi satu ketika dulu?

Selepas album mini berjudul Eyo Eyo dilancarkan empat tahun lalu, Prema Yin kini sedang sibuk untuk menerbitkan sebuah lagi album berjudul Redefined. Album yang dijangka akan dilancarkan pada tahun depan ini mengandungi lima buah lagu terbaru yang dicipta sendiri oleh Prema Yin. Sebuah lagu dihasilkan hasil kerjasama bersama komposer lain. Jadi, ada empat lagu ciptaan sepenuhnya Prema Yin dan satu lagi lagu kolaborasi. Yang penting, album Redefined ini memberi kepuasan untuk Prema Yin dalam menghasilkan karya terbaik.

Prema Yin

Suka bergerak secara indie, Prema Yin puas hati sebab dapat bebas berkarya dan yang penting, dia dapat menghasilkan lagu ikhlas dari hati tanpa sekatan dari sesiapa.

Konsep album Redefined masih lagi berkonsepkan muziknya sendiri iaitu pop rock. Antara lagu yang dimuatkan ialah 100%, Just With You (duet dengan Narmi) Second Best dan Ring My Bell.

Dalam perkembangan terbaru, Prema Yin telah meluangkan masa pergi melawat perkampungan Orang Asli Jentung, Sungkai, Perak untuk mendekati masyarakat luar bandar. Bukan main sporting dan mesra lagi Prema Yin apabila melayan orang Asli yang menyuruh dia nyanyi lagu Oppa Gangnam Style nyanyian Psy.

Jika pembaca nak tengok video rakaman Prema Yin di kampung Orang Asli, bolehlah ke laman sesawang rasmi Prema Yin: www.premayin.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Lamb of God di Malaysia Dibatalkan

Mamat Khalid Mahu Buat Filem Rock Lentok?