in

Pra-Pelancaran Wajah Baru Red Box Ria & Showcase Omg Gempak!

Pra-Pelancaran Wajah Baru Red Box Ria & Showcase Omg Gempak!

Pelancaran ‘Wajah Baru Red Box Ria’ secara rasminya bakal diadakan di Dewan Serbaguna, Tingkat 7, KL SOGO pada hari Sabtu, 19hb November 2011. Dengan kerjasama syarikat rakaman KRU, perasmian tersebut bakal menyaksikan persembahan gempak oleh artis naungan KRU Studios seperti Forteen, Iqa (Mentor), Tiga dan Chomell Fana. Persembahan yang dinamakan ‘Showcase OMG Gempak!’ ini turut diadakan bersempena dengan promosi CD kompilasi OMG Gempak! yang sudah pun berada di pasaran.

Red Box Ria

Showcase yang bakal diadakan nanti turut menampilkan persembahan eksklusif oleh Diva negara, Ning Baizura. Juga penampilan istimewa oleh Najwa Latif dari NAR Records. Masuk adalah percuma dan pas boleh didapati di semua rangkaian Red Box, Red Box Ria & Green Box di seluruh negara bermula akhir Oktober.

Bagi mereka yang ingin memenangi Pas Masuk VIP dan peluang beramah mesra dengan artis sebelum berlangsungnya Showcase, mereka boleh mengikuti perkembangan dan info terkini melalui media rasmi iaitu Harian Metro, Suria.fm, Gua.com & MyDeal.com. Sebanyak lima ratus Pas Masuk VIP disediakan!

Bersama kita nantikan ‘Pelancaran Pembukaan Wajah Baru Red Box Ria & Showcase OMG Gempak!’ yang turut menyaksikan cabutan bertuah. Hadiah bernilai lebih RM25,000 untuk dimenangi seperti Jam Tangan Ice-Watch, Pakej Kecantikan Glow & Glamor dan banyak lagi.

Info Tambahan: Pelanggan di sekitar kawasan utara tanahair turut berpeluang menonton ‘Showcase OMG Gempak!’ secara percuma! Forteen, Iqa, Chomell Fana dan VIP bakal menjelajah cawangan Red Box Gurney Plaza pada hari Sabtu, 5hb November 2011 untuk bertemu peminat dan membuat persembahan di sana. Temui mereka pada jam 3 petang di Alfresco, Plaza Gurney, Pulau Pinang pada 5hb November ini.

Red Box Ria

Red Box Ria

Red Box Ria

Red Box Ria

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Slot Golden Dragon Siar A Warrior’s Tragedy

Red Box Ria Kini Berwajah Baru