Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Poster Filem Sayang You Can Dance



CINTA merupakan satu kenangan terindah yang tidak mungkin dilupakan dalam kehidupan. Ia mampu mengubah persepsi atau sikap seseorang.

Namun, biarpun cinta hanya hadir sekadar seketika tetapi pastinya detik tersebut akan disimpan rapi dalam liputan sejarah.

Begitu jugalah perasaan yang dialami oleh pelakon comel Sharifah Amani apabila digandingkan bersama pelakon kacak Indonesia, Samuel Rizal.

Disatukan sebagai pasangan kekasih dalam filem terbaru berjudul Sayang You Can Dance arahan Bjarne Wong, dia mengakui detik tersebut merupakan satu kenangan terindah dalam hidupnya.

Secara jujur dan berterus terang, Amani memberitahu kisah cinta mereka berdua hanyalah sekadar di lokasi tetapi Amani atau lebih mesra disapa dengan panggilan Nani, mengakui terbuai dek saat-saat indah itu.

“Siapa tidak merasakan perasaan itu bila berlakon dengannya. Saya akui turut merasai cinta itu tapi jangan salah sangka kerana ia hanya sewaktu dilokasi. Kita perlu wujudkan perasaan tersebut sebab nanti barulah penyampaian kami berjaya.

“Memang menyeronokkan tatkala berlakon dengan Samuel sebab kami mempunyai perangai yang hampir sama. Perasaan untuk bercinta itu ada tapi itu semuanya hanya dalam filem,” jelasnya ringkas menerangkan isi hatinya.

Namun kata Nani, perasaan yang dialaminya itu hanyalah sekadar mainan jiwa muda yang selalunya dialami oleh setiap remaja.

Malah apa yang dilakukan adalah semata-mata untuk memastikan adegan cintanya itu berjaya mencuri hati khalayak yang menontonnya kelak .

“Sama ada babak-babak bercinta itu menjadi atau tidak mungkin khalayak yang melihat dapat menentukannya. Tapi saya sudah berikan yang terbaik demi memastikan filem ini berjaya menarik hati khalayak,” jelasnya yang membawakan watak Mia dalam filem tersebut.

Ini dia poster filem ini yang Budiey ambil di http://www.sayangthemovie.com

Budiey: Harap filem ini tidak mengecewakan. Budiey akan menonton filem ini pada hari ini dan cuba buat ulasan. Good luck kepada semua pelakon!

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • GAMBAR DAFI & SYARIFAH AMANI DI PELANCARAN PERADUAN SAYANG YOU CAN DANCE
  • Poster filem Cintaku Forever & Cinta Nan Satu Sama?
  • Peraduan Mencipta Poster Filem Anak Halal
  • The Official Poster of The Forbidden Kingdom
  • LED Lion & Dragon Dance Performances
  • Final Poster Cicakman 2: Planet Hitam 2
  • Poster Filem Syurga Cinta Lakonan Awal Ashaari & Heliza
  • Poster Jeslina di Satu Demonstrasi Tunjuk Perasaan
  • Poster Film Ah Long Ptd Ltd
  • Ujibakat Filem Muzikal Terbaru Tayangan Unggul



    • http://nanafarhanna.blogspot.com nana

      Suka Samuel Rizal..! But not a fan of Sh. Amani tho.. hehe

    • june

      sharifah amani ni sempoi jer eh orgnya…

    • ibumanja

      suke sgt ngn lakonan s.amani …sempoiiii luv u

    • http://parisrowena.blogspot.com abby

      s.amani cute, tapipesal rambut mcm tuh? budiey ader tak lagu candy AF5 tk filem ni? upload la

    • ntahla….

      ..wah ade Alam lah…suke tgk dia menari mase SYTYCD dulu..lincah tul mamat ni…

    • http://arepyiqlicious90.blogspot.com/ shafiq

      nak ikottttttttttttttttttttt!!!!

    • lala

      baju diorang ni ditaja oleh disney ker?hahahah…semua gambar mickey mouse…

    • Wati

      Nani ni comel tul…suka tgk dia dgn remy ishak kat ‘sinderela’ …. anyway dia ni mmg ON tul….cite apa pun semua jadi best… huhuhuuh..luv nani

    • http://www.yahoo.com choco gurlz

      nani ni memang dia comey tapi kadang-kadang tengok mulut dia cam pok pek pok pek laa…macam non-stop jaa bila bercakap…tapi takpa la, dia pun nampak friendly.

    • http://- LYN MINAT ADAM,B.A.D BOYSNGAN RAIN!!!!!

      ISH..ISH….ERM..BAGI AKULAH KAN AKU NAK TENGOK CTE NI SBB AD SAMUEL RIZAL,ALAM,DAN NANI JEW KORG THE BEST DAFI NGAN EBI VERY VERY VERY VERY…HAMPEH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!NARI PUN X RETI BLAH LA WEH!!!!!

    • http://www.tapir.com i hate sayang u can dance!!

      bosan! sampah! hina!
      itulah yang dapat digambarkan dengan filem ini…disarankan rakyat jelata sekalian agar jangan menonton filem ‘bodoh’ ini…
      jalan cerita teruk gila…berterabur..takda fokus…skrip jgn cakap la..hancus…
      harap guna modal syarifah amani and samuel rizal je nak jual filem nie…
      kesian samuel…setelah sekian lama tak berlakon filem, dapat filem hancus…
      tak tau la nak cakap ape dah pasalm filem nie….kepada peminat filem tempatan, jangan la tgk citer bodoh nie…membazir duit..tak berbaloi!!!

    • Lisa

      Betul ke cerita nie hancus …?
      x kan sampai cam tu sekali…???????

    • adekepatut

      Belum tengok belum tahu…dah tengok baru tahu…

    • shin chanz

      ek?ak minat alam & amani.adakah ak harus menonton cerite ini?

    • TuPuD_

      saya sgt setuju dgn kata2 -i hate sayang u can dance-. Kerana citer ni terlalu hampass, saya blah dari cinema 40min selepas filem di tayangkan. itu da kira habis bertahan dah tu….sebelum saya keluar dah 3 org blah jugak lebih awal sblum saya.
      Pelakon sumer bagus2, muka2 terkenal, tapi mereka kaku mcm batu, skrip keluar mcm baca buku. Dubbing suara mcm cerita alih bahasa jer!
      As for dancing, hanya alam yang menonjol, Samuel & Smyth wong boleh tahan, Dafi was trying too hard, and others………nothing!
      Another way for me to express my feelings….is through this list;
      1.Sayang, u cannot dance.
      2.Sayang, u are boring.
      3.Sayang, u are sampah.
      4.Sayang, u syok sendiri ke?
      5.Sayang, grow up!
      TETAPI, 1 jer point yang positif drp saya, kepelbagaian bahasa yg ada dlm movie ni.

    • http://desirequeen.blogspot.com queen

      YUP..THIS FILM ^&$^&%$*&*…….LEBEIH TERUK DARI THE SPIRIT…
      JLN CERITA YANG TAH HAPE2….
      TOO SARAWAKIAN…MCM MAK DIE CUME BOLEH CAKAP SARAWAK JER…
      DAN EBI BERCAKAP MACAM ORANG YANG DUNGU…DAN KEBOLEHAN BERCAKAPNYA HANYA BILA SAMUEL(REMMIE) TERLANTAR KAT SPITAL…
      THIS IS THE WORST I’VE EVER SEEN…RASANYA BAIK AKU TGK KELUANG MAN…HUHUHUHU

      NEGATIF INFINITY TO THIS FILM

    • http://alamcandance.com Alam

      Hye..
      Alam here..
      1 of the cast of SYCD..
      anyway thnks 4 all d comment..!
      anything u want 2 ask directly to me, email me
      brothervox_86@yahoo.com

    • tiera95

      i luv sayang u can dance sooooooooooooooooooooooo much…
      pelakon-pelakonnya semuanya best..
      cerita ia pun…best gler……sampai pergi tengok wayang 2 kali..
      nak sangat….jumpe semua pelakon2 sayang u can dance…nak sangat sangat sangat…

    • http://www.lumiglow2u.com LumiGlow

      comel gak budak yang pakai baju sukan putih tu….

    • icha zza

      samuel rizal………i like it



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK