in

Portal Tonton Siar Komedi Lucu Stand Up

Media Prima Digital (MPD), Kumpulan Media Digital No. 1 di Malaysia kini menawarkan sebuah lagi siri original Tonton menerusi penampilan 14 pelawak terkenal dengan jenaka paling kelakar di atas satu pentas. Merupakan sebuah program lawak ulung untuk platform atas talian, ‘Stand Up’ melopori rangkaian komedi tempatan yang dipersembahkan secara santai dan bersahaja dengan elemen gelak tawa namun masih mengekalkan kualiti hiburan berjenaka. Budiey pun rasa nak tonton 14 pelawak terkenal dengan jenaka pecah perut bakal menghiburkan anda di Tonton!

Zulin Aziz Sherry Alhaddad

Antara 14 pelawak terkenal yang ditampilkan termasuk Jonathan Atherton, Papi Zak, Andrew Netto, Joanne Kam, Dr. Jason, Kavin Jay, Sherry Alhadad, Zulin Aziz, Rizal Van Geyzel dan ramai lagi. ‘Stand Up’ mula ke udara pada 6 Mei, menerusi 54 klip eksklusif setiap hari Selasa sehingga Jumaat dan 8 episod penuh berdurasi 15 minit yang akan diterbitkan 2 kali seminggu sepanjang bulan Mei di Tonton (www.tonton.com.my) selain akses di laman khas ‘Stand Up’. Layari: www.tonton.com.my/standup

TARIKH TAYANGAN: 6 MEI 2014 – 30 MEI 2014
MASA: 12 TGH HARI
BILANGAN EPISOD: 8 EPISOD PENUH & 54 KLIP
DURASI: 15 MINIT (EPISOD PENUH) & 1 – 3 MINIT (KLIP)
GENRE: KOMEDI
BAHASA: BAHASA MALAYSIA & INGGERIS
TERBITAN: PRIMEWORKS STUDIO SDN BHD

Ketahui realiti kehidupan dan perjalanan karier di sebalik aura glamor serta jenaka yang sering ditampilkan oleh para pelawak dalam temubual secara kasual menerusi klip eksklusif ini. Manakala dalam klip ‘Wit-a-Minute’, penonton berpeluang menimba tips berguna daripada para pelawak dalam menghasilkan jenaka hebat selain etika dalam melakukan sesuatu persembahan komedi secara santai dan bersahaja.

Shahida Azad Jamaluddin, Pengurus Jenama Tonton dan Platform Digital Rangkaian TV berkata:

“Kami tidak sabar untuk mengumumkan tayangan siri kali ini dan berharap penonton turut menikmati keseronokan komedi ini secara santai di mana sahaja mereka berada. Kami akan terus berkerja keras menghasilkan lebih banyak program hiburan terbaik untuk para penonton. Walaupun mengetahui kebanyakan penonton begitu menggemari drama percintaan dan program hiburan, kami mahu tampilkan kelainan dalam penghasilan kandungan menerusi transisi komedi setelah melihat kejayaan siri drama original sebelum ini seperti Autumn Di Hatiku Musim 1 & 2 serta Dan Calonnya Adalah.”

Dengan kehadiran penonton memenuhi rakaman dalam set kabaret, ‘Stand Up’ menawarkan intimasi dan kaitan komedi yang jitu di antara pelawak dan penonton. Pastinya anda bakal bergelak tawa dalam hiburan komedi melupakan seketika tekanan kerja seharian. Ceriakan hidup anda sambil menghayati jenaka terhebat.

Jangan tunggu lagi, layari www.tonton.com.my hari ini menerusi komputer atau peranti pintar (iOS dan Android) untuk mendaftar dan terus menonton! Pendaftaran adalah PERCUMA. Untuk maklumat lanjut mengenai Tonton ‘Stand Up’, layari www.tonton.com.my/standup.

Senarai lengkap pelawak:

1. Papi Zak
2. Keren Bala Devon
3. Sulaiman Azmil
4. Shamaine Othman
5. Kavin Jay
6. Brian Tan
7. Joanne Kam
8. Rizal Van Geyzel
9. Jinx Yeo
10. Andrew Netto
11. Dr. Jason
12. Jonathan Atherton
13. Sherry Alhadad
14. Zulin Aziz

Jadual Tayangan:

TARIKH MAKLUMAT
Bermula 7 Mei 2014Setiap Rabu dan Jumaat (12 tengah hari)
  • 8 episod x 15 minit (Episod Penuh)
  • 8 klip x 1 minit (Wit-A-Minute)
Bermula 6 Mei 2014Selasa sehingga Jumaat (12 tengah hari)
  • 15 klip x 2 – 3 minit (Profil)
  • 31 klip x 2 – 3 minit (Klip Komedi)

Maklumat lanjut tayangan di http://apps.tonton.com.my/standup/schedule.html

Zulin Aziz Sherry Alhaddad

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Edotco Ink Strategic Agreement for Network Expansion

Airasia Working Diligently To Solve Operational Issues At Klia2