in

Portal GUA Bantu Rumah Kebajikan

KHIDMAT KOMUNITI DI ASRAMA
BAITUL ULFAH RUMAH LIMPAHAN KASIH

GUA tampil sekali lagi menganjurkan aktiviti tahunan bantuan amal kepada rumah kebajikan di sekitar Selangor. Program khidmat komuniti ini merupakan salah satu langkah mendekatkan portal hiburan dan gaya hidup masa kini bersama masyarakat selain membantu golongan yang kurang bernasib baik.

GUA

Pada 16hb Oktober 2011 yang lalu, asrama Baitul Ulfah di bawah kelolaan Rumah Limpahan Kasih, Puchong terpilih menerima bantuan pelbagai barangan harian dan alatan sekolah. Kehadiran krew GUA telah disambut dengan persembahan nasyid bertenaga oleh penghuni asrama Baitul Ulfah. Seramai 25 orang kanak-kanak dan remaja juga turut dihiburkan dengan kehadiran artis remaja, Najwa Latif selain motivasi ringkas bersempena program khidmat komuniti oleh GUA ini.

Li Ee Kee selaku Pengurus Jenama GUA telah menyampaikan kesemua sumbangan GUA kepada Puan Azizah, wakil asrama Baitul Ulfah. Di majlis ini juga, penyanyi muda berusia 16 tahun Najwa Latif turut mendendangkan 3 buah lagu termasuk lagu popular ‘Cinta Muka Buku’ dan mendapat sambutan hangat para penghuni.

Program amal kelolaan GUA telah mendapat sokongan penuh daripada para staf pengurusan serta kakitangan portal GUA sendiri selain tajaan daripada syarikat perunding latihan dan IT, Redynamics Asia Sdn Bhd. Semua bantuan sumbangan merupakan hasil kutipan jualan amal yang telah dijalankan oleh GUA di lobi Sri Pentas, Bandar Utama pada Akhir September 2011 yang lalu.

GUA

GUA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cara Senang Buka Bisnes di Usahawan.com

Program Menarik TV3 Sempena AidilAdha 2011