in

Pop Gen Gabung Artis Popular & Artis Indie

Artis Popular & Artis Indie Dalam 13 Episod Pop Gen Mulai 19 Jun 2012 Di TV1

Petang Selasa anda pastinya lebih bermakna terutama peminat setia genre muzik Indie kerana mulai 19 Jun ini, RTM bakal menyiarkan sebuah program muzikal dengan suntikan pengisian program berbeza bertajuk Pop Gen, jam 3.30 petang di TV1.

Program hiburan disiarkan mengisi slot Aspirasi ini mengajak penonton terutamanya di kalangan remaja mengupas fenomena muzik indie di Malaysia yang masih menjadi kegilaan remaja masa kini.

Sharifah Sakinah menemubual orang ramai

Sharifah Sakinah menemubual orang ramai

Gandingan hos Qhaud dan pelakon yang mula meningkat naik dan dikenali ramai Sharifah Sakinah bakal muncul menemubual artis popular yang kebanyakannya sebelum ini dikenali sebagai artis indie dalam 13 episod program ini.

Saksikan kemunculan Sixth Sense, Hujan, Couple, Liyana Fizi, Altimet, Bittersweet, Sharpshooter, Dafi, Reza Salleh, Awan Band, Awi Rafael dan Kumpulan Gaba-Gaba berkongsi topik berbeza setiap minggu kisah pengalaman masing-masing dalam industri seni serta perkembangan terbaru mereka.

Menariknya program ini turut diserikan dengan kehadiran komposer muzik tanah Altimet, Edrie Hashim, Helen Yap, Andy Flop Poppy, Sharon Paul, Neves Pretty Ugly, Ad Samad, Adnan Abu Hassan, Omar K, Ajai, Alfa Booty juga komposer Saari Amri yang agak lama kisahnya tidak dikongsi bersama peminat.

Peminat genre indie juga berpeluang menyaksikan persembahan The Revellers, Chinterlizer, Chot, Jayzuan, kumpulan Kuyaq Rabaq, Kumpulan Melodisaster, Kumpulan The Aliff, RDZ, Kumpulan Wedding Disco, Kumpulan Drama dan Kumpulan Primary beraksi dengan lagu mereka muncul di kaca TV.

Edisi pertama program ini menyaksikan kemunculan penyanyi kecik molek Najwa Latif yang popular dengan lagu terbarunya, Untuk Dia kolaburasi dengan Sleeq bersama dua lagi tetamu undangan di studio iaitu komposer Acis dan kumpulan White Percussion Unit.

Berhibur dengan program hiburan ini hanya di TV1.

Program Pop Gen

Helen Yap ... komposer undangan Pop Gen

Pengacara bersama komposer Shaari Amri

Qhaud dan Adnan Abu Hassan di studio

Program Pop Gen ... Qhaud bersama tetamu di studio

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ujibakat Pencarian Bintang Klasik 2012

Filem Jwanita Lakonan Maya Karin, Bront Palarae, Cristina Suzanne