• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Poh Kong Cari 12 Pasangan Bercinta Yang Akan Berkahwin

0
  • by Budiey
  • in Peraduan
  • — 27 Nov, 2012

ISYTIHARKAN CINTA ANDA KEPADA DUNIA
Poh Kong mencari dua belas (12) pasangan
dengan penyataan cinta yang paling menyentuh hati!

Cinta bukan sekadar luahan rasa dengan menuturkan tiga perkataan bermakna dari masa ke semasa. Cinta hanya mampu dipertahan menerusi tindakan yang menterjemahkan maksud sebenar sebuah cinta. Setiap hari yang dilewati dipenuhi rutin harian yang tidak pernah berkesudahan.

Justeru itu, kita sering terlupa akan erti cinta yang sebenar dan tambahan pula sebagai orang Asia, kita sering dibelenggu oleh kesukaran untuk meluahkan perasaan cinta.

Make Love Memoirs Announce Your Love to the World

Bersandarkan senario ini, dan bagi mengingatkan orang ramai tentang erti cinta, di samping mencabar mereka untuk menyata dan mengumumkan cinta mereka kepada dunia, Poh Kong, yang merupakan rangkaian kedai barangan kemas yang terbesar di Malaysia telah memulakan kempen yang diberi nama Make Love Memoirs ‘Announce Your Love to the World’ (Mencipta Kenangan Cinta “Isytiharkan Cinta Anda kepada Dunia”) bermula dari Oktober sehingga Disember 2012.

Misi Poh Kong adalah untuk mencari dua belas (12) pasangan yang dapat meluahkan ungkapan cinta yang asli serta paling menyentuh perasaan.

Dua belas (12) pasangan ini akan berpeluang membuat lamaran di atas belon udara panas di hadapan mereka yang tersayang pada 12.12.12, iaitu tarikh di mana kesemua digit akhirnya adalah sama bagi abad ini.

Mereka juga boleh memenangi sejumlah hadiah bernilai RM100,000 yang merangkumi sebentuk cincin berlian dari Poh Kong, pakej fotografi eksklusif daripada Touch & Tom Wedding Group, berserta penginapan 2 hari 1 malam untuk dua orang di Premier Travelers Palm Villa dari Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa. Malah, pasangan dengan bilangan pengisytiharan cinta yang tertinggi akan memenangi Hadiah Bonus. Dan lebih menarik lagi, pasangan yang membuat lamaran terbaik pada 12.12.12 akan turut memenangi Hadiah Misteri.

“Kami tahu bahawa cinta dan barang kemas saling berkaitan dan kami amat teruja untuk menawarkan kepada pasangan kekasih di Malaysia peluang untuk meluahkan cinta mereka bersama dengan Poh Kong. Asmara dan percintaan harus menciptakan kenangan abadi dan bukan sekadar dirasai. Menerusi kempen ini, kami berharap pasangan yang bercinta dapat mencipta kenangan yang dapat diabadikan selamanya,” jelas Puan Elizabeth Choon, Pengurus Pemasaran Poh Kong.

Untuk menjadi salah satu daripada dua belas (12) pemenang, anda perlu melakukan yang berikut: Anda hanya perlu “Like” laman FaceBook kami, “Make Love Memoirs”. Klik pada aplikasi “Announce Your Love to the World”. Lengkapkan butiran dalam borang penyertaan dan sertakan gambar anda bersama pasangan dan juga ungkapan cinta anda sama ada dalam bahasa Inggeris, Melayu atau Cina. Akhir sekali, ‘kongsikan’ penyataan cinta anda dengan keluarga serta sahabat handai. Semudah itu!

Peraduan bermula pada 20hb Oktober 2012 dan akan berlangsung sehingga 25hb November 2012.

Para pemenang akan dihubungi pada penghujung bulan November bagi menyediakan lamaran anda pada tarikh 12.12.12. Anda hanya perlu “like” kami di Facebook.com/MakeLoveMemoirs dan bertindaklah sekarang untuk menjadi sebahagian daripada 12 pemenang bertuah!

Mengenai Poh Kong
Diasaskan pada tahun 1976 dan mula tersenarai di Bursa Malaysia Securities Berhad sejak 2004, Poh Kong merupakan rangkaian kedai barangan kemas yang terbesar di Malaysia dengan menepati sasaran rangkaian kedai yang ke-100 pada tahun 2012. Poh Kong mengenengahkan kedai pelbagai konsep seperti Poh Kong, Poh Kong Gallery, rangkaian kedai yang menjual Berlian & Emas, Diamond Boutique, Jade Gallery, Tranz Boutique serta Oro Bianco. Poh Kong menawarkan pilihan yang meluas, merangkami perhiasan emas, berlian serta batu permata yang telah direka khas oleh sebuah pasukan yang terdiri daripada tukang-tukang dan pereka yang mahir. Jenama yang dihasilkan sendiri oleh Poh Kong termasuklah Tranz, Happy Love, Anggun, The Art of Auspicious, Jongkong Emas Bunga Raya serta banyak lagi yang bakal diilhamkan. Poh Kong juga adalah pemegang lesen Koleksi Disney; pengedar tunggal mutiara mewah jenama Schoeffel dari Jerman, LUCA CARATI & MORAGLIONE 1922 dari Itali, ANGEL DIAMOND dari Belgium, di samping turut menawarkan banyak lagi barangan kemas yang amat indah buatannya dari seluruh dunia. Poh Kong juga pernah memenangi pelbagai anugerah, termasuk Anugerah Jenama yang Dipercayai Reader’s Digest (2011) serta Anugerah Kedai Harga Patut (2010); malah, syarikat juga pernah tersenarai dalam 500 Syarikat Peruncitan Utama di Asia Pasifik (2010).

Komen via Facebook

Komen

Share

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Malam Seni & Puisi Islami Numera
  • Next story AirAsia Cafe Silent Teddies Bakery

ENTRI BERKAITAN

  • Jom Tonton Mencari Ramli & Undi Peserta Pilihan Anda 2 Jul, 2012
  • Peraduan Mencipta Poster Filem Anak Halal 16 May, 2007
  • Peraduan Mister Potato & Manchester United 2011 18 Oct, 2011
  • Peraduan Menangi Tiket Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari 7 Jan, 2013

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Nasihat Anzalna Nasir Kepada Sharifah Sakinah
    • Pengakuan Tasha Shila Tentang Hubungan Dengan Mahali Jasuli
    • Lebih 20 Selebriti Jayakan Festival Hari Belia 2013
    • Maxis Umum Pelaksanaan Program Rintis Maxis Ekelas
    • Senarai Program Menarik Sempena Cuti Sekolah di TV3
    • Belia Hangatkan Jom Heboh Putrajaya
    • One Nite Only With Nash Lefthanded
    • Telemovie Kisah Fantasi Mesin Masa Cinta Atuk
    • ntv7 Anjur Kempen Will & Kate & The Royal Baby
    • Loudness, Search, Slank & Rusty Blade Bergabung di Konsert Thunder In The East
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • nashOne Nite Only With Nash LefthandedSaturday, May 25, 2013
    • Loudness, Search, Slank & Rusty Blade Bergabung di Konsert Thunder In The EastSaturday, May 25, 2013
    • Bintang-Mencari-BintangAchey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari BintangWednesday, May 22, 2013
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • nura on:Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut
    • nina on:Datuk Seri Najib Orang Pertama Dapat Kad Kahwin Beego & Linda
    • nina on:Gambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala Lumpur
    • nina on:Gambar Nubhan & Mila Jirin Berkaraoke Lagu Cinta Kasih di Red Box
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Nasihat Anzalna Nasir Kepada Sharifah Sakinah
    • Pengakuan Tasha Shila Tentang Hubungan Dengan Mahali Jasuli
    • Lebih 20 Selebriti Jayakan Festival Hari Belia 2013
    • Maxis Umum Pelaksanaan Program Rintis Maxis Ekelas
    • Senarai Program Menarik Sempena Cuti Sekolah di TV3
    • Belia Hangatkan Jom Heboh Putrajaya
    • One Nite Only With Nash Lefthanded
    • Telemovie Kisah Fantasi Mesin Masa Cinta Atuk
    • ntv7 Anjur Kempen Will & Kate & The Royal Baby
    • Loudness, Search, Slank & Rusty Blade Bergabung di Konsert Thunder In The East
    • Senarai Filem Menarik di Cuti Sekolah Di TV1
    • AirAsia Foundation Awards Sabah Social Enterprise with Micro Hydro Grant
    • Thirty Seconds To Mars Exclusive Album Preview Party
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.