in

Planet Seni Hiburan Lasak di Muzik Aktif

Peminat muzik di Malaysia, Brunei mahupun di Singapura pasti tidak asing dengan Saluran Muzik Aktif milik Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang dipancarkan melalui Saluran TV berbayar Astro. Muzik Aktif yang beroperasi 24 jam tanpa henti sepanjang minggu ini, menyediakan lagu-lagu dalam pelbagai variasi dan genre melalui video muzik atau rakaman persembahan-persembahan yang pernah disiarkan melalui saluran RTM.

Sebagai saluran muzik yang pertama dilancarkan di Malaysia, RTM telah mengambil nafas baru untuk menarik perhatian generasi-generasi muda khususnya untuk lebih mendekati serta mengenali artis-artis tempatan serta muzik yang dibawa oleh mereka.

Eja

Program terbaru berjudul Planet Seni yang merupakan satu program travelog di saluran ASTRO 180 Muzik Aktif ini menggabungkan unsur segar yang berformatkan hiburan atau persembahan lagu, dengan platform berbeza iaitu melalui sukan lasak yang bertujuan menarik minat penonton di kalangan remaja.

Beberapa jenis sukan lasak berbeza adalah antara aktiviti yang menjadi pilihan konsep rancangan ini. Sukan lasak seperti aktiviti berkayak, go kart, wall climbing, paintball, G-Force-X dan beberapa aktiviti lasak lain yang ada di antaranya jarang didengar bakal diperkenalkan melalui Planet Seni. Beberapa nama artis remaja popular yang bakal beraktiviti dalam rancangan hiburan lasak ini antaranya Shila, Tomok, Sabhi Saddi, Mila, Rini AF,Nubhan, Amir Sofaz, Dafi dan ramai lagi.

Justeru, episod Planet Seni siri 1 Ogos 2010 bakal menampilkan Naib Juara rancangan realiti popular tanahair iaitu Mohamed Idris Zaizizi atau lebih dikenali dengan nama Riz AF sebagai artis jemputan. Taman Cabaran Putrajaya membawa Riz memperkenalkan aktiviti sukan lasak kegemarannya, iaitu permainan rollerblade. Di samping berkongsi aktiviti seni, telatah Riz bersukan lasak dapat disaksikan melalui program ini.

Dalam episod seterusnya di siri 8 Ogos 2010, Daus AF yang juga dari platform seni yang sama bakal muncul bersukan lasak dengan aktiviti sukan air iaitu water ski. Penggambaran yang diadakan di sekitar Pusat Maritim Putrajaya ini bakal memperkenalkan Daus AF yang baru bertapak di dunia seni tanahair sebagai artis remaja. Telatah dan gelak tawa Daus dan hos rancangan menambah seri rancangan hiburan lasak ini, tambahan Daus memperkenalkan lagu single terbarunya berjudul Kenapa..

Serikan hujung minggu anda dengan menonton Planet Seni setiap hari Ahad, jam 10 malam. bertemankan pengacaranya Eyeja Arshad eksklusif hanya di Saluran Astro 180 Muzik Aktif.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The BlackBerry is More Affordable with Hotlink

Antabax Lancar Produk Pembasmi Kuman