in

Pilih Kasih 3 Minggu Ke-4

MINGGU keempat persembahan Pilih Kasih musim ketiga (PK3) yang dipancarkan secara langsung dari Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad di Senawang, Negeri Sembilan, di TV2, Ahad lalu, menyaksikan penyingkiran Yizee Ariff dari pentas program itu.

Pada minggu lalu kedudukan Yizee bagaikan telur di hujung tanduk kerana dia berada pada kedudukan undian SMS penonton yang tercorot bersama dengan dua lagi artis PK3, iaitu Aada Zara dan Airil Reffa. Namun nasib tidak menyebelahi Aada apabila dia yang terpaksa ‘pergi’ dulu. Bagaimanapun, pada minggu keempat sekali kedudukan Yizee berada pada paras bahaya bersama Hiera Hasan dan Nizen Ayob. Ini juga merupakan kali ketiga Yizee berada di kedudukan ‘merbahaya’ setelah 4 minggu bersiaran.

Walaupun pengkritik tetap, Fauziah Nawi mengatakan persembahan Yizee ada menunjukkan peningkatan tetapi Rosyam Nor tidak mampu menyelamatkannya kerana Rosyam tidak boleh menafikan kredibiliti yang ada pada Hiera dan Nizen. Oleh itu, sekali lagi dengan berat hati Rosyam terpaksa menamatkan perjuangan Yizee dalam PK3. Namun Rosyam menamakan Naqia Nasution sebagai calon yang sepatutnya keluar seandainya beliau berada di tiga tangga terbawah. Rosyam juga memberi amaran kepada Naqia dan juga artis-artis lain untuk terus memberikan mutu lakonan yang terbaik pada minggu berikutnya.

sura sojangi yang ketika segmen monolog

Dengan ketiadaan Aada dan Yizee tinggal 14 lagi artis PK3 yang akan meneruskan saingan pada minggu seterusnya iaitu, Ai Iqmal, Fareth Agang, Heri Aszmo, Hakim Yazid, Jalius Jaibin, Reen Rahim, Miza Azura, Theera Alias, Sura Sojangi, Naqia Nasution, Airil Riffa, Hiera Hassan, Nizen Ayob dan Marina Jose.

Jika tiga minggu lalu penonton di kompleks dan di rumah dapat mendengar kritikan lantang seorang lagi pengkritik tetap program itu, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah tetapi Ahad lalu dia tidak hadir kerana ada urusan di luar ibu kota. Lantas kekosongan yang ditinggalkan oleh Dr Abu Hassan itu memberi ruang kepada Fauziah melontarkan kritikan ‘keras’ terhadap artis PK3 kerana banyak lagi kelemahan mereka yang perlu diperbaiki.

Biasanya, Fauziah akan memberi laluan kepada Dr Abu Hassan di mana beliau akan cuba melihat persembahan artis dari sudut yang berbeza. Tetapi dengan ketiadaan Dr Abu Hassan, Fauziah lebih agresif mengkritik kerana dia tidak mahu artis PK3 leka yang akan mengakibatkan mereka hilang tumpuan dan tidak serius. Erra Fazira dan Datin Paduka Umie Aida selaku penasihat PK3, minggu ini juga ditugaskan mengkritik artis PK3.

Jika persembahan teater minggu lalu yang berjudul Puteri Gunung Sengkuang hasil nukilan dan arahan Erma Fatima dilihat sangat cemerlang sehingga membuatkan penonton tak kering gusi ketawa tetapi persembahan minggu ini yang berjudul ‘Apo Kono Eh’, agak hambar dan mesej yang ingin disampaikan agak kabur.

Umie sendiri tidak begitu menyukai teater itu kerana dia tidak faham apa yang mahu disampaikan oleh artis PK3. Sukar untuk menyatakan sama ada nashkah teater itu yang tidak berapa bagus atau barang kali artis PK3 gagal menyampaikan mesej itu dengan baik.

Ia adalah kisah penjajahan budaya luar yang ditunjukkan oleh ‘kemunculan’ Whitney Houston masuk kampung. Daripada asyik menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh masyarakat setempat (Negeri Sembilan), penduduk kampung mengubah selera mereka dengan menyanyikan lagu Inggeris pula.

Pun begitu pujian harus diberikan kepada artis PK3 dari Sabah dan Sarawak yang berusaha menguasai loghat Negeri Sembilan dengan baik. Sebagai bakal artis yang akan mewarnai industri hiburan tanah air suatu hari nanti, sewajarnya mereka dapat meletakkan diri mereka dalam apa jua situasi kerana apabila berada di pentas lakonan sebenar, mereka ‘kena’ melakonkan apa saja watak yang diberikan pengarah.

Dalam pada itu, persembahan monolog ada menunjukkan peningkatan dengan corak persembahan yang pelbagai dan tambahan prop yang menarik perhatian penonton. Persembahan pada malam itu dimulakan dengan nyanyian lagu yang popular pada era 70-an, Si Baju Hijau. PK3 dihoskan oleh Reza Mohamad yang gemar menggelarkan Dr Abu Hassan sebagai ‘angry bird’.

Jangan lupa untuk terus menyaksikan Kisah Pilih Kasih yang berubah waktu siarannya iaitu pada setiap hari Khamis dan Jumaat jam 2 hingga 3 petang, ZooOM Pilih kasih pada hari Sabtu jam 4.30 hingga 5.30 petang dan tentunya Pentas Pilih Kasih pada hari Ahad jam 9 malam. Kesemuanya di TV2!

Reaksi Rosyam Nor dan Penasihatnya

Heri Aszmo mendapat pujian pada malam ini.

Ai Iqmal Artis yang digemari penonton

Diantara aksi artis artis ketika segmen teater

Marina Jose yang diberi kepercayaan untuk menerajui teater Apo Kono Eh

Aksi Theera Alias yang mencuit hati penonton.

Sesi Penyingkiran

Yizee Arif artis kedua yang tersingkir selepas Aada Zara

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Launches New HD Channels

Profil Smash