in ,

Piala Dunia 2014 Lebih Happening Dengan Astro

Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia kembali lagi. Budiey juga seperti korang semua, demam bola! Apa taknya, tidur bola, makan bola, segalanya bola. Untuk mengubati demam bola yang menyerang Budiey sekarang ini, Budiey telah menghadiri Party Ola Bola Astro World Cup 2014 yang berlangsung di Hongdae Moon, One City Mall. Ini pertama kali Budiey sampai di tempat ni. Menarik gak.

Party yang bermula pada jam 6 petang itu dihadiri oleh ramai sekali bloggers dan social media influencer yang cukup berpengaruh dan terkenal di Malaysia. Semua yang hadir kelihatan cukup teruja dan bergaya dengan lengkap bergaya dengan jersi pasukan pujaan masing-masing. Budiey minat dan sokong Itali, jadi kenalah pakai baju Italy.

budiey

Budiey sangat teruja menjadi salah seorang daripada mereka kerana dengan adanya party ini Budiey dapat mengetahui info yang terbaru disediakan oleh Astro untuk peminat bola sepak.

budiey

Rasanya, tidak perlu Budiey katakan lagi, semua orang dah tahu, Astro selaku stesen penyiar rasmi PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL dan Budiey juga rasa sangat beruntung sebab dapat melihat sendiri liputan yang lengkap dan komprehensif untuk acara sukan terbesar di dunia. Baru Budiey perasan, sejak siri Piala Dunia FIFA 1998 lagi, Astro tak jemu-jemu dan begitu komited menghidangkan liputan lengkap perlawanan piala paling agung ini. Terima kasih Astro!

Sebagai rakyat Malaysia, pastinya kita rasa berbangga dengan kepuasan menonton yang dihidangkan oleh Astro. Apatah lagi untuk musim ini, Astro memberikan yang lebih baik pada musim lepas kepada rakyat Malaysia melalui platform ‘TONTON, MAIN, BACA dan DENGAR’.

astro

Sebelum datang ke party yang happening ini, Budiey dah muatturun empat aplikasi dari Astro iaitu Astro Go 2014 FIFA World CupTM, Astro on the Go, Ola Bola Football Predictor dan Stadium Astro. Budiey rasa, anda semua yang dilanda demam bola sepak WAJIB memuatturun semua aplikasi ini. Senang sahaja caranya, hanya buat carian aplikasi ini di Apple App Store dan Google Play Store pada gadget atau telefon bimbit anda! Dengan aplikasi ini, Budiey rasa Piala Dunia kali ini bertambah meriah dan happening!

Kalau tengah tonton tu, pasti kita rasa nak melayari laman sesawang atau nak berinteraksi dengan peminat bola sepak yang lain kan? Selain aktif di laman sosial, Budiey rasa anda juga patut juga melayari laman sesawang khas yang disediakan oleh Astro iaitu Stadium Astro (www.stadiumastro.com). Pendek kata, laman ini adalah sebagai pusat dan sumber informasi berkaitan PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL.

StadiumAstro

Rakyat Malaysia boleh melayari stadiumastro.com sepanjang musim acara bola sepak ini untuk mendapatkan berita, liputan terkini, lekapan, sorotan perlawanan, pelbagai perlawanan klasik dari siri Piala Dunia sebelum ini serta stesen-stesen radio bertemakan Piala Dunia serta segala fail media digital mengenai Piala Dunia.

TONTON – Liputan Perlawanan Piala Dunia Yang Cukup Lengkap

Untuk info pembaca, Platform TONTON akan memperlihatkan para pelanggan Astro SuperPack menerima ‘Pas Bola Sepak’ untuk menonton kesemua 64 perlawanan secara langsung melalui saluran-saluran khusus yang disediakan meliputi lima saluran berdefinisi tinggi (HD) dan lima saluran definisi standard (SD) di siaran televisyen Astro dan Astro On The Go. Buat para pelanggan Astro yang lain dan pelanggan NJOI boleh menyaksikan kesemua perlawanan tersebut melalui pembelian ‘Pas Bola Sepak’ yang bernilai RM100 bermula dari 1 Mei 2014.

VideoOnDemand

Astro Tawarkan Lebih Banyak Pilihan Untuk Pelanggan Bagi Menikmati Piala Dunia Fifa 2014 Brazil. Tonton kesemua perlawanan dengan Pas Bola Sepak atau perlawanan tertentu melalui Pay per View.

Turut diperkenalkan buat pertama kali untuk tahun ini ialah Aplikasi Astro Go 2014 FIFA World CupTM di mana para pemegang Pas Bola Sepak boleh menonton kesemua 64 perlawanan secara langsung melalui tablet, telefon pintar dan komputer.

Match Cast with Multi Angle Review (1)-001

Pengalaman Budiey menggunakan platform ini, Budiey kira lebih interaktif berbanding musim lalu di mana ianya diperhebatkan lagi di Aplikasi Astro Go 2014 FIFA World CupTM dengan sorotan secara langsung dari enam buah kamera pelbagai yang pasti dapat merakam kesemua aksi menarik sepanjang perlawanan.

Tambahan lagi, ciri unik penanda acara membolehkan detik-detik kegemaran diulang tayang semasa perlawanan secara langsung hanya dengan menggunakan jari. Selain itu, para penonton juga boleh menyaksikan detik-detik penting setiap perlawanan dalam sudut yang pelbagai.

Pemegang Pas Bola Sepak yang mempunyai kotak PVR dan akses Astro on the Go akan turut menerima siaran Piala Dunia FIFA On Demand dengan kandungan selama hampir 100 jam yang meliputi pelbagai perlawanan klasik siri Piala Dunia FIFA dari tahun 1966, 10 perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 yang disiarkan secara 3D dan program-program rasmi Piala Dunia dari FIFA.

MAIN – Permainan Interaktif Yang Ohsem!

Bagi platform MAIN, rakyat Malaysia boleh menyertai pelbagai permainan yang disediakan seperti Stadium Astro Fantasi Olabola Edition. Permainan yang boleh didapati di www.stadiumastro.com ini membolehkan para peminat bola sepak mencipta pasukan impian mereka, melakukan pemindahan pemain, menyertai liga dan mengumpul mata berdasarkan prestasi sebenar pemain pilihan mereka.

OlaBola Fantasy Home Page-001

Bayangkan anda boleh menjadi pengurus pasukan di mana anda boleh berfantiasi untuk menjadikan pasukan impian anda menang dalam perlawanan. Tambah lagi, anda boleh mendapatkan mata skor dan ianya memang sangat real, nampak sebijik seolah-olah anda berada di Piala Dunia yang sebenar!

Untuk meningkatkan debaran dan memperhebatkan lagi keseronokan setiap perlawanan secara langsung, para peminat bola sepak ini boleh menyertai permainan aplikasi “Ola Bola Football Predictor” untuk peranti iOS dan Android di mana pemain dapat membuat ramalan mengenai sepakan percuma, sepakan sudut dan sepakan penalti dalam perlawanan sebenar.

Home (1)

Semasa Party ini, Budiey telah diberi peluang untuk menggunakan aplikasi Ola Bola Football Predictor ini. Diletakkan dalam satu pasukan yang handal lagi cekap, Budiey ternyata sangat seronok bermain dengan aplikasi ini. Ternyata, balik je rumah Budiey telah buat ramalan siapa yang akan menang, dan bukan setakat itu sahaja, kita boleh buat ramalan, berapa sepakan percuma, berapa sepakan penalti dan tendangan sudut. Fuh, memang seronok la buat ramalan ni. Kalau mengena memang kita rasa sangat teruja la kan. Jadi, dari situ, kita akan diberi mata dan pihak lain juga akan bersaing dengan kita untuk mengumpul mata. Memang syiok la bersaing siapa yang pandai buat ramalan ni.

Tunggu apa lagi, jom la muatturun aplikasi ni di Apple App Store dan Google Play Store pada gadget atau telefon bimbit anda!

astro

Budiey dapat info, kepada anda yang berjaya mendapat skor paling tinggi, anda akan menerima hadiah sebuah foosball table. Wow! Best tu sebab hadiah memang gempak dan cukup eksklusif. Budiey pun rasa nak join. Kalau dapat hadiah ni, boleh lah main foosball kat rumah setiap hari.

DENGAR – Berhibur Sambil Mendengar Liputan Menarik

Melalui platform DENGAR pula, aplikasi Astro GO Listen akan menghasilkan dan mengumpul kandungan terbaik Piala Dunia FIFA 2014. Di samping itu, terdapat juga berita, liputan terkini, temu bual, analisis perlawanan dan pelbagai lagi.

Segala info dan berita terkini akan disiarkan di dalam Arena Radio yang mana anda boleh temui dan dengar dengan melayari stadiumastro.com

Manakala platform BACA membolehkan rakyat Malaysia mengakses capaian kandungan daripada web dan juga majalah digital.

Selain daripada PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL, Stadium Astro juga menyediakan siaran dan maklumat untuk pelbagai acara sukan perdana yang berlangsung sepanjang tahun 2014 ini khas buat 3.9 juta pelanggan Astro dan NJOI antaranya Piala Thomas dan Uber, Barclays Premier League, UEFA Champions League, Sukan Asia dan Sukan Komanwel. Memang ohsem la kan.

Untuk melanggan Astro dan sebarang maklumat lanjut, sila layari www.stadiumastro.com atau hubungi 1 300 82 3838.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Meet & Greet Bersama Pelakon Filem SEJOLI

Mega Bazaar 2014 Hari Pertama Dapat Sambutan