in ,

Photos Konsert CNBLUE Can’t Stop Live in Kuala Lumpur 2014

CNBLUE LIVE – Can’t Stop di Kuala Lumpur 2014 telah berlangsung semalam, 9 Ogos (hari Sabtu), jam 7. 30 malam di Stadium Negara Kuala Lumpur. Konsert ini adalah sempena pelancaran album kelima mereka berjudul ‘Cant Stop’ dan pastinya CNBLUE akan menyanyikan lagu terbaru mereka.

Setelah konsert pertama pada bulan Ogos tahun lalu, semalam, lokasi Stadium Negara mengubat kerinduan sekalian BOICE kerana dapat bertemu dan melihat persembahan CNBLUE sekali lagi di Kuala Lumpur. Budiey lihat, kerusi Stadium Negara agak penuh namun sambutannya tak lah seperti dan sehebat tahun lepas.

Dengan aura tersendiri yang spontan dan juga persembahan yang bertenaga di pentas, CNBLUE membuatkan sekalian peminat histeria. Tidak dapat dinafikan, kumpulan yang popular dengan single ‘Cant Stop’ ini masih lagi berbisa. CNBLUE terdiri daripada vokalis dan pemain gitar, Jung Yong Hwa, pemain gitar dan vokalis, Lee Jong Hyun, Kang Min Hyuk sebagai drummer dan pemain bass Lee Jung Shin. Kekuatan CNBLUE rasanya terletak pada lagu-lagu mereka yang catchy dan best. Betul tak? Vokalisnya juga berbakat besar dan serba boleh.

Cue Song
0.1 Welcome Audio
0.2 Opening Video
0.3 Appearance
1 Time is Over
2 Diamond Girl
3 직감 (Intuition)
4 Love
5 These Days
6 My Miracle
7 Blind Love
8 독한 사랑 (Cold Love)
9 Robot
10 In My Head
11 Greedy Man
12 Love is
13 잠못드는 밤 (Sleepless Night)
14 Let Me Know
15 외톨이야 (I’m a Loner)
16 Coffee Stop
17 I’m Sorry
18 Lady
19 Try Again Smile Again
20 Can’t Stop
21 아이의 노래 (Like a Child)
21.1 ENCORE
22 Wake Up
23 LOVE Girl + Talk
24 사랑빛 (Love Light)

Nah, ini gambar-gambar yang dihantar oleh penganjur. Terima kasih IME kerana sudi menjemput Budiey.com:

CNBLUE

CNBLUE

CNBLUE

CNBLUE

CNBLUE

CNBLUE

CNBLUE

CNBLUE

CNBLUE

CNBLUE

CNBLUE

CNBLUE

CNBLUE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gaji Lumayan Menanti Bakal Pramugari Pramugara

Healthy Fuchsia Fun With Avenue K’s Balloon Run