in

Photo Sean Kingston BEAUTIFUL GIRLS World Tour 2008 @ Zouk Club

Semalam, showcase Sean Kingston di Zouk KL bermula jam 10 malam. Tidak semua lagu dalam album Sean Kingston dinyanyikan. Sekadar 6 buah lagu yang pastinya sebagai penawar kerinduan peminat iaitu Me Love, Take You There, Kingston, There’s Nothing, Dry You Eyes dan tidak lupa lagu paling ngetop yang mempopularkan nama beliau, Beautiful Girls.

Khabarnya, tiket untuk sesiapa yang bukan pelanggan Hotlink dan Maxis yang menonton showcase ini dikenakan dalam RM120. Tapi kalau pelanggan Hotlink cuma dikenakan kos RM3 untuk download nada dering Sean Kingston sahaja.

Budiey nampak saiz badan Sean Kingston ni sangatlah besar di dunia nyata. Tengok gambar dia dalam poster dan juga video klip kat TV dan Youtube nampak kecil sedikit macam teddy bear. Ingat ke body dia cub tetapi dia rupanya adalah super dooper chub! Lepas tu, lepas nyanyi 2-3 buah lagu dah semput. Huhu… tak de stamina ye? Jom kita gi gym ye dik. Kita kuruskan badan sikit. Hehehe… tapi suara dia memang powers! Macam dalam CD je kan?

Sean nampak happy dan enjoy bersama peminat

Histeria dan gegak gempita tatkala Sean bawa lagu Me Love

Yeyeye!

You want more?

Semasa di konsert, rappers yang berusia 18 tahun itu juga turut menyanyikan lagu Beautiful Girls kepada gadis sebagai pemenang bertuah yang turut membawa pulang sebuah telefon bimbit Sony Ericson w660i music phone. Manakala, seorang pelanggan Hotlink (lelaki) bertuah dipilih untuk memenangi sebuah telefon bimbit Sony Ericson.

Budiey tiba di Zouk KL bersama dengan seorang kawan dalam jam 9 malam. Kelihatan ramai sekali peminat Sean Kingston datang membanjiri kelab hiburan terkenal itu termasuklah peminat dari luar negara pun ada. Ramai juga selebriti yang datang. Antaranya, dramatis Thumb dan pelakon hot Intan Ladyana.

Opening act diberikan kepada seorang penyanyi rap yang menggelarkan dirinya, Chin? yang katanya datang dari New York. Nampak muka dia macam Cina. Tak pastilah dia datang dari mana. Tetapi showmanshipnya memang meletop sebab Budiey kira dia pandai menarik perhatian penonton. Komunikasi yang baik dan rentak rap nya juga bolehlah tahan.

Rata-rata peminat yang hadir rasa tidak puas dengan penampilan Sean Kingston yang membawa 6 lagu sahaja. Nama pun showcase kan. Tetapi Budiey rasa showmanship Sean Kingston tidaklah sehebat mana. Biasa sahaja. Deejaynya pula memang happening sikit dan dua penyanyi latar Sean Kingston kadangkala menenggelamkan dan interprem showmanship penyanyi kelahiran Miami Florida itu.

Mmm… bodyguard Sean tu siap jaga Sean kat atas pentas lagi tu. Fuh, ketat betul kawalan dia.

Gambar sebelum showcase berlangsung:

Budiey bersama gadis merah Hotlink & Maxis

Kenalan Budiey dari MIT Astro.

Penyampai Hitz FM membuka pentas dengan celoteh mereka.

[tags]sean kingston, lyric Me Love, download Take You There, blog tips, blogjer, freelancer, zouk kl, website zouk, guest blogger, how to, Idea, malaysia web hosting, sponsor, sponsorship, tips, webhosting, cinta, Kingston, There’s Nothing, Dry You Eyes , mp3, torrent, hitz fm, tam suhaimi, intan ladyana, keven zahri[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Council of Six: Malaysia’S Top Entertainment And Lifestyle Bloggers First Met Up

Gambar Shooting Ashraf Muslim @ Matic, Jalan Ampang