in ,

Photo Dingdong Dantes di Malaysia

PELAKON POPULAR ENDLESS LOVE DINGDONG DANTES TURUN KE MALAYSIA
Penampilan Eksklusif Di Karnival Jom Heboh Ipoh Hujung Minggu Ini

Ingin mendekati artis pujaan anda, Dingdong Dantes ataupun Johnny dalam drama bersiri popular Endless Love? Diterbangkan secara khas oleh TV3 dari Manila, Filipina, Dingdong Dantes bakal singgah di Malaysia dari 27 – 29 April 2012, jangan lepaskan peluang untuk beramah mesra dan mengenali secara dekat dengan artis popular Filipina tersebut di gerai Wanita Inspirasiku, Karnival Jom Heboh di Stadium Indera Mulia, Ipoh pada 28 & 29 April 2012.

Dingdong Dantes atau nama asalnya, Jose Sixto Raphael Gonzalez Dantes lll yang dilahirkan pada tahun 1980 di Quezon City, Filipina telah memulakan karier seni beliau sejak kanak-kanak pada tahun 1987. Dingdong pernah memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Drama Terbaik di PMPC Star Awards for TV 2010 dan tercalon sebagai pelakon drama lelaki terbaik di Asian Televisyen Awards 2010 menerusi drama Stairway To Heaven yang pernah menghiasi slot Telenovela di TV3. Selain aktif berlakon, Dingdong Dantes juga merupakan wajah komersil yang sangat laris di Filipina.

Dingdong Dantes

Menurut Pengurus bagi Kumpulan Pengurusan Jenama Wanita TV3, Puan Hadzelynda Khairuddin, “Drama bersiri Filipina, Endless Love yang sedang hangat ditayangkan di TV3 menerusi slot Telenovela telah menerima sambutan yang hebat daripada penonton setia TV3 dimana rating telah mencatat lebih daripada 1 juta penonton.

Justeru, TV3 menerusi jenamanya Wanita Inspirasiku berusaha merealisasikan impian mereka untuk bersua muka dengan pelakon utamanya, Dingdong Dantes dengan mengadakan penampilan secara eksklusif di Karnival Jom Heboh pada hujung minggu ini sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang setia menyokong drama bersiri Filipina di slot Telenovela seperti Stairway To Heaven, Marimar dan Endless Love.”

“Penampilan secara eksklusif oleh Dingdong Dantes di gerai Wanita Inspirasi bersempena Karnival Jom Heboh yang berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh pada 28 & 29 April 2012 memberi peluang kepada para peminat Endless Love untuk bergambar, mendapatkan autograf dan beramah mesra bersama Dingdong.” Tambah Hadzelynda.

Endless Love lakonan Dingdong Dantes dan Marian Riviera sudah mula disiarkan pada 9 April 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 3.00 petang di slot Telenovela. Drama bersiri 38 episod terbitan GMA Network, Filipina merupakan adaptasi daripada siri drama Korea, Autumn In My Heart. Mengisahkan tentang hubungan akrab Johnny (Dingdong Dantes) dan Jenny (Marian Riviera) yang membesar sebagai abang dan adik bertukar menjadi cinta selepas identiti sebenar Jenny terbongkar.

Selepas keluarga Johnny mengetahui tentang kes pertukaran bayi pada hari kelahiran Jenny dan Shirley, mereka terkejut dengan hakikat bahawa Jenny bukanlah anak kandung mereka. Jenny dan Shirley telah tertukar di hospital. Oleh itu, Jenny telah kembali ke pangkuan keluarga asalnya manakala keluarga Johnny telah berhijrah ke luar negara.

Selepas sedekad, Johnny pulang ke negara dan bertemu dengan Jenny yang kini bekerja di sebuah hotel.

Johnny sudah bertunang manakala Jenny juga disayangi oleh Andrew. Johnny dan Jenny sering berjumpa dan bertukar cerita kerana sudah lama terpisah. Namun, masalah mula timbul apabila mereka tidak dapat membendung perasaan rindu dan kasih sayang antara mereka. Hubungan akrab antara Jenny dan Johnny kini bertukar menjadi cinta. Apakah percintaan antara Johnny dan Jenny akan direstui?

Bagaimana mereka berdepan dengan pelbagai rintangan dan dugaan dalam mengecapi kebahagiaan bersama? Ikuti kisah mereka dalam Endless Love, setiap Isnin hingga Khamis jam 3.00petang, di TV3. Penonton yang terlepas menyaksikannya boleh menonton melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Dingdong Dantes

Dingdong Dantes

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Foster The People Debut Music Video For Houdini

Senarai Pencalonan Top 10 GOLDEN AWARDS 2012