in

Photo Aein & Ekin Bakal Tunang Mawi @ Minggu Setiausaha Rafflesia di Hotel Istana

Semalam juga ketika menghadiri Minggu Setiausaha Rafflesia, Budiey ada terlihat kelibat kekasih Mawi, Nora’asikin Rahmat atau lebih dikenali dengan nama Ekin bersama kembarnya, Nor’Ain Rahmat atau Aein di Hotel Istana.

Seperti semua model dan peragawati yang lain, mereka berdua mengenakan tema hitam putih. Ekin tampil manis bertudung. Tampak semakin manis dan berseri Ekin. Tapi, Budiey perasan beg LV yang dibawa Ekin tu selalu sahaja dibawanya. Kadangkala, bolehlah bertukar-tukar dengan beg lain pula. Takkanlah satu je beg Ekin. Tapi LV yang satu macam istimewa pada Ekin. Memang mahal tu. Mungkin Mawi yang sponsor kot. Tu yang selalu tak lepas dari tangan Ekin.

Cakap pasal cinta antara Mawi dan Ekin ni, Budiey pernah terbaca yang Mawi dan Ekin ada memakai cincin yang sama sebagai simbolik persahabatan mereka. Tetapi, ini tidak bermakna Ekin dan Mawi ada ikatan untuk menjuruskan kepada perkahwinan. Jadi, Ekin juga tidak mahu mengongkong Mawi dan Mawi bebas berkawan dengan orang lain juga.

Banyak betul fitnah yang Budiey dengar dulu, kata Ekin bomohkan Mawi, tapi itu tak benar dan Ekin dah menafikannya. Ekin yang kini berusia 29 tahun itu katanya tak pernah terniat di hati pun nak buat benda keji tu kat Mawi.

Semoga Ekin terus tabah.

[tags]ekin, gossip mawi, ain kembar ekin, johor, rempit, photo tunang mawi, wedding mawi, ekin bomoh mawi, star wars, luncheon rafflesia, hotel istana, determination, cita-cita, azam 2008, motivation, how to, wikipedia, wikihow.com[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Diana Danielle Pakai Baju Nazreen Idris @ Secretaries Week Luncheon

Sekitar Minggu Setiausaha Rafflesia Luncheon @ Hotel Istana