in

Phillip Jusof Pelakon Filem Anak

Phillip Jusof, pelakon kelahiran Indonesia yang kini sedang berada di Malaysia bagi mempromosikan filem terbaru ANAK menjadi antara pelakon utama yang membintangi filem terbitan Penerbit Box Lite Film Sdn Bhd.

Mengakui bahawa berlakon bukan perkara mudah, Phillip Jusof perlu lebih banyak menimba pengalaman dan belajar tentang lakonan. Dalam pada itu, Philip mengakui bahawa beliau sangat bertuah dan rasa bangga dapat berlakon bersama Erra Fazira dan Ida Nerina di dalam filem Anak.

Sebelum pengambaran bermula, Philip juga pernah melakukan rehearsal dan latihan bersama Ida Nerina dan pelakon lain. Mereka berdua bagi Philip seorang yang santai, mudah dibawa berbincang dan terbuka. Percubaan melakonkan watak doktor jiwa dalam filem keduanya ini begitu mencabar kerana watak dan karakter seorang psikiatris bernama Doktor Amar yang dikehendaki pengarah perlu dicungkil sejujurnya. Aspek yang diperlukan adalah penghayatan, emosional yang bersesuaian dan dalam pada masa yang sama prihatin kepada Erra Fazira.

Menjadi teman dan doktor kepada Nita (watak Erra Fazira), pelakon yang pernah membintangi filem Brownies 2005 yang diarahkan oleh Hanum dari Jogjakarta sangat memberikan impak dalam hidupnya. Namun, pengalaman berlakon dalam ANAK begitu menyeronokkan.

Philip sebelum ini pernah berlakon soap opera di Jerman ketika belajar di Jakarta. Bekerja sebagai medical technician di sebuah syarikat milik keluarganya yang menyediakan ubat kepada hospital di sana.

Mengapa Philip Yusof dipilih untuk membintangi filem Anak?
Sebelum pemilihan dibuat, beberapa pelakon telah disenaraikan bergantung kepada perwatakan, fizikal dan juga cara karakter yang dimahukan oleh pengarah. Selain itu, pelakon lain yang berada dalam senarai sebenarnya tidak berani untuk berlakon filem hantu.

Di dalam filem Anak, watak doktor memerlukan Phillip bertutur dalam bahasa Inggeris dan Indonesia kerana di dalam skrip doktor pakar jiwa ini berasal dari Jakarta dan berpindah ke Kuala Lumpur untuk bekerja.

Phillip mengakui beliau tidak berapa gemar untuk berlakon Sinetron sebab kerja sebegitu agak sulit dan terpaksa menjalani pengambaran yang lama. Sedangkan, beliau mempunyai pekerjaan tetap.

Fatimah Abu bakar menjadi ‘coach’ untuk pelakon filem Anak. Phillip sempat berlatih dibawah bimbingan Fatimah selama 3 minggu. Filem seram yang menjadi rujukan untuk filem Anak ialah Jelangkong.

Saksikan filem Anak; filem seram lakonan Erra Fazira dan Ida Nerina mulai 21 Februari 2008.

[tags]filem anak, review film anak, ulasan filem anak, phillip jusof, biodata, profile, spedo, skrip truetunes, ikon malaysia[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Film Bond 22 Starts Production At Pinewood Studios, London

AC Mizal Hos Akademi Fantasia 6 Sarimah Hos Diari AF6