Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









PESONA NONA PERTARUHKAN 10 GADIS JELITA



Pada 22 Disember lalu, Budiey dijemput untuk menghadiri Sidang Media Pesona Nona Musim Ke-3 di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur. Majlis bertemakan serba putih dan ala Hawai ini dihadiri oleh para penaja, media dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Media Prima Berhad, Dato’ Sri Farid Ridzuan, Pengurus Besar Majalah dan Dokumentari Primework Studios, Ahmad Kamaludin Zaba’ai, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Puan Nurul Aini Abu Bakar dan Sherina Nordin.

Pencarian gadis berbakat dan berpenampilan menarik untuk menyertai Pesona Nona telahpun dijalankan bermula 1 November hingga 30 November yang lalu di serata Malaysia. Lebih 600 peserta hadir telah mencuba nasib namun hanya 34 peserta disenarai pendek kemudiannya saringan dijalankan dan 10 peserta sahaja yang berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Gimik pembukaan: Brass Band dan Kawat Senyap

Hos majlis, Ally Iskandar dan pengacara Nona

Mereka asyik duk bergurau sinis… menceriakan suasana majlis.

Selain itu, ada persembahan dari kumpulan Koir dan sesi perkenalkan 10 Finalis Pesona Nona Musim Ke-3.

Segmen realiti Pesona Nona yang dibawa khas oleh SAFI ini akan disiarkan melalui program khusus untuk wanita, NONA bermula pada 4 Januari 2009, setiap Ahad, jam 2.00 petang.

Serba putih – 10 gadis jelita yang berjaya terpilih untuk Pesona Nona musim ketiga.

Majlis ini turut menyaksikan penyerahan hamper dari penaja utama segmen Pesona Nona iaitu SAFI, (disampaikan oleh Pengurus Kanan Produk, Mahsuri Sulaiman) dan penaja hadiah untuk pemenang Pesona Nona yang terdiri dari RAFFLESIA (disampaikan oleh Pengurus Operasi Rafflesia, Ivy Yuen), untuk baucer Fabrik Ekslusif Jakel (disampaikan oleh Pengarah Perhubungan Awam Jakel, Saiful Izhar Senawi) dan trofi Pesona Nona disumbangkan oleh Pengasas langkawiicrystaal, Abdoul Rahman Abdullah.

Majlis penyampaian ini disempurnakan oleh wakil TV3, Dato’ Sri Farid Ridzuan.

10 gadis Pesona Nona yang berasal dari pelbagai latar belakang, pengajian dan kerjaya yang berbeza ini akan memulakan kelas latihan intensif mereka bermula pada 23 Disember sebagai persedian sebelum bakat mereka dinilai.

Antara kelas yang akan mereka ikuti ialah tatarias, pengucapan awam, asas kewartawanan, intonasi vokal, bagaimana menghadapi dunia glamor, memasarkan diri dan membina keyakinan diri. Pihak penaja yang memberi kerjasama menjayakan Pesona Nona musim ketiga.

Pengajar-pengajar yang menggalas tanggungjawab membimbing para peserta ialah jurumakep Nurol Shukor, Zainal Ariffin Ismail, Nurfarahin Jamsari, Mazidul Akmal Sidek, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Datuk Yusof Haslam dan Winnie Quah.

Untuk melayakkan 10 gadis Pesona Nona ini sebagai finalis, mereka harus memiliki kriteria seperti mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya sijil Diploma atau menuntut di institut pengajian tinggi yang diiktiraf, wanita berusia 17 hingga 25 tahun,berstatus bujang, berwajah menarik (fotogenik & telegenik), kebolehan bertutur dwi bahasa (bilingual), memiliki tahap vokal yang mantap dan mampu untuk berkomunikasi dengan baik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Dato’ Amrin Awaluddin, “Objektif program realiti ini ialah untuk mencungkil serta menggilap bakat-bakat baru untuk diketengahkan sebagai seorang pengacara mahupun sebagai wartawan penyiaran yang berkaliber. Peserta yang terpilih akan mendapat latihan intensif pengacaraan dan kewartawanan sama ada untuk program-program rakaman mahupun secara langsung seperti dua pengacara yang dicungkil dari Pesona Nona musim pertama dan kedua, Noor Azean Abdol Karim (Pengacara MEDIK TV) dan Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan (Pengacara NONA).”

10 jelitawan yang terpilih ke Pesona Nona musi ketiga.

Peserta favorite Budiey

Jelas beliau lagi, “Melalui program ini penonton boleh melihat bahawa kerjaya dalam bidang ini bukanlah mudah. Sebaliknya, seseorang harus mempunyai komitmen dan pendidikan tinggi serta personaliti yang dinamik. Mereka harus memiliki ciri-ciri yang versatil, di samping mempunyai personaliti yang menarik dan berkeyakinan tinggi. Di samping itu, setiap peserta akan diberikan tugasan yang akan memperlihatkan kredibiliti setiap peserta.”

Manakala menurut penerbit Nona, Syarida Sharif, “TV3 sendiri akan dijadikan pusat pembelajaran untuk peserta memahami dengan lebih dekat lagi senario sebenar dunia penyiaran. Tunjuk ajar dari tenaga pengajar profesional dan berpengalaman akan memastikan misi untuk melahirkan bakat baru yang bakal menyinari dunia penyiaran tanahair tercapai. Setiap peserta diberikan tugasan untuk diselesaikan dan mereka akan dinilai dari pelbagai aspek di antaranya cara penyampaian, melaksanakan tugasan, kesungguhan dan keyakinan ketika berhadapan dengan kamera.”

Pakaian pada sidang media ini ditaja oleh Noor Arfa Batik dan WH untuk kumpulan Koir, Hazree Wahid Couture untuk Hasfizza, pakaian Ally Iskandar ditaja oleh WH manakala peserta-peserta Pesona Nona musim ketiga ditaja oleh Forever 21, Treats, WH dan SND Boutique.

Acara diakhiri dengan persembahan dari IZ OIAM.

Sejarah Pesona Nona:

Mula diperkenalkan pada tahun 2006 dibawa oleh Safi.

Pemenang Musim Pertama:

  1. Noor Azean Abdol Karim (Pengacara MEDIK TV)
  2. Shana Avril (Pelakon & Model)
  3. Sharnaz Saberi (Pelajar)

Pemenang Musim Kedua:

  1. Syarifah Norashikin (Pelakon Iklan)
  2. Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan (Pengacara NONA)
  3. Siti Nurzafriza Mohd. Zin (Mengikut suami ke London)

Gimik Pembukaan: Tarian Copa Cobana

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Pesona Nona Musim Ketiga Di TV3 Tajaan Safi dan Rafflesia
  • Juara Pesona Nona Musim Ke-3
  • Gambar Dafi di Rakaman Raya Nona & Wanita Hari Ini
  • Eksklusif Gambar Maya Karin Masa Pengambaran Nona 2010
  • Gambar Fizow @ Sidang Media Pesona Nona Musim Ke-3
  • SAFI JENAMA UNGGUL PRODUK PENJAGAAN DIRI MUSLIMAH
  • Profile Raja Farah Pelakon Drama Gadis Dari Bintang
  • JOM SERTAI UJIBAKAT PESONA NONA MUSIM BARU
  • Rakaman Rumah Terbuka Wanita Hari Ini & Nona
  • Trivia: Kasut Adidas Merah Pelakon Mana Ni?



    • http://www.uttsb.uum.edu.my Jom Cuti-Cuti Malaysia

      alahai bertuahnya badan.. nape ye..pengacara NONA yg. sekarang ni semakin seksi..

    • rose_aidawatiez

      ala…kena la seksi..nanti tak glamour lak..org tak pandang

    • http://obefiend.blogspot.com Obefiend

      ok thanks………

    • zowi

      ala orang johor xda,,itu ari tngok masa kat whi,tp tak ingat la bila.. ada yg bakat…

    • zowi

      orang johor takda……itu hari tengok kat whi,tp tak ingat la bila…ada yang bebakat,xpe orang johor usaha lagi

    • siti

      Seksi2 ni glamor sekejap je. Glamor murahan buat apa. Masuk mata je penonton je. Tak masuk kat hati penonton/peminat. Macam aksi2 artis2 cover majalah mangga…tak dikenali…tetiba je menyeksi.

      TIPS jadi artis terkenal dari peminat: Jangan seksi dan gedik. Jika tak….alamat sekejap je la….. jelek

    • zaa_ikram

      yelaa.artis skrg semuanya mkin berlumba2 nk seksi..agaknya design2 baju skrg mendesak mereka jdi cmtuaa..ahaks ada ker kaitannya..ntah ler… apa2 pun,biar ler makin bersopan ya semuanya..

    • guy that hate sluts!!!

      ur favourite peserta tu dah kena buang ipta, she got no diploma man.. plus the biggest slut in kl..!!

    • khadijah

      Salam semua..u guys takda kerja lain kaa..semua macam bagus..mind ur own business..kerja nak ngutuk orang ja..korang dapat apa ngutuk ornag ni..dapat dosa adala..aku turut simpati ngan korang..especially rose nad siti..korang jealous eeek..cian..hahah..

    • farisya

      betul tu…dioarang selalu nak nampak seksi,bergaye,cantik.tapi tak semua lah macam tu .sparuh aje

    • cik adek

      that girl with erry putra in ur pic is my jr in um. final year now degree in telco electric. she’s very nice, hot among guys.. TM scholar.. giler minah ni, da final2 xm camni leh join, ngan tesis lg.. ok gud luck nida!



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK