in

PESAWAT Lancar Single Terbaru Bandaraya Ibukota

PESAWAT baru sahaja melancarkan single terbaru berjudul ‘Bandaraya Ibukota’ yang diambil dari album sulung mereka yang berjudul ‘Take Off’. Lagu tersebut sudahpun diputarkan di radio-radio tempatan, terutama sekali XFM, HotFM, EraFM dan KLFM.

‘Bandaraya Ibukota’ berkisarkan tentang keinginan seseorang untuk mengubah nasib dengan menempuh kehidupan pancaroba di bandaraya. Bercakap tentang lagu itu, Jipie selaku vokalis yg menulis lirik utk lagu tersebut berkata, “kami cuba menerapkan mesej di dalam setiap lagu kami dan juga berharap pendengar memahami dan mengamati apa yang kami cuba sampaikan dalam setiap lagu kami.” Bandaraya Ibukota merupakan single ke lapan PESAWAT selepas ‘Brand New Day’ dan ‘Hitam’.

PESAWAT

Seiring dengan pelancaran lagu itu, PESAWAT telah mengeluarkan promo video untuk tatapan umum. Ia boleh ditonton di http://youtu.be/IrM5QXrvqbM atau melalui saluran rasmi youtube PESAWAT iaitu www.youtube.com/pesawatube

Terkini, PESAWAT sedang giat mempromosi album terbaru mereka dan sudah selesai menjelajah Johor Bahru, Ipoh, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu, Shah Alam, Kuala Lumpur dalam siri konsert jelajah ‘Take Off’ mereka. Menjelang 2012, PESAWAT akan menggiatkan kembali siri konsert jelajah ‘Take Off’ ke Kuantan, Kota Bharu, Penang, Kuching dan Seremban serta sedang mengintai peluang menjelajah ke Jakarta, Bandung dan Bali. Album ‘Take Off’ sudahpun berada di pasaran dan boleh dibeli di 7-Eleven dan kedai kedai musik seperti Rock Corner, Speedy dan Victoria Music.

Selain terlibat dengan festival Rock the World : Adrenaline yang berlangsung pada 10 Disember lalu, PESAWAT akan menjadi band pembuka bagi konsert Search Fenomena 30 Tahun yang akan berlangsung di MIECC pada 17 Disember ini. Pada 24 Disember pula. PESAWAT akan berkongsi pentas dengan ‘Efek Rumah Kaca’ di Black Box MAP @ Publika, Kuala Lumpur. Efek Rumah Kaca adalah band yang di datangkan khas dari Indonesia untuk siri konsert jelajah Malaysia mereka.

Untuk lebih info, sila ke www.pesawatmusic.com & www.facebook.com/pesawatmusic & twitter: @pesawat
Dilampirkan bersama email ini adalah cover single Bandaraya Ibukota, cover album ‘Take Off’ dan gambar terbaru kumpulan PESAWAT.

PESAWAT

PESAWAT

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Baca Ulasan & Sertai Peraduan di KakiWayang.com

Drama Bicara Hati