Perubahan Jadual TV1 Mulai 1 Mac 2009
Bermula 1 Mac 2009 (Ahad), menerusi TV1 akan berlaku sedikit perubahan jadual waktu siarannya. Dengan penyusunan semula masa siaran ini, maka akan berlaku perubahan bagi beberapa rancangan lain.
Penonton TV1 akan memperoleh dan mengikuti berita pertama di awal pagi bersama dengan Semasa @ 1 yang menggantikan Nasional @ 1 sebelum ini yang disiarkan pada jam 6.00 pagi. Semasa @ 1 bersiaran lima minit pada jam 6.00 pagi.
Rancangan Respon menyusul pada jam 6.05 hingga 6.30 pagi. Ia adalah program motivasi terbaharu terbitan Unit Pembangunan dan Pertanian TV, RTM. Ia disiarkan setiap hari Isnin hingga Ahad kecuali hari Jumaat. Topik-topik yang diketengahkan berbeza mengikut susunan iaitu Isnin (Moral), Selasa (Sosial), Rabu (Keluarga), Khamis (Wanita), Jumaat diterbitkan oleh JAKIM, Sabtu (Pendidikan) dan Ahad (Kesihatan).
Respon menampilkan dua pengacara iaitu Fahrin Ahmad dan Farish Aziz yang akan menerajui program ini bergilir-gilir. Objektifnya pula untuk memberi ruang dan menyuntik semangat kepada penonton di luar sana bahawa kehidupan sebenarnya terlalu indah dan kita seharusnya sentiasa bersemangat untuk meneruskan kehidupan dan tidak takut dengan masalah. Respon mengharapkan penonton akan lebih berfikiran positif setelah menontonnya.
Menariknya, penonton boleh menghantar email iaitu menerusi bisik@respon.my dimana mereka boleh berinteraksi dan berbincang mengenai topik-topik yang dikupas dalam program ini. Di samping itu Respon memiliki taglinenya sendiri iaitu Kemelut Jangan Kalut, Buntu Jangan Terburu, Masalah DiJadikan Peluang.
Respon diterbitkan Puan Norziha Hamsah dari Unit Pembangunan dan Pertanian TV, RTM.
Nasional @ 1 yang sebelum ini disiarkan seawal jam 6.00 hingga 6.30 pagi pula kini bersiaran jam 7.00 hingga 7.20 pagi. Bermakna ia dipendekkan 10 minit. Sementara itu, Media @ 1 pula disiarkan pada jam 7.15 hingga 7.30 pagi.
Begitu pun program Bicara Mufti pula dikekalkan siarannya pada jam 6.30 hingga 7.00 pagi.
Rancangan bual bicara pagi, Selamat Pagi Malaysia dan Hujung Minggu Malaysia akan memulakan siaran jam 7.30 hingga 9.00 pagi berbanding sebelum ini pada jam 7.00 pagi. Program ini bersiaran secara langsung dari Wisma Sime Darby, Kuala Lumpur.
Gelanggang @ 1 pula dilewatkan siarannya sejam daripada sebelumnya iaitu pada jam 1.30 hingga 2.00 pagi.
Diatas permintaan dan sambutan orang ramai juga, program Tilawah Interaktif setiap hari Khamis dan Jumaat, jam 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi iaitu dipercepatkan siarannya setengah jam daripada sebelum ini disiarkan jam 1.00 hingga 2.00 pagi.
Pastikan anda terus bersama siaran TV1, Saluran Informasi.
Tags: TV1
Tags: TV1Click on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





March 2nd, 2009 at 10:20 am
x taulah nape….walaupun tv1 wat mcm2 perubahan..rase2nya msh kurang uuumpphh….
April 27th, 2009 at 8:36 am
kami sekeluarga peminat ancangan tv drama Gelora di hati Sara.Tetapi sejak perubahan jadual kami tidak tahu waktu siarannya.Tolong emelkan ja berapa drama ini ditayangkan?
September 22nd, 2010 at 8:01 am
salam…. suka dgn respon tp tak brapa gemar tgk segmen mulut bercakap…