Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)









[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






PERUBAHAN JADUAL BERITA RTM MULAI 20 APRIL 2009

Budiey BlogSelepas penilaian selama 3 bulan, mulai 20 April 2009 (Isnin) ini Radio Televisyen Malaysia (RTM) melakukan perubahan waktu meliputi slot berita utama Nasional@1 (Bahasa Melayu) yang kembali bersiaran jam 8.00 malam setelah dipinda sejak 1 Januari 2009 lalu kepada jam 9.00 malam. Malah bermula Isnin ini juga siaran Nasional@1 (Bahasa Melayu) bertambah dari setengah jam kepada satu jam pada hari Isnin hingga Sabtu jam 8.00 malam. Manakala setiap hari Ahad pula akan bersiaran jam 8.00 hingga 8.30 malam. Malah siaran Nasional@1 juga ditambah setiap hari Isnin hingga Ahad jam 12.00 malam hingga 12.30 tengah malam.

Penukaran waktu itu turut meliputi berita Nasional@1 (Mandarin), Nasional@1 (Tamil) dan Nasional@1 (Inggeris) yang disiarkan jam 7.30 malam (Tamil), jam 8.00 malam (Mandarin) dan 12.00 malam (Inggeris).

Berita Nasional@1 (Bahasa Melayu) dikekalkan siarannya menerusi TV1 sementara siaran berita Nasional@1 (Mandarin), Nasional@1 (Tamil) dan Nasional@1 (Inggeris) pula disiarkan di TV2. Siaran tiga bahasa ini akan disiarkan saluran TV2 iaitu bermula dengan Nasional@1 (Tamil) jam 6.00 hingga 6.30 petang, Nasional@1 (Mandarin) jam 6.30 hingga 7.00 petang dan Nasional@1 (Inggeris) disiarkan jam 8.00 hingga 8.30 malam.

Justeru perubahan waktu yang berlaku turut menyebabkan siaran berita Wilayah@1 kini akan bersiaran jam 6.00 hingga 6.30 petang setiap hari Isnin hingga Ahad di TV1.

Manakala berita Warta Serumpun melibatkan berita-berita terkini dari Malaysia dan Indonesia yang sebelum ini disiarkan setiap hari Ahad akan dipercepatkan siarannya dari jam 10.30 malam kepada jam 8.30 malam selama setengah jam.

Namun waktu siaran berita Global@1 dikekalkan seperti sebelumnya jam 11.05 malam cuma ditambah waktu bersiaran iaitu daripada setengah jam kepada satu jam setiap hari Ahad.

Malah mulai 20 April 2009 juga RTM menambahkan slot Berita Luar Negara (MSNBC) yang akan disiarkan kepada penonton setiap hari Isnin hingga Ahad jam 4.31 hingga 5.00 pagi istimewa kepada penonton-penonton yang mahu mengikuti berita-berita terkini luar negara.

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • PERUBAHAN TERBAHARU WAKTU SIARAN BERITA TV2 DI RTM
  • Perubahan Jadual TV1 Mulai 1 Mac 2009
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 Pada 12 April 2009
  • Gambar Saida & Sairah di Sidang Media ABP-BH 2009
  • Dato’ Siti Nurhaliza Kembali Bekerja 1 April Ini
  • Perjanjian Pemasaran & Pengedaran Antara Metadome & EMI Music Indonesia
  • TV3 Menghentikan Siaran 24 Jam Mulai 1 Julai
  • Rombakan Jadual Hot FM
  • Artis Maestro Diurus Oleh Astro Entertainment Sdn. Bhd Mulai 1 April
  • WARTA WILAYAH DI RTM1



  • 2 Komen untuk entri “PERUBAHAN JADUAL BERITA RTM MULAI 20 APRIL 2009”

    1. Obefiend kata:

      ubah la jadual bagaimana sekalipun jika berita yang disampaikan masih la pembohongan,fabrikasi dan senget kepada dacing tahi tak guna juga.

      i personally havent been watching the news to to the lies on them. if i wanna be lied to i can always watch a magic show. at least in a magic show i might be lied to but at least i will be entertained

      if i watch the buletin utama and warta tv1 or someshit i just got my intellect insulted aje!

    2. tok imam sedih kata:

      Ubah balik… dlm iklan dulu kata bagi peluang kat org smbhyg jemaah isyak di surau dan masjid. Hilang baliklah jemaah aku….dah sume menghadap balik tv kul lapan. hu..huu…

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!