Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)









[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Perubahan Dalam Anugerah Industri Muzik Malaysia 2009

Beberapa perubahan dapat dilihat menerusi penganjuran Anugerah Industri Muzik Malaysia 2009 (AIM 2009) yang juga anugerah kali ke-16 yang akan diadakan pada 2 Mei tahun depan. Perubahan yang ketara adalah menerusi penambahan bilangan kategori yang dipertandingkan iaitu daripada 22 kepada 27 kategori yang mana ia menyaksikan 7 kategori baru diperkenalkan. Kategori tersebut adalah Lagu Pop Etnik Terbaik, Lagu Nasyid Terbaik, Lagu Rock Terbaik, Lagu Pop Terbaik, Lagu Inggeris Tempatan Terbaik, Lagu Cina Terbaik serta Lagu Tamil Terbaik.

Pengerusi Jawatankuasa AIM, Freddie Fernadez, berkata, pertambahan kategori ini adalah untuk memberikan penghormatan terhadap bakat-bakat baru tempatan serta pengiktirafan kepada golongan  artis, pemuzik, komposer serta penerbit yang terbabit secara langsung di dalam produksi rakaman album tanah air.

“Khususnya bagi mereka yang kini  lebih cenderung berkarya dengan hanya mengeluarkan lagu atau single sahaja berikutan kemerosotan jualan album fizikal di pasaran sejak kebelakangan ini. Pada masa yang sama, ia juga bertujuan untuk terus menggalakkan mereka untuk menghasilkan lagu-lagu yang popular tetapi berkualiti serta digemari masyarakat”

Begitu pun kata Freddie, pertambahan ini turut menyaksikan 2 kategori yang sudah sedia ada dimansuhkan iaitu Artis Harapan serta Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Bukan Bahasa Melayu) yang mula diperkenalkan tahun lalu.

“Kategori Artis Harapan dimansuhkan kerana ia tidak ada jauh bezanya dengan kategori Artis Baru Terbaik kerana kedua-duanya memberikan pengikrafan kepada bakat baru manakala kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Bukan Bahasa Malaysia) pula dimansuhkan kerana ahli berpendapat muzik tidak seharusnya dibataskan dengan apa jua bahasa. Selaras dengan itu, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Bahasa Malaysia) digantikan semula sebagai Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu seperti tahun-tahun sebelumnya,” katanya.

KATEGORI VOKAL DINILAI MENERUSI LAGU

Menurut Freddie, beberapa anugerah kategori lain yang sudah sedia ada seperti Persembahan Vokal Lelaki Terbaik, Persembahan Vokal Wanita serta Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik pula kini tidak akan lagi  dinilai menerusi sebuah album tetapi berdasarkan lagu.

“Perubahan lain termasuklah sistem penghakiman AIM yang sebelum ini dilakukan secara 2 peringkat yang mula diperkenalkan sejak tahun lalu. Kalau sebelum ini, pemilihan peringkat pertama dilakukan menerusi pos (postal voting) yang telah mual dihentikan sejak AIM Ke-14 iaitu pada 2007, kini ia akan diganti dengan pemilihan menerusi Internet (online voting), ” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi RIM, Sandy Monteiro, pula berkata melihat kepada pertumbuhan serta perkembangan industri muzik tanah air yang kini lebih cenderung ke arah penjualan single atau album secara digital, Majlis Tertinggi RIM telah memutuskan untuk membuat rombakan tersebut secara secara berperingkat.

“Rombakan tersebut bukan saja dilihat sebagai sesuatu yang cukup wajar dilakukan tetapi sangat relevan dengan realiti perubahan yang sedang dilalui industri muzik tempatan pada masa sekarang. Apa yang penting sekali, semua pihak yang terbabit secara langsung di dalam industri ini akan dapat mengambil bahagian di dalam AIM. Ini adalah untuk kepentingan industri. Sebab itulah kita telah ambil keputusan untuk turunkan harga untuk setiap lagu yang dipertandingkan iaitu sebanyak RM50 bagi setiap lagu. Malah, kita juga turut memberi peluang kepada artis atau karyawan untuk menghantar album secara digital yang mana ia akan diikat menjadi satu album. Definisi sebuah album juga tidak lagi tertumpu kepada 10 lagu yang mempunyai durasi 40 minit atau 8 lagu (30 minit)sebagaimana yang pernah ditetapkan sebelum ini, sebaliknya, mereka yang mengeluarkan 5 lagu pun sudah dikira sebagai sebuah album,” katanya.

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Amy Search di Anugerah Industri Muzik 1998
  • Gambar Safura di Anugerah Industri Muzik 1998
  • Gambar Datuk Sharifah Aini di Anugerah Industri Muzik 1998
  • Anugerah Industri Muzik 15
  • Gambar Siti Nurhaliza @ Anugerah Industri Muzik 1998
  • Gambar Camelia di Anugerah Industri Muzik
  • Gambar Mas Idayu @ Anugerah Industri Muzik 1998
  • Isu Penciplakan Tidak Boleh Dimaafkan
  • Keputusan Pemenang Shout! Awards 2009
  • Biodata Izwan Pilus



  • 4 Komen untuk entri “Perubahan Dalam Anugerah Industri Muzik Malaysia 2009”

    1. nazyun kata:

      Saya harap dalam tahun ini dapat megenahkan beberapa band indie . kerana industri Muzik Kat malaysia sekarang baru hendak bernafas dengan indie band yang akan satu hari mungkin akan dapat menaikkan nama melaysia di persada muzik antarabangsa .harapan megunung saya kat AIM 16 nanti dapat jadi realiti. banyakkan Persembahan band indie kat AIM 16 4 ke 5 perform

    2. Britney Lohan kata:

      mintak2 siti menang lagi utk vokal wanita terbaik dan Lentera Timur menang Album Terbaik! hehe.. :)

    3. myra kata:

      harap2 ada tercalon lagu stacy pakai buang… betul ke ada???…hehehe

    4. BIBIE kata:

      OK GA LA AIM 2009 INI….KADANG2 BOSAN GA CRITANYA…. BULE LA DI KATAKAN ERMMMMMMMMMMMM….. SO FAR SO GOOD LA…

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!