in ,

Pertunjukan Fesyen I Love Malaysia Designers

I LOVE MALAYSIA DESIGNERS: FASHION FOR A CAUSE

Sebuah syarikat fesyen tempatan dengan nama Brew & Skittles bakal menganjurkan pertunjukan fesyen ‘ I Love Malaysian Designers’ pada 30hb Oktober 2012 di Venue, Pavilion Kuala Lumpur.

Brew & Skittles bersama-sama enam pereka tempatan iaitu; Rhea Benson, Sereni & Shentel, Emilia Tan, Justin Yap, Nurul Wardrobe dan Syahrir Nurdin bakal mempamerkan busana kreatif daripada rangkaian koleksi mereka. Sebagai kemuncak suasana, satu acara lelongan amal oleh enam pereka fesyen tersebut akan diadakan, di mana keuntungan daripada lelongan akan didermakan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Kempen I Love Malaysia Designers: Fashion For A Cause

Mutiara Bahir selaku pengasas Brew & Skittles memberitahu bahawa inspirasi beliau untuk menganjurkan pameran amal fesyen ini adalah berdasarkanpenyertaan aktifnya dalam Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia pada zaman persekolahan.

“Saya sangat berbesar hati dan gembira dapat mengumpulkan enam pereka berbakat besar dan ahli masyarakat yang prihatin untuk menyumbang kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Saya benar-benar merasakan ini adalah sebuah acara yang baik kerana kita boleh meraikan fesyen dengan bersebab. Khalayak boleh membelanjakan wang mereka untuk mendapatkan pakaian yang benar-benar baik tanpa rasa bersalah kerana wang perbelanjaan itu pergi kepada badan amal “,” jelas Mutiara yang merasakan keperluan untuk memberikan sesuatu kembali kepada masyarakat.

Aktres Malaysia yang terkenal, berbakat dan bergaya iaitu Tasha Shilla telah dipilih sebagai duta khas kempen ‘I Love Malaysian Designers’ ini.

“Ini adalah satu penghormatan besar bagi saya untuk menjadi sebahagian daripada kempen ini; tempatan dan antarabangsa, untuk dua tahun akan datang untuk membantu mempromosikan kerja cemerlang pereka fesyen Malaysia,” kata Tasha.

Maklumat Acara:
I LOVE MALAYSIAN DESIGNERS: FASHION FOR A CAUSE
Tarikh: 30 Oktober 2012
Tempat: Venue, Connection Level 4, Pavilion KL
Waktu: 8.15 malam

Kempen I Love Malaysia Designers: Fashion For A Cause

Kempen I Love Malaysia Designers: Fashion For A Cause

Kempen I Love Malaysia Designers: Fashion For A Cause

Kempen I Love Malaysia Designers: Fashion For A Cause

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Laguna Music Sambut Showcase Ulangtahun Ke-10

AXE Effect