in ,

Pertandingan Tiru Gaya Artis Anugerah Juara Lagu 27

AJL 27 – TIRU GAYA ARTIS KINI KEMBALI!

Anugerah Juara Lagu ke-27 kini kembali lagi! Seramai 12 finalis telah dipilih dalam Peringkat Akhir Muzik-Muzik yang lalu dan bakal berentap dalam merebut kejuaraan pada 6hb Januari 2013 nanti.

[pullquote align=”right”]Pertandingan Tiru Gaya Artis Anugerah Juara Lagu 27 anjuran Alt Media kini bermula. Jom join![/pullquote]

Bagi memeriahkan lagi Anugerah Juara Lagu untuk kali ke-27, Alt Media dengan bangganya membawakan sekali lagi peraduan Tiru Gaya Artis untuk musim ke-3.

Mereka yang berminat hanya perlu melakonkan kembali persembahan 14 artis yang pernah bertanding di Anugerah Juara Lagu sejak 1986 sehingga 2011. Kesemua 14 video tersebut boleh ditonton menerusi laman sesawang www.tv3.com.my/ajl27

Malaysia akan mengundi 10 video terbaik & pemenang akan di nobatkan sewaktu Anugerah Juara Lagu 27 berlangsung di Bukit Jalil. 10 video yang terbaik akan turut menerima jemputan sebagai tetamu VIP dan juara berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM5,000 di AJL27 nanti.

Hantarkan video secara online di www.tv3.com.my/ajl27 dan 10 peserta terbaik akan dipilih ke pusingan akhir. Juara akan dipilih daripada 10 finalis akhir berdasarkan undian awam. Penyertaan video kini dibuka sehingga 20 Disember 2012.

Layari www.tv3.com.my/ajl27 untuk maklumat lanjut!

AJL27

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Afdlin Shauki Sertai Misi Hulur Bantuan di Gaza Palestin

Ella Belanja Lebih RM200Ribu Untuk Majlis Resepsi