in ,

Pertandingan Muzik Sedunia PLANETROX

PLANETROX adalah pertandingan muzik di sedunia untuk mencari band-band baru terbaik dan mengeksposkan mereka kepada pihak antarabangsa yang lebih luas. Pada tahun 2011, Envol et Makadam memperluaskan ikatanya ke seluruh dunia dan membuat terobosan besar: band alternatif dari 15 negara yang berbeza akan boleh mendaftar untuk PLANETROX, ujibakat mereka dan peluang untuk membuat persembahan di music festival “Envol et Makadam” di Kota Quebec, Kanada.

PLANETROX merupakan inisiatif dari Envol et Makadam bekerjasama dengan Kota Quebec. Misi mengadakan ini secara antarabangsa adalah untuk mencari band terbaik dalam setiap negara yang menyertai dan menghadirkan mereka kepada orang orang awam di Festival Envol et Makadam setiap bulan September. Tahun ini buat pertama kali PLANETROX akan melibatkan Kanada, Amerika Syarikat, Perancis, Belgium, Inggeris, Jerman, Morocco, Ireland, Itali, Sepanyol, Jepun, China, Malaysia, Indonesia dan South Korea.

Pertandingan Muzik Sedunia PLANETROX

Envol et Makadam adalah festival muzik alternatif utama bandar Quebec. Terus berinovasi dan mengembangkannya untuk membolehkan artis tempatan dan antarabangsa berkesempatan untuk mengambil bahagian dalam sebuah acara yang setiap tahunnya menarik lebih dari 20.000 peminat muzik, serta banyak profesional di bidang industri muzik. Diprogramkan khusus untuk golongan muda; Bad Religion, Mastodon, Sum 41, hemat, Karkwa, The Sounds, Metric, Malajube, Raekwon dan Bloc Party adalah diantara beberapa artis terkenal yang pernah terlibat dan memberikan kesenangan kepada penonton festival di Envol et Makadam lalu.

Bagaimana cara menyertai PLANETROX? Daftarkan dan pilih lagu terbaik band kamu (lagu komposisi asli). Pendaftaran online boleh dibuat di https://www.envoletmacadam.com/en/planetrox/malaysia/subscription-form

Jika terpilih, kirimkan video dan buatlah promosi supaya semua orang memilih band kamu ke [email protected] sekarang !

4 Langkah Menyertai PLANETROX MALAYSIA:
1. Setiap band yang menyertai untuk harus upload MP3 satu lagu asli mereka – dan panel juri industri antarabangsa akan memilih 10 semi-finalis dari negara masing-masing.

2. 10 semi-finalis yang terpilih di setiap negara akan upload video lagu mereka tersebut. Akan diikuti Sebuah proses voting dan 5 finalis akan dipilih oleh hasil pengundian online awam ini, dan ia akan digabungkan 50-50 dengan undian para Juri ‘.

3. 5 finalis di setiap kota akan tampil dalam acara final di negara mereka dan undian penonton 50/50 digabungkan dengan penilaian panel juri akan memutuskan satu band pemenang.

4. Band pemenang dari 15 negara akan dijemput untuk tampil di salah satu acara muzik terbesar di Kanada, Envol et Makadam Festival di Quebec City dari 7 – 8 September 2012.

JADUAL PLANETROX MALAYSIA 2012
1 Mac Pelancaran pendaftaran PLANETROX & pendaftaran bands
11 Mei Tarikh tutup pendaftaran band
12 Mei 10 Semi-Finalis akan diumumkan
Mei 14 – Mei 20 Penghantaran video oleh semi finalis
Mei 21 – Jun 4 Tempoh untuk pengundian online
5 Jun 5 Finalis setiap negara akan diumumkan
Jun 18 – 8 Julai Persembahan Akhir 5 band setiapnya 20 minit slot
September 7 – 8 15 band dari 15 negara PLANETROX @ Envol et Makadam Festival, Quebec City

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Christina Perri Live in Malaysia KL Live

Konsert Mega Maher Zain Mercy To Mankind