Pertandingan Mencipta Lagu 1 Malaysia
Bagi mengembangkan dan mempopularkan lagu-lagu patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menganjurkan Pertandingan Mencipta Lagu 1 Malaysia.
Pertandingan mencipta lagu 1 MALAYSIA berdasarkan konsep yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia berteraskan ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’ ini juga bertujuan bagi meningkatkan aspirasi dan minat pencipta lagu terhadap penciptaan lagu patrotik selain melahirkan semangat patriotisma dalam kalangan rakyat Malaysia.
Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pencipta lagu amatur atau profesional dimana lagu hendaklah ciptaan asal dan tidak melebihi jangka masa dua ( 2 ) minit dan penyertaan adalah tidak terhad.
Peserta boleh menggunakan khidmat penulis lirik tetapi hanya pencipta lagu diterima sebagai peserta manakala ciptaan lagu adalah bebas. Penilaian akan diberikan kepada aspek kreativiti melodi yang bermutu, bernilai komersil dan menepati konsep serta mampu menarik minat semua golongan.
Manakala lirik pula hendaklah menggabungkan konsep ‘ 1 MALAYSIA ’ merangkumi penyatuan kaum, kasih sayang, cintakan negara dan pembinaan negara bangsa tanpa menyentuh sensitiviti perkauman, agama dan politik.
Penyertaan mestilah disertakan dalam bentuk CD dengan rakaman suara menggunakan sekurang-kurangnya satu alat muzik iringan atau menyertakan skor piano dengan lirik di bawah melodi. Lampiran lirik juga perlu disertakan di dalam kertas berasingan.
Lagu-lagu yang terpilih ke peringkat akhir sahaja akan menjadi hak milik Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Pihak penganjur berhak mengubahsuai lirik mengikut kesesuaian dengan konsep ‘Satu Malaysia’.
Menariknya bakal pemenang dijanjikan hadiah RM10,000.00. Manakala empat hadiah sagu hati RM2,500.00 setiap seorang.
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 15 Jun 2009 dan penyertaan hendaklah dihantar terus ke alamat Penerbit Pertandingan Mencipta Lagu 1 Malaysia, Bahagian Perkhidmatan Muzik, Tingkat 1, Bangunan Rentak 50, Angkasapuri, 50614 Kuala Lumpur.
Borang penyertaan bolehlah didapati di semua Jabatan Penyiaran RTM atau Jabatan Penerangan negeri yang berhampiran dengan tempat anda ataupun dengan melayari www.moi.gov.my atau www.orkestrartm.my.
Tags: RTM
Tags: RTMClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





April 29th, 2009 at 10:54 pm
lagu ni kalo da siap nnt mintak2 la kasi kat dato siti nurhaliza sbb hanya siti yg mampu nyanyi lagu dgn baik dan suara yg mantap!
xde sape yg boleh menafikan.. hehe
May 19th, 2009 at 1:42 pm
a’kum dan selamat sejetra.Saya mohd clery abd.Saya tiada sebarang komen cuma nak tanye tentang penciptaan lagu 1 malaysia. Soalan nya ialah. ANDAIKATA Saya mempunyi lagu patriotik ciptaan sendiri dan tiada iringan muzik di sebab kan tidak berbakat main muzik atau tiada peralatan BAGAIMANAKAH cara penyelaraian nya.?
May 20th, 2009 at 1:34 pm
Kepada mohd clery abd. saya boleh membantu membuatkan muzik iringan untuk lagu anda. Saya tinggal di KL dan kalau berminat boleh hubungi saya 0123543002
May 26th, 2009 at 10:04 pm
Kami para pencipta amatur amat berterima kasih terhadap usaha RTM menganjurkan pertandingan mencipta lagu `1 Malaysia` dan diharap banyak lagi usaha sebegini dapat diadakan di masa hadapan. Sekian terima kasih. Hapif Kuantan
May 27th, 2009 at 7:16 pm
Saya Shanthi amat berterima kasih kepada en Hapif kerana memberi ruang dan kepercayaan kepada saya untuk menulis lirik lagu ciptaan beliau untuk pertandingan lagu `one Malaysia`. Hope beliau berjaya ke final. Thanks
June 9th, 2009 at 12:49 pm
salam..
aku dh wat lagu 1 malaysia tu..
tp lum anto lg..
sbb haritu aku tgk tarikh ttp dia 15 jun 2009..
skrg aku cek intrnet blk, diorg dh tkr ke 31 mei..
dh terlepas la..
mana leh gni beb..
ssh2 aku perah idea wat lagu tu..
bkn 1 beb, 3 buah lagu aku wat..
xkira, aku nk anto jgk..
June 24th, 2009 at 5:20 pm
Kepada. M. Said bidin.Yang budiman, aku minta maaf lah sebab aku terlepas pandang jawapan daripada anda yang begitu menyelukan hati.Sebenarnya aku dah lama tak buka laman ni.Tetapi aku akan kemukakan rangkap pertama lagu ciptaan ku semoga anda tidak berkecil hati “ku dengar titah di rajah,bergema gendang perwira, bersatu kita,bersatu segala bangksa,bersatu kita satu malaysia, merah jalur ku sebagai tanda arah, bukan murkah atau pun darah. Pantang pendekar mundur menyerah,jatuh tersungkur bangun semula. Kuning jalur ku tanda wibawa, kuning jalur ku tanda berRAJAH, satu impian juga harapan hormat sesama insan s’bagai padoman…………………………..
July 7th, 2009 at 6:15 am
saya ingin meminta lagu dan lirik lagu one malaysia for my school to sing masa bulan hari kebangsaan. my school is SJK CHUNG HUA BINTULU, 97000 BINTULU, SARAWAK. TERIMA KASIH.
July 11th, 2009 at 9:40 pm
Tahniah kepada para pemenang lagu 1 Malaysia. Anda semua sangat bertuah di antara beribu pencipta lain yang turut mencuba nasib. Maka sewajarnyalah anda semua bersyukur dan bermuhasabah diri dan mengingati-Nya. Apa yang berlaku adalah qada dan qadar. Alhamdulillah!
July 17th, 2009 at 9:19 pm
hmmm…i think i’m lose…i don’t have the good talent and the important is i just sent only the lyrics….huhuhu
July 31st, 2009 at 11:35 pm
takpela en said bidin , lagu en said buat best gak, nak buet camne takde rezki.
July 31st, 2009 at 11:37 pm
bersabar je la en said. yang penting hidup mesti hepi. teruskan usaha.
January 28th, 2011 at 12:21 pm
kepada pencinta musik tanah air gua adalah antara beratus pemuzik yg ada d sarawak.gua rasa terkilAN kerana byk band yg bagus d sarawak tdk d ketenggahkan di persada tanah air seperti THE LOST TERMINAL , UNITED KID OF OI,MASTERPEICE,SKOOL OF SKA, lagu dia org pun up 2 date contoh lagu rempit dari THE LOST TERMINAL menasihati para pelumba haram dgn lirik yg humor dan musik yg mantap.so kpd rakan semuzik tanah air kenali la band from sarawak.ROCK ON