in ,

Pertandingan Karaoke Interpretasi Kisah Cinta

Pertandingan Karaoke Interpretasi Kisah Cinta

Album kompilasi cinta terbaru dari Warner Music adalah Kisah Cinta yang menggabungkan 46 buah lagu-lagu yang mengasyikkan dan penuh kesyahduan. Hasil kerjasama dengan beberapa syarikat rakaman seperti EMI Malaysia, Sony Music, Universal, NSR, SNP dan Music Valley, Kisah Cinta menggabungkan dua buah genre yang paling popular di dalam industri muzik Malaysia, iaitu balada dan pop rock.

Dengan gabungan lagu-lagu cinta terbaik sepanjang 30 tahun, Kisah Cinta mengandungi irama malar segar seawal 1980 yang digabungkan dengan lagu-lagu baru terbitan Warner Music Malaysia yang mendapat tempat di hati peminat seperti lagu-lagu Tom dan Wana, menjadikan album ini koleksi yang istimewa jika dibandingkan dengan album-album kompilasi lain yang sedia ada di pasaran kini.

Sambutan terhadap Kisah Cinta ini adalah sangat menggalakkan dengan jualan yang telah pun mencecah 15 000 unit dalam masa dua bulan diedarkan. Berikutan dengan ini, kami berhasrat untuk menjadikan album Kisah Cinta ini sebagai satu jenama terunggul.

Bersempena dengan pelancaran album ini, juga sebagai langkah untuk melariskan lagi jualannya di pasaran, Warner Music turut menganjurkan pertandingan karaoke yang dinamakan Pertandingan Karaoke Interpretasi Kisah Cinta, yang terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

Setiap peserta pertandingan ini adalah dikehendaki membawa resit pembelian CD Kisah Cinta yang berharga RM 29.90 atau VCD Kisah Cinta yang berharga hanya RM 20.90 sebagai syarat penyertaan. Manakala borang penyertaan pula hanya boleh didapati daripada majalah Media Hiburan bermula keluaran 15 April 2011. Bagi pilihan lagu pula, setiap peserta dikehendaki menyanyikan lagu-lagu yang terdapat dalam VCD Kisah Cinta.

Berikut adalah 30 lagu pilihan yang terdapat dalam VCD Kisah Cinta:

  1. Biarlah Rahsia – Siti Nurhaliza
  2. Suara Kekasih – Alleycats
  3. Kekasih Awal Dan Akhir – Jamal
  4. Janji Manismu – Aishah
  5. Kerna Terpaksa – Fran
  6. Dua Insan – Yunizar Husin & M Nasir
  7. Di Sana Menunggu Di Sini Menanti – Ukay
  8. Kau Ilhamku – Man Bai
  9. Di Pintu Mahligai – Iklim
  10. Segalanya Mungkin – Headwind
  11. Kenangan Lalu – Flybaits
  12. Rindu Bayangan – Carefree
  13. Keroncong Untuk Ana – Kembara
  14. Kehebatan Cinta – Jamal & Fran
  15. Sentuhan Kecundang – Ekamatra
  16. Madah Berhelah – Ziana Zain
  17. Ratuku – Awie
  18. Curiga – Ning Baizura
  19. Jangan Lafazkan – Kru
  20. Dia – Fauziah Latiff
  21. Merisik Khabar – Sudirman
  22. Gerimis Mengundang – Slam
  23. Kucari Damai Di Hati – Gingerbread
  24. Kau Kunci Cintaku – Ramlah Ram
  25. Epilog Cinta Dari Bromley – Sohaimi
  26. Ramalanku Benar Berlaka – Umbrella
  27. Cukup Sekali – Jay Jay
  28. Dua Insan Bercinta – Ella
  29. Doa Buat Kekasih – Khadijah & Ramli
  30. Seandainya Masih Ada Cinta – Dayang Nurfaizah

Hasil kerjasama Warner Music bersama Sinar.fm sebagai radio rasmi dan Media Hiburan sebagai majalah rasmi, juga bersama Red Box, pertandingan ini berlangsung di beberapa lokasi cawangan Red Box di seluruh Semenanjung Malaysia. Berikut adalah tarikh dan lokasi pilihan pertandingan ini berlangsung:

7hb Mei 2011 – Red Box Pelangi, Johor Bahru
8hb Mei 2011 – Red Box Seremban 2, Seremban
14hb Mei 2011 – Green Box Jusco Bukit Tinggi, Klang
15hb Mei 2011 – Red Box Ria Sogo, Kuala Lumpur

Pemilihan pemenang bagi peringkat saringan [di setiap lokasi pertandingan] akan diumumkan pada sebelah petang pada hari pertandingan. Tiga pemenang yang dipilih dari setiap lokasi di peringkat saringan akan dibawa ke peringkat akhir yang bakal diadakan pada 21hb Mei 2011, Sabtu, di Red Box IOI, Puchong.

Pertandingan Karaoke Interpretasi Kisah Cinta menawarkan hadiah yang lumayan kepada para pemenang. Hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah RM3000 bagi tempat pertama, RM2000 bagi pemenang tempat kedua, manakala RM1000 bagi pemenang tempat ketiga. Selain itu, para pemenang juga bakal memperoleh baucher tunai Red Box.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh didapati dengan melayari www.sinar.fm atau menerusi majalah Media Hiburan, ataupun dengan menghubungi urusetia pertandingan iaitu Warner Music di talian 03-7721 2688, ataupun dengan mengunjungi mana-mana cawangan Red Box di seluruh Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dokumentari STANZA di TV9

Izara Aishah Mandy Chong dalam Drama KERANAMU LAILA