Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









PERTANDINGAN BINTANG KECIL 2008 PERINGKAT ZON TENGAH



PERTANDINGAN BINTANG KECIL 2008 PERINGKAT ZON TENGAH PADA 23 OGOS 2008, JAM 03.00 PETANG DI PLAZA ALAM SENTRAL, SHAH ALAM

Pertandingan Bintang Kecil 2008 Peringkat Zon Tengah yang dianjurkan oleh stesen radio KLfm dan Radio Television Malaysia (RTM) khas untuk si kecil mengetengahkan bakat masing-masing ini bakal berlangsung pada 23 Ogos 2008 (Sabtu), jam 3.00 hingga 5.00 petang yang diadakan bertempat di Plaza Alam Sentral di Shah Alam.

Peserta yang dipilih telahpun melalui satu sesi ujibakat dan berjaya memenangi pertandingan Bintang Kecil di peringkat negeri. Tiga wakil dari setiap negeri yang terlibat iaitu Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor akan berentap untuk meraih gelaran Juara Bintang Kecil 2008 Peringkat Zon Tengah.

Pertandingan ini menyenaraikan sembilan finalis kesemuanya dan mereka ialah; Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah, Ili Nurhuda Rifhan Basiron, Norsayzrin Saprudin, Wan Mohd Hafizuddin Mohd Anuar, Mohammad Hazim Azmi, Mohd Shafeiq Shazwan, Muhammad Isma Danial Mat Zin, Saidatul Shahira Zainal Abidin dan Sharifah Nurilmuhayati Syed Hussain.

Wakil Negeri Sembilan yang pertama ialah Siti Amirah Dayana Amerullah yang mempertaruhkan lagu pilihannya Satu Harapan nyanyian Jacklyn Victor. Dengan pengalaman ibunya yang pernah menjadi juara Asia Bagus 1996, pasti Siti Amirah sudahpun bersedia menghadapi pertandingan ini. Seterusnya, adik Ili Nurhuda Rifhan Basiron, pengemar lagu Irama Melayu ini telah memilih lagu Farah Wahida yang bertajuk Semuanya ada di Sini. Peserta terakhir dari Negeri Sembilan, Norsayzrin Saprudin pula akan membawa lagu Erti Hidup nyanyian asal Dayang Norfaizah sebagai pilihannya untuk Pertandingan Bintang Kecil 2008 Peringkat Zon Tengah kelak.

Kuala Lumpur juga menghantar tiga wakilnya iaitu Muhammad Isma Daniel Mat Zain, Saidatul Shahira Zainal Abidin dan Sharifah Nurilmuhayati Syed Hussain. Adik Muhammad Isma, seorang penari kanak-kanak Kelab Budaya DBKL, telah memilih lagu dari genre Irama Melayu Asli, iaitu lagu Zapin Budi nyanyian Tan Sri S.M Salim. Adik Saidatul Shahira pula telah memilih lagu dari Ratu Rock Malaysia, yang juga merupakan idolanya iaitu lagu Rama-Rama dendangan Ella. Wakil terakhir bagi Kuala Lumpur ialah Sharifah Nurilmuhayati dan walaupun meminati bidang perubatan, beliau tetap mencuba nasib dalam pertandingan ini dengan mendendangkan lagu klasik berjudul Warisan, nyanyian Allahyarham Sudirman.

Negeri Selangor pula menghantar wakilnya Wan Mohd Hafizuddin Mohd Anuar. Dan untuk pertandingan kali ini pula, beliau akan menyanyikan lagu Gemuruh dendangan Faizal Tahir. Mohammad Hazim Azmi, wakil seterusnya, telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan Bintang Kecil 2008 anjuran UMNO Tanjung Karang. Beliau pula bakal menyanyikan lagu Bahtera Merdeka dendangan Datuk Siti Nurhaliza. Peserta terakhir dari negeri Selangor ialah Mohd Shafeiq Shazwan. Juga merupakan seorang pengawas sekolah yang berpengalaman dalam nyanyian nasyid, adik Shafeiq memilih untuk mendendangkan lagu M. Nasir bertajuk Bonda  di hari pertandingan nanti.

Pastinya pelbagai hadiah menarik menanti peserta-peserta termasuk wang tunai bernilai RM 1,000 beserta hadiah iringan Trofi, sijil dan hamper untuk pemenang tempat pertama, wang tunai bernilai RM 800 beserta hadiah iringan Trofi, sijil dan hamper untuk pemenang ke-dua dan RM 500 beserta hadiah iringan Trofi, sijil dan hamper untuk pemenang ke-tiga. Tidak lupa juga kepada pemenang saguhati yang bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM 300.

Kepada mereka yang berminat untuk menyaksikan bakat-bakat hebat adik-adik ini, bolehlah menghadiri pertandingan ini pada 23 Ogos 2008, pada hari Sabtu di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Pertandingan akan berlangsung selama dua jam bermula pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang. Untuk maklumat lebih lanjut, dengarilah KLfm di frekuensi 97.2 ataupun layari laman web rasmi KLfm di www.kl.fm atau www.rtm.gov.my.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Khai dan Rosma di Pertandingan Bintang Kecil 2008
  • JAMAL ABDILLAH DALAM PERTANDINGAN BINTANG P.RAMLEE 2008
  • UJIBAKAT PERTANDINGAN BINTANG P.RAMLEE
  • PERTANDINGAN BINTANG KLASIK NASIONAL 2008 ZON TENGAH
  • PERTANDINGAN AKHIR BINTANG IRAMA MALAYSIA 2008
  • SIARAN LANGSUNG PUSINGAN AKHIR PERTANDINGAN DEBAT MANDARIN ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA KALI KE 11
  • Pertandingan Akhir Bintang Kecil RTM 2009
  • Ujibakat Bintang Nostalgia Klasik Nasional
  • Pertandingan Akhir Bintang Kecil Kebangsaan 2010
  • Ujibakat Idola Kecil Musim 4 di Sri Pentas



    • http://obefiend.blogspot.com Obefiend

      kecil kecil sudah disogok idea menjadi penyanyi. cuba lah dibuat bintang ilmu ke? bintang matematik ke. kan bagus?

      ini ke yang kita mahu dari generasi muslim abad ke 21? ini? honestly i ask you. suruh anak kecil menyanyi dengan mekap tebal 16 inci dan pakaian tak sesuai untuk usianya?

      well

      malays will be malays. bila ditegur marah. bila disoal mengamok. bila buat tak tahu naik taik minyak!

    • http://www.e-rafa.com Honeybee

      Kdg2 nengok mak bapak yg beria …

    • uDen

      Betul bang!.. Saya setuju cakap abang!.. 200%!

    • sEcReT IdEnTiTy

      ape nk jd dgn dunia nieh tah….

    • aidaamer

      bile anak2 dah ade bakat memang la org yg pertama kena guide adelah ibu bapa die..no wonder la kalau mak bapak die yg melebih..cakap senang la kalau dah tuhan anugerah kan bakat mestilah di tonjolkan bakat tu..lain la yg memang tk ade bakat lansung tu psl la nok menyebok je komen..

    • mimiy

      apa apa ajelah…

    • kimi

      lantak lah korang nak jadi bintang kecil lawa tak pa cantik sikit pada momok……………………………dayana steedy cool………..coollllllllllll

    • wandi

      salam… sepatutnya kita beri la sokongan dan dorongan atau pun duk diam2 je.. jangan kutuk bakat budak2 ni….yang luar negara kita sanjung dan julang tapi bangsa kita sendiri dari akarnya lagi kita dah siram racun. sekurang-kurangnya dia org lebih berfaedah dari adik2 kita atau sedara mara kita yang duk melepak, merempit atau duk hisap ganja ke atau jadi mat pit atau duk tertunggang langgang hisap gam tu. tak pun jiran2 kita. yang afdalnya nasihatkan org terdekat kita dulu sebelum kuman diseberang laut ni kita racun. semaikan dalam jiwa kita yang positif, buang jauh2 yg negatif… betul tu malays will be malays….kat mana-mana pun boleh digunakan…utk diri sendiri atau siapa saja yg malays….takkan tak pernah dengar lagu kot…mesti ada gak lagu yg jadi memori….lagu tu kan dinyanyikan oleh malays jugak… apa saja yg dibuat selagi tidak menyusahkan org lain, biarlah..kecuali sifat iri hati dan dengki kita ni sentiasa menjadi sahabat setia dalam diri kita, selagi itu kita tak sempurna sebagai seorang mukmin… amin….



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK