in

Pertandingan Akhir Pencarian Wajah Ched Beauty

[dropcap]S[/dropcap]ebuah syarikat wangian dan penjagaan badan berasaskan bahan semulajadi dan organik tempatan, Ched Beauty Solutions mensasarkan peningkatan jualan sebanyak RM50,000.00 sebulan untuk produk terbaru keluaran mereka iatu “Ched Seaweed Body Scrub” dan “Ched Coconut Body Butter”.

Menurut pengasas Ched Beauty, puan Dazrina Che Din, sasaran tersebut mampu dicapai berdasarkan permintaan yang menggalakkan terutama sekali dikalangan kaum wanita yang pentingkan penjagaan dan kesihatan kulit. Masalah jerebu yang melanda negara kita baru-baru ini telah membuka mata banyak pihak untuk lebih prihatin terhadap alam sekitar. Tahap kualiti udara yang merundum turut memberi kesan kepada kesihatan kulit dan boleh mengakibatkan kegatalan.

[pullquote align=”right”]Ched Lancarkan Produk Organik Baru Untuk Perlindungan Kulit Dari Pencemaran[/pullquote]

Bertempat di Kelab Zouk semalam, Ched Beauty telah mengadakan satu majlis “Pelancaran Produk & Pertandingan Akhir Pencarian Wajah Ched Beauty”. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Hj. Yahya. Beliau turut melancarkan produk-produk terbaru keluaran syarikat tersebut.

Di majlis yang sama juga telah berlangsung “Pertandingan Akhir Pencarian Wajah Ched Beauty”. Pertandingan ini bertujuan untuk mencari personaliti baru sebagai “wajah” kepada produk-produk keluaran Ched Beauty. Pemenang akan memenangi hadiah utama wang tunai RM2,000, polisi perlindungan insuran sehingga RM100,000.00 beserta hamper. Peserta-peserta dipilih melalui undian Facebook dan hanya 5 peserta dengan undian yang tertinggi layak ke pertandingan akhir ini.

Majlis bermula dari pukul 7.30 petang hingga 10 malam. Antara acara menarik yang diadakan sepanjang majlis tersebut adalah seperti demonstrasi dan percubaan produk, khidmat spa kaki, cabutan bertuah, persembahan nyanyian dan pendaftaran untuk agen dan stokis baru Ched Beauty.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Almy Nadia Pasrah Rumah Terbakar & Ibu Patah Tulang

Program RTM Istimewa Ramadan 2013