in

Pertandingan Akhir Bintang RTM 2012

Pertandingan Akhir Bintang RTM 2012 akan diadakan pada 8 Julai 2012 (Ahad) di Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur jam 8.30 malam.

Peserta Pertandingan Akhir Bintang RTM 2012 terdiri dari Arry, Hafsham, Fitri, Christine, Shazia dan Aisha yang berentap merebut hadiah lumayan.

Budiey dapat info terkini, artis yang akan buat persembahan di Pertandingan Akhir Bintang RTM 2012  ialah Alyah, Adibah Noor, Siti Sarah, Azharina Azhar Dan Ramlah Ram & Kumpulan Sleeq. Dihoskan oleh Muaz daripada program Diva@1.

bintang rtm final 2012

Pada tahun ini pertandingan itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai bangsa dan etnik di negara ini. Sebanyak tujuh peserta lelaki dan sembilan wanita ditampilkan dalam merebut gelaran juara BRTM 2012. Pemilihan mereka adalah berdasarkan penilaian profesional.

BRTM 2012 juga turut menyaksikan banyak penglibatan daripada pelbagai kaum dan etnik yang ada di Malaysia dan nyata ramai yang mempunyai bakat terpendam.

Kesemua peserta Bintang RTM 2012 adalah Lilienne (16), Firdaus (22), Christine (16), Charles (22), Dhila (17), Nabila (23), Arie Famree (23), Amira (17), Diandra (20), Fitri (19), Shalina (16), Hafsyam (25), Shazia (19), Darren (20), Aisha (23) dan Farid (25).

Dalam pada itu, penerbit BRTM 2012, Mohd Yusni Mohamed Ali berkata, musim kali ini adalah sebagai kesinambungan usaha stesen itu untuk menyemarakkan industri hiburan di samping mengetengahkan bakat-bakat terpendam.

Mohd Yusni berkata, untuk tahun ini, BRTM 2012 tidak banyak menampilkan kelainan sebaliknya yakin format sedia ada mampu untuk menarik perhatian penonton.

“Walaupun banyak program berbentuk pertandingan nyanyian sedang rancak ke udara di stesen lain tetapi pihak kami optimis BRTM akan mempunyai pengikutnya sendiri. Tambahan pula kita tidak menggunakan sebarang undian menerusi SMS sebaliknya seratus peratus penilaian daripada pihak juri profesional,” ujarnya.

Juri profesional terdiri daripada Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail, Adnan Abu Hassan, Ahmad Asnawi, Leornard, Eddy Kismilardy dan Ali Shabdi.

Bintang RTM sebelum ini pernah mencungkil bakat nama-nama besar seperti Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Rohana Jalil, Juliza Adlizan, Dahlan Zainudin dan Allahyarham Datuk Sudirman.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Tizz Zaqyah Ditampar Remy Ishak

Jurnal Renovation & Persiapan Pindah Rumah