Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Pertandingan Akhir Bintang Kecil RTM 2009



JUARA PERTANDINGAN AKHIR BINTANG KECIL RTM PERINGKAT KEBANGSAAN 2009 DINOBAT 5 DISEMBER INI

Tanggal 5 Disember 2009 ini bakal menyaksikan seorang lagi finalis akhir pertandingan nyanyian dinobatkan sebagai juara. Bersandarkan bakat suara yang dipertaruhkan, pastinya finalis yang mara ke peringkat akhir ini cuba melakukan yang terbaik dalam usaha mereka diangkat sebagai pemenang. Namun bakat yang bakal tercipta ini digilap bukan di kalangan remaja mahu pun dewasa sebaliknya di kalangan kanak-kanak yang masih ’segar’ dan bercita-cita mahu mengembangkan bakat bergelar penyanyi.

Dianjurkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi RTM Sarawak dengan kerjasama  Kerajaan Negeri Sarawak yang diadakan sejak tahun 1998, Pertandingan Akhir Bintang Kecil RTM Peringkat Kebangsaan 2009 yang bertunjangkan matlamat mahu mengasah bakat nyanyian dan memupuk minat kanak-kanak terhadap kesenian ini bakal dipancarkan secara langsung bertempat di Auditorium P.Ramlee RTM Kuching pada 5 Disember 2009 (Sabtu), bertempat di jam 3.00 petang menerusi saluran TV1.

Program berbentuk hiburan dan santai khusus untuk kanak-kanak ini yang masuk tahun ke 12 penganjurannya ini mempertaruhkan 9 orang finalis yang bakal menguji kemampuan dan bakat masing-masing. Mereka kelompok pilihan terbaik setelah empat bulan berusaha mencari para peserta yang berbakat besar dalam bidang nyanyian di kalangan kanak-kanak berbilang kaum. Minat terhadap seni suara dalam menyanyikan lagu-lagu dalam Bahasa Melayu, selaras dengan matlamat RTM dalam membantu usaha  kerajaan mewujudkan perpaduan kaum.

Pertandingan Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan yang dibuka kepada kanak-kanak warga Negara Malaysia yang lahir pada tahun 1998 hingga 2002 pada peringkat akhir ini memilih 9 orang finalis mengikut peringkat zon melibatkan Zon Sarawak, Zon Sabah, Zon Timur (Pahang,Terengganu dan Kelantan), Zon Utara (P.Pinang,Kedah,Peris dan Perak), Zon Selatan (Johor dan Melaka) serta Zon Tengah (N.Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur).

Wanda

Aziz Harun

Ainul

Nor Najihah

Bintang kecil berbakat besar dalam industri hiburan dibidang nyanyian ini membariskan nama finalis Shazlin Salamat (11 tahun) dari Miri dan Mohamad Azrul Ashraff  Ali (11 tahun) dari Lawas yang keduanya-dua dipilih di peringkat Zon Sarawak. Seterusnya dari Zon Sabah diwakili Wanda John (11 tahun) dari Keningau dan Nurul Syahhirah Dzulfikri (10 tahun) dari Kudat. Manakala Zon Utara menampilkan seorang finalis kecil bernama Nur Najihah Mohd Fazri (11 tahun) dari Kedah. Zon Tengah pula menampilkan finalis bernama Ainul Nadiah Mohd Khairi (11 tahun) dari Negeri Sembilan. Bagi Zon Timur menampilkan finalis bernama Nor Balqis Ahmad Tajudin (10 tahun) dari Terengganu dan dari Zon Selatan menampilkan finalis bernama Nur Hashimah Azha (10 tahun) dari Melaka. Istimewanya turut menampilkan peserta jemputan dari Negara Brunei Darussalam bernama Abdul Aziz Harun (11 tahun).

Pertandingan ini bukan saja dapat memikat penyertaan  daripada masyarakat melayu dan bumiputera tapi  juga  kanak-kanak berbangsa Cina.  Antara pemenang terdahulu yang telah menempah nama  di persada seni khususnya bidang nyanyian seperti  Nuarfizah Busman dan Elizeberth  Applunius.

Walau bagaimanapun, tahun 2006 menyaksikan penyertaan pertama dari Brunei Darussalam dan tahun ini merupakan tahun ke 4 penyertaan mereka. Ini secara tidak langsung menjadi satu langkah bagi menyahut misi RTM untuk bergiat cergas dalam penyiaran antarabangsa seterusnya memastikan pembabitan yang proaktif dalam menyediakan rancangan yang memenuhi citarasa audien.

Objektif program Bintang Kecil RTM ini adalah untuk mengasah bakat kanak-kanak dalam bidang seni  suara dan mewujudkan satu kerjasama dalam bidang penyiaran dengan Radio Televisyen Brunei. Selain itu ia dapat memupuk  sikap keyakinan diri kanak-kanak  serta memupuk semangat perpaduan berbilang kaum sejak dari peringkat kanak-kanak. Dengan mengekalkan budaya Kebangsaan melalui nyanyian dalam Bahasa Kebangsaan ia juga akan melahirkan semangat integrasi nasional  dan nusantara diperingkat kanak-kanak melalui pertandingan nyanyian.

Selain itu, program ini berharap agar bakat-bakat nyanyian kanak-kanak berbilang kaum diseluruh negara dapat terus meningkat dan mewarnai industri muzik tanahair yang kurang menampilkan bakat kanak-kanak.  Akhirnya, dengan melebarkan penyertaannya ke negera Brunei Darussalam kita harap jalinan kerjasama yang sedia ada akan dapat dipertingkatkan lagi khususnya dalam bidang penyiaran  disamping meningkatkan martabat pertandingan ini di Nusantara.

Untuk mengetahui siapakah finalis bakal meraih gelaran juara Pertandingan Akhir Bintang Kecil RTM Peringkat Kebangsaan 2009, jangan lupa temu janji anda menyaksikannya secara langsung pada 5 Disember 2009 (Sabtu), jam 3.00 petang di TV1.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Khai dan Rosma di Pertandingan Bintang Kecil 2008
  • Pertandingan Akhir Bintang RTM di Stadium Negara
  • PERTANDINGAN AKHIR BINTANG IRAMA MALAYSIA 2008
  • UJIBAKAT BINTANG RTM 2009
  • Bintang RTM Suku Akhir 3
  • Aura Bintang RTM 2009
  • Ujibakat Idola Kecil Musim 4 di Sri Pentas
  • Zizan Raja Lawak Kemalangan Kecil
  • Pertandingan Akhir Evolusi Muzik Sihat Revolusi Cipta Kreativiti
  • Nizam dan Zilla Layak ke Pertandingan Akhir Bintang RTM



  • 3 Komen untuk entri “Pertandingan Akhir Bintang Kecil RTM 2009”

    1. iynt kata:

      hallow…
      knk2 skrg nie mmg e bkt kn..?
      tp naperw x show gmbr johannya skli..?
      teringin nk tngok lg…
      n 1 lagi,bolh x pertndingn 2 diulang tayang sbb xsmpat tngok,cma smpat tngok yg juara 2 nyanyi waktu last jerw…
      dalam internet xda plak record dia…
      pelik… macam anjuran nie x bez jerw..
      bagila besar sikit effect dia..
      SARAWAK BOLEH BAH!!

    2. wandi kata:

      salam sejahtera kepada semua…. Setelah tersiar berita di metro yg saya sendiri terkilan dengan tulisan berkenaan, saya sendiri memohon maaf diatas apa yg tercatit. Penggunaan ayat dan rungutan yg juga dikasari dengan perkataan ‘dakwa’ tidak pernah saya minta di utarakan dalam akhbar berkenaan. Jauh sekali mempertikaikan kekalahan dan kelemahan mana mana pihak, itu adalah adat pertandingan. Amat saya kesali bila topik itu dijadikan tajuk utama. Saya sebagai pemuzik dan pencipta lagu rasa ia suatu tindakan yang bodoh dan tidak bermaruah jika saya minta di jdkan kelemahan mana mana pihak di satu satu pertandingan apatah lagi pertandingan sebesar itu. Adat pertandingan kalah dan menang. Apa yg disiar bukanlah luahan sebenar saya tetapi adalah luahan pihak2 tertentu yg melibatkan nama saya dan nor balqis sendiri tanpa mengambil kira kesan kepada masa depan saya dan balqis khasnya. mmg saya kurang puashati dengan muzik pd hari berkenaan, tp pemuzik telah mencuba sedaya yang terbaik apatah lagi program itu disiarkan secara langsung ke seluruh negara termasuk negara jiran terdekat. Rtm kuching pastinya melakukan yg terbaik apatah lg dengan pengalaman menganjurkan pertandingan ini hampir 20 tahun. Saya berpuashati bila pihak kombodsan penerbit sendiri memberikan kerjasama yang amat baik jika ada masalah yg di ajukan dan membantu kami sebaik mungkin sedangkan saya rasa kami ni terlalu istimewa. Jd, secara peribadi saya, saya tidak menghadapi apa2 pandangan negatif kepada sesiapa pun yg terlibat dlm pertandingan ini dan laporan yg dikeluarkan itu atas kehendak pihak2 tertentu dan bukan kehendak saya sebagai org yg bertanggungjwb ke atas voka nor balqis. Apa pun keputusan juri, itu lah yg sbnarnya dan yg terbaik. Mohon maaf kepada semua yg terlibat terutama rtm kuching, penerbit yg tidak jemu2 melayan karenah kami dan memberikan apa yg di pinta dan akhirnya kepada semua pemuzik yg bertungkus lumus menjadikan pertandingan sebagai yg berkualiti dan terbaik. Semoga pertandingan ini akan terus melahirkan insan seni yg berkualiti sepertimana ada. Tahniah utk rtm kuching yg telah melahirkan semuanya. Salam.

    3. zul kata:

      saya tak puas hati dengan orang-orang yang kata “mak bapa beriya sangat anak jadi artis, sedangkan bila besar nanti buat maksiat”. Itu pandangan orang yang bodoh, tahu cakap ja tak fikir langsung. entah2 dia yang raja maksiat kat dunia ni. Kita dijadikan di dunia ni dengan sebaik-baik kejadian, jadi mak bapa lah yang mencorakkan peribadi anak itu. bukan korang yang tak puas hati dengan pencapaian seseorang individu. .

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK