Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









PERTANDINGAN AKHIR BINTANG IRAMA MALAYSIA 2008



 

SIARAN LANGSUNG PERTANDINGAN AKHIR BINTANG IRAMA MALAYSIA 2008 PADA 29 NOVEMBER 2008 (SABTU) DI RTM1 

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) menganjurkan Pertandingan Akhir Bintang Irama Malaysia 2008 pada 29 November 2008 (Sabtu) di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur, jam 08.30 malam dipancarkan secara langsung di RTM1.

Mengetengahkan gandingan perantara Ivan Toh dan pelakon Lisa Surihani, Pertandingan Akhir Bintang Irama Malaysia 2008 ini diterbitkan oleh Azman Hashim dari Unit Hiburan TV, RTM.

Seramai 11 orang peserta dari seluruh Malaysia dan pelbagai bangsa bakal menyertai pertandingan ini. Peserta yang terpilih ke peringkat akhir adalah Norfazlina binti Awang (Negeri Sembilan), Azzerulnizar Azizan (Pulau Pinang), Rhodia Tok Dai Ling dan Farhana Mohamad Arshad (Sarawak), Tan Yen Ming (Melaka), Melisa binti Roslan dan Nurain Asyikin Ibrahim (Sabah), Visvanathan Singh s/o Ranjit Singh (Perlis), Teng Sze Yee (Terengganu), Tan Gin Khiam (Kelantan) dan Mohd Akhiri Muda (Pahang). 

Pada pertandingan akhir ini, peserta membawakan lagu-lagu antaranya Panglipurlara, Zapin Hanuman, Ratib Orang Lautan, Joget Si Kadok Junjung, Kias Fansuri, Lepa-Lepa Pisang, Maharaja, Canggai, Nazam Asmara, Manira dan Cindai.

Menariknya, persembahan Pertandingan Akhir Bintang Irama Malaysia 2008 turut diserikan kehadiran artis-artis undangan iaitu Zamani, Nora, Siti Nordiana dan Han (Bintang RTM).

Kepada anda yang mahu berkongsi dan mengetahui siapakah antara 11 remaja Malaysia yang berbakat memartabatkan keunikan lagu Irama Malaysia ini, jangan ketinggalan menyaksikan Pertandingan Akhir Bintang Irama Malaysia 2008 pada 29 November 2008 (Sabtu) di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur, jam 08.30 malam dipancarkan secara langsung di RTM1.

Norfazlina Awang

vivanathan singh

tan gin khiam

 

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Khai dan Rosma di Pertandingan Bintang Kecil 2008
  • PERTANDINGAN BINTANG KLASIK NASIONAL 2008 ZON TENGAH
  • SIARAN LANGSUNG PUSINGAN AKHIR PERTANDINGAN DEBAT MANDARIN ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA KALI KE 11
  • Ujibakat Bintang Nostalgia Klasik Nasional
  • Pertandingan Akhir Bintang RTM di Stadium Negara
  • PERTANDINGAN BINTANG KECIL 2008 PERINGKAT ZON TENGAH
  • Pertandingan Akhir Hits 1 di Stadium Negara Ahad Ini
  • Pertandingan Akhir Nyanyian Lagu Irama Malaysia Antarabangsa 2011
  • PERTANDINGAN AKHIR DIKIR BARAT KEBANGSAAN 2008
  • JAMAL ABDILLAH DALAM PERTANDINGAN BINTANG P.RAMLEE 2008



    • http://www.myyoungmillionaire.com Honeybee

      Gumbira tgok org bkn mlayu nyanyi lgu mlayu asli ..

    • dinani

      tak kan melayu hilang di dunia…

    • farid

      hehe bahagia mendengar dan menonton pertandingan ini live hari itu ^^

    • ahmad din

      gembira la .. tapi tolong siarkan video untuk tatapan ulangan. terutama juara yang cantik manis tu.

    • http://www.myyoungmillionaire.com Honeybee

      Klau x silap .. Vivanathan : Anugerah Khas Juri n sorang pserta cina mnang prsembahan trbaik. Juara… Nurain, tul kan?

    • http://www.myyoungmillionaire.com Honeybee

      Kosmo! Online>>5 Disember 2008>> Hiburan

      ***
      Membahagikan 40 peratus untuk markah suara, 20 peratus untuk persembahan, 30 peratus untuk kreativiti dan 10 peratus untuk penampilan, peserta berusia 16 tahun dari Sabah, Nurain Asyikin Ibrahim diangkat sebagai juara musim ini.

      Dia yang menyampaikan lagu berjudul, Manira mengalahkan peserta kegemaran, Norfazlina Awang yang hanya berjaya menduduki tempat kedua.

      “Norfazlina menang anugerah Vokal Terbaik tetapi hanya mendapat tempat kedua. Walaupun vokal dia lebih baik daripada juara, tetapi vokal cuma merangkumi 40 peratus daripada markah keseluruhan.

      “Dari segi lain, Nurain lebih menonjol dan itu adalah pakej yang kami ingin cari,” tambah Mokhzani ketika ditemui selepas pertandingan.

      ***
      Tempat ketiga pula dimenangi oleh Mohd. Akhiri Muda, 32, yang mempertaruhkan lagu Ratib Orang Lautan. Dia membawa pulang wang tunai RM6,000, piala iringan dan sijil penyertaan.

      ****

      Manakala anugerah Persembahan Terbaik dimenangi oleh Tan Yen Ming yang menyampaikan lagu Nazam Asmara. Dia membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 dan piala iringan.

      Anugerah Khas Juri pula diberikan kepada satu-satunya peserta India, Visvanathan Singh yang menerima wang tunai RM3,000 dan piala iringan. Dia mendendangkan lagu Firasat.

      Peserta lain, Melisa Roslan, Teng Sze Yee, Tan Gin Khiam, Rhodia Tok Dai Ling, Azzerulnizar Azizan dan Farhana Mohamad Arshad masing-masing menerima hadiah saguhati dalam bentuk wang tunai RM1,000, sijil dan piala iringan.

    • http://www.yahoo.com danish

      besh nyer ngok kakak sye jd finalis petandingan neh…walaupown x menang,but she still my favourite singer…go melisa!!!!!i luv u

    • http://NIZAM_12 nizam

      artis macam babi

    • baby_cumil

      wahhh..so syiok la…suma pun pndai2 nyayi…..hahahaha~~



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK