in

Persembahan Tim Aerobatik Kebangsaan KRISAKTI di LIMA LANGKAWI 2015

Aerotree Defence & Services Sdn Bhd (AEROTREE) (470714-W), hari ini mengumumkan penglibatan professional Tim Aerobatik Kebangsaan ‘KRISAKTI’ di LIMA Langkawi 2015 yang bakal berlangsung pada 17 Mac hingga 21 Mac 2015. Maka dengan itu, pihak kami memohon kerjasama pihak media untuk mempromosikan aktiviti ini. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang lebih meluas kepada masyarakat tentang ‘KRISAKTI’ yang merupakan satu-satunya Tim Aerobatik di Malaysia.

Untuk pengetahuan pihak Tuan, Tim Aerobatik Kebangsaan ‘KRISAKTI’ akan memulakan latihan persembahan mulai 17 Februari 2015. Latihan akan diadakan di Subang, Butterworth & Langkawi.

KRISAKTI

LATAR BELAKANG TIM AEROBATIK KEBANGSAAN ‘KRISAKTI’

Pada LIMA Langkawi 2009, Menteri Pertahanan Malaysia telah melahirkan hasrat untuk mewujudkan pasukan khas pertunjukan udara negara. Setelah melalui beberapa perbincangan diantara Kementerian Pertahanan, Tentera Udara Di Raja Malaysia dan Aerotree, hasrat ini telah direalisasikan melalui satu kelulusan di daripada mesyuarat Majlis Aeroangkasa Malaysia yang diadakan pada 1 Disember 2010. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia.

Aerotree telah menawarkan kesediaan untuk membantu Kerajaan bagi menubuhkan pasukan ini. Ianya adalah sebagai satu usahasama swasta-kerajaan yang tidak berlandaskan keuntungan. Penubuhan ini akan menambah nilai nasional dan mengurangkan penggantungan terhadap Negara asing bagi melakukan aktiviti-aktiviti sebegini.

Penubuhan pasukan KRISAKTI ini adalah untuk menjadi jambatan kepada memperkenalkan konsep 1Malaysia kepada rakyat Malaysia melalui formasi pesawat yang mengkagumkan dengan jalinan kerjasama berpasukan dalam formasi pesawat oleh juruterbang. Ianya juga dapat memperutuhkan nama negara Malaysia di peringkat antarabangsa dalam industri penerbangan dimana secara tidak langsung membawa kepada penjenamaan bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju utama di dalam Industri Penerbangan di rantau ini.

Malaysia mempunyai beberapa syarikat tempatan dan internasional dalam bidang penerbangan yang bakal menarik minat untuk menyertai KRISAKTI sebagai penaja dan peminat dibidang pertunjukan pasukan Aerobatik. Ini akan memperkenalkan Malaysia secara tidak langsung sebagai pusat servis, latihan dan hub penerbangan yang cemerlang di rantau ini.

PASUKAN TIM AEROBATIK KEBANGSAAN ‘KRISAKTI’

Penubuhan pasukan KRISAKTI adalah lambang kejayaan Negara Malaysia dalam usaha membentuk dan mempunyai satu pasukan aerobatik sepenuh masa hasil dari gabungan antara kerajaan dan syarikat swasta. Pasukan ini akan mewakili Malaysia dalam membawa dan mendokong missi serta vissi kepimpinan Negara untuk seluruh acara yang akan dijalankan samada di dalam Negara, di rantau ini dan di peringkat antarabangsa.

Pasukan juruterbang pertama ini akan mempunyai komposisi kumpulan yang terdiri daripada tujuh juruterbang mahir dari pihak TUDM dan awam sepenuh masa. Ianya terdiri daripada beberapa kaum berbilang bangsa yang merangkumi penjenamaan 1Malaysia. Pasukan ini juga dilengkapi dengan seramai enam orang mekanik penyelengaaraan bersama dengan beberapa jurutera awam dan pihak juruteknik.

Juruterbang-juruterbang yang terpilih telah menjalani latihan intensif bermula dari akhir bulan Oktober sehingga pertengahan November 2011 bersama pasukan The Blades iaitu satu pasukan yang dibiayai oleh pihak swasta yang diwakili oleh bekas Juruterbang Red Arrows di United Kingdom. Latihan berterusan amat diperlukan bagi memastikan kemahiran skil yang tinggi bagi menentukan mutu dan pertunjukan adalah selamat disepanjang masa. Setelah pulang, pasukan KRISAKTI meneruskan menjalani latihan untuk persediaan pelancaran rasmi yang diadakan pada 6hb Disember 2011 di LIMA 2011, Langkawi. Buat masa ini, pasukan KRSAKTI ini menjalankan latihan dan operasi di Pengkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang.

KRISAKTI menggunakan empat buah pesawat berkipas “Extra 300L” buatan German. Kelebihan pesawat ini adalah disebabkan kos yang lebih rendah berbanding pesawat dan jet yang lain. Penyelengaraan pesawat tersebut juga mudah dan mudah dikendali.

Ianya terbukti selamat dan mempunyai pergerakan aerobatic yang tak terbatas (+- 10G). Akhir sekali, pesawat ini adalah fleksible dimana ianya dapat dibawa kemerata tempat dalam atau luar negara dengan mudah. Pasukan KRISAKTI dijangka akan mengadakan beberapa pertunjukan udara di acara-acara tahunan di dalam dan di luar Negara.

KRISAKTI

KELEBIHAN TIM AEROBATIK KEBANGSAAN ‘KRISAKTI’

KRISAKTI akan beraksi dan membuat persembahan di acara acara rasmi Nasional dan acara persendirian sektor koporat, di dalam negara dan juga di rantau ASIA. Antara acara-acara di dalam Negara yang KRISAKTI dijangka mangambil bahagian adalah, Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia, Ulangtahun Keputraan Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong dan sambutan hari hari ulangtahun pasukan pasukan Angkatan Tentera Malaysia. KRISAKTI juga akan mengambil bahagian di acara-acara karnival udara di luar Negara.

KRISAKTI memberi kelebihan kepada syarikat AEROTREE untuk menawarkan aktiviti-aktiviti komersial yang unik untuk memasarkan nama korporat dan barangan eksklusif. AEROTREE juga menjemput syarikat-syarikat korporat dari pelbagai industri termasuk industri penerbangan yang berminat untuk menaja KRISAKTI yang amat unik ini. KRISAKTI juga merupakan satu-satunya syarikat yang pertama di Asia yang mempunyai tim professional aerobatik yang boleh disewakan untuk sebarang acara bagi menarik lebih ramai pelanggan ‘crowd puller’.

Industri pengiklanan negara akan bertambah rancak dengan adanya KRISAKTI yang membolehkan badan-badan korporat menggunakannya dan dapat memberikan impak yang tinggi dan lebih berkesan. Syarikat-syarikat penaja juga boleh merancang untuk pertunjukan KRISAKTI ke acara tahunan mereka, latihan pembinaan pasukan dan kepimpinan, dan juga untuk menghiburkan pelanggan penting.

Dengan wujudnya pasukan KRISAKTI, AEROTREE merancang untuk mengadakan program program latihan yang direka khas untuk pelanggan-pelangan korporatnya. Ia akan melibatkan perkhidmatan-perkhidmatan sedia ada seperti “flight simulator”, latihan penyelengaraan enjin pesawat, perancangan pertunjukan udara dan menggunakan kelengkapan kelengkapan lain yang sediada. AEROTREE akan dapat menawarkan aktiviti seperti, konvesyen dan seminar bertemakan industri penerbangan, karnival udara, acara tahunan syarikat seperti makan malam rasmi, latihan kepimpinan dan lawatan sambil belajar. Pelanggan-pelanggan yang berminat juga boleh memberi ganjaran kepada pekerja terpilih untuk mengecapi sendiri pengalaman terbang di pesawat ini dengan ada nya kerusi kedua pesawat.

KRISAKTI memberi ruang baru dalam industri pengiklanan, aktiviti korporat dan latihan pengurusan yang akan menaikan industri udara negara dimata dunia.

KRISAKTI

LATAR BELAKANG AEROTREE www.aerotree.com.my

Aerotree Defence & Services Sdn Bhd (AEROTREE) telah ditubuhkan pada tahun 1998 dan merupakan sebuah syarikat Bumiputra 100% tempatan yang bergiat aktif dalam bidang kejuruteraan penerbangan, aeroangkasa (aerospace), latihan penerbangan dan latihan ketenteraan serta beberapa pembangunan perkhidmatan didalam industri penerbangan ketenteraan di Malaysia.

AEROTREE memiliki lesen ‘Air Operator’s Certificate (AOC) dan ‘Air Sercvice Permit’ (ASP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (Department of Civil Aviation) bagi membolehkan penerbangan pesawat dilakukan di ruang udara Malaysia. Buat masa ini hanya syarikat AEROTREE sahaja yang di benarkan melakukan penerbangan sedemikian. Ini adalah disebabkan antara syarat- syarat yang ketat diperlukan, dimana syarikat perlu dianggotai oleh anggota dan krew-krew yang terlatih dan berpengalaman termasuk pesawat dan peralatan yang sesuai untuk penerbangan.

AEROTREE adalah syarikat pertama yang telah memperkenalkan konsep Private Finance Initiative (PFI) sebagai model perniagaan untuk projek jangka panjang di Kementerian Pertahanan. Syarikat AEROTREE telah dianugerahkan beberapa kontrak jangka panjang menggunakan konsep PFI seperti perkhidmatan “Air Combat Manoeuvering Instrumentation” (ACMI), Pembangunan Pesawat Simulator di dalam negeri yang pertama, Perkidmatan Tundaan Sasaran Udara, Latihan Pemintasan Udara (Practice Intercept) dan Peperangan Eletronik untuk pihak Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut DIRaja Malaysia(TLDM), Jabatan Bomba dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Perkhidmatan–perkhidmatan tersebut sebelum ini telah dimonopolikan oleh kontraktor dari Negara asing dimana AEROTREE merupakan satu-satunya kontraktor tempatan yang memiliki keupayaan di dalam Negara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ujibakat Program SELANGORFM NEXT TOP DJ

Zamarul Hisham & Diana Rafar Sah Bercerai Talak Satu