in ,

Persembahan TERIMA KASIH CINTA WITH AFGAN di KL Tower

Pada jam 8 malam tadi, Budiey ditemani Cyrill Hassan telah mengunjungi Menara Kuala Lumpur untuk menonton persembahan Afgan di TERIMA KASIH CINTA WITH AFGAN @KL TOWER. Ianya Up Close & Personal di mana persembahan ini cukup dekat dengan setiap penonton di ruang Megaview Banquet Hall yang cukup indah. Secara personalnya, ini adalah kali pertama Budiey menonton persembahan Afgan di menara tertinggi di Malaysia ini. Itu yang membuatkan Budiey teruja selain sudah lama tidak bertemu mata dengan Afgan. Haaa, sudah besar dan matang rupanya. Dulu, masa belajar di Malaysia, Afgan tinggal di Subang dan sekarang sudah berada di Jakarta, sibuk dengan aktiviti seninya.

Semalamnya, Afgan telah berjaya menghiburkan para setiausaha dan peminat di lokasi yang sama pada jam 12 tengahari sempena dengan Minggu Setiausaha.

#ootd #sacoorbrothers #BenSherman Persembahan Eksklusif TERIMA KASIH CINTA WITH AFGAN @KL TOWER #ShowcaseAfganTerimaKasihCinta

Ternyata, Budiey begitu terhibur dengan telatah jenaka dan keletah master of ceremony iaitu Didie Alias yang berjaya membuatkan kami tak kering gusi. Dua kali tu dia bertukar baju menjadikan gayanya cukup vass. Meletop Kak Didie. Tahniah di atas kejayaan menakluki Menara KL ya, kak.

Sebelum Afgan buat persembahan, beberapa selingan dan opening act disajikan. Antaranya tarian daripada penari Menara KL sendiri, persembahan dari penyanyi Youtube Khai Bahar di mana Budiey dapat tahu penyanyi ni memang terkenal di Youtube. Baru kali ini dapat saksikan persembahan Khai Bahar yang berjaya membawa lagu Anuar Zain – SEDETIK LEBIH dengan baik sekali walaupun Budiey rasa beliau tidak ada originality, keunikan dan masih meniru gaya penyanyi asal, namun mutu vokalnya boleh tahan jugak lah.

Diselang-selikan dengan sesi cabutan bertuah dan beberapa peminat turut dijemput ke pentas untuk acara gurau senda bersama Didie Alias. Memang lawak jugaklah bila mana ada yang mengaku peminat Afgan tapi bila suruh nyanyi, kelu lidah seribu bahasa.

Lebih kurang jam 9.30 malam, Afgan memasuki dewan dengan membawa lagu pertama iaitu PESAN CINTA. Dikuti dengan lagu JODOH PASTI BERTEMU. Untuk lagu ke-3 iaitu BUKAN CINTA BIASA, Afgan telah menjemput seorang peminat wanita bertuah ke atas pentas. Biasanya, ini adalah saat-saat yang ditunggu oleh peminat Afgan sebab sessi seperti ini Afgan akan memberi layanan terbaik dan menuju lagu tersebut kepada peminat bertuah. Namun, yang pelik peminat wanita yang dijemput tidak menunjukkan rasa excited dan seolah-olah dia ni takde perasaan. Mungkin dia malu untuk menunjukkan reaksi seronok dua ronok apabila dapat ruang dan peluang lebih intim bersama Afgan. Kalaulah dia betul-betul peminat Afgan yang fanatik, sudah tentu dia excited giler dan entah-entah dia histeria. Ini tidak…. peminat wanita ni sangat cool je.

Lagu ke-4, Afgan mendendangkan sebuah lagu yang dipopularkan oleh Datuk Sheila Majid berjudul KU MOHON. Menurut Afgan, lagu ini sangat dekat di hatinya dan apabila setiap kali menyanyikan lagu ini, beliau akan rasa cukup tenang dan rasa bertawakkal serta berserah dengan ketentuan Tuhan.

Tidak sah jika tidak membawa lagu TERIMA KASIH CINTA dan untuk lagu ke-5 Afgan memanggil semua peminat untuk menyanyi bersama-sama. Ada di antara mereka yang mengambil peluang untuk berselfie bersama Afgan. Itu sudah tak dapat dielakkan lagi.

Semasa berceloteh, Afgan ada mengatakan yang dia akan kembali ke Malaysia untuk mengadakan sebuah konsert pertama di Plenary Hall, Pusat Konvensyen KLCC pada bulan September nanti. Jika di showcase beliau hanya mendendangkan lagu sebanyak 6 atau 7 lagu, di konsert itu nanti beliau berjanji akan menyanyikan lebih 20 buah lagu sehingga peminat akan jadi bosan.

Terima kasih kepada Menara KL atas jemputan.

Budiey turut menyiarkan video pendek di Instagram @budiey secara live update semalam. Jangan lupa follow ya. Semoga dapat bertemu lagi dengan Afgan. Single terbarunya, KNOCK ME OUT memang best.

#LiveUpdate : Afgan bersama peminat lagu ke-3 BUKAN CINTA BIASA #ShowcaseAfganTerimaKasihCinta

A video posted by Budiey (@budiey) on

Layan lagu-lagu cinta jiwang2 with #MyBff dgn alunan vokal gemersik dari Afgan di Showcase TERIMA KASIH WITH AFGAN @ KL TOWER

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Showcase Umar Uzair Dalam Pesta Di Padang Jiwa

Sekitar Pelancaran Muzik Video Fazura SAYANGI DIRIMU