in , ,

Persembahan Penyanyi Terkenal di Konsert Muzika Ekstravaganza Ke-8

Pada malam ini, Budiey ada dua jemputan untuk menyaksikan persembahan. Pertama, Konsert Dato’ Siti Nurhaliza LIVE in KLCC dan baru sekejap tadi Budiey dapat jemputan untuk ke Konsert Muzika Ekstravaganza ke-8 terbitan bersama RTM (Malaysia) MediaCorp (Singapura) yang akan diadakan pada hari ini 7 Februari 2014 (Jumaat) di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Konsert ini menampilkan artis terkenal dari Malaysia dan Singapura.

Konsert Muzika Ekstravaganza ke-8 akan dihoskan oleh pengacara popular Muaz Mohamed dan Huda Ali. Korang boleh follow mereka di Twitter @huda_ali & @heymuaz.

Antara artis yang akan menghiburkan penonton Konsert Muzika Ekstravaganza ke-8 ialah Misha Omar, Dayang Nurfaizah, Nash, Black, Mawi, Soo Wincci, Apek, Paladin Cello, Azrul Dan Rj (Malaysia), Awi Rafael, Aliff Aziz, Sleeq, Daly Filsuf dan Maiya Rahman (Singapura).

Jika anda semua nak datang, Budiey kira tiket adalah percuma dan terbuka kepada semua. Tapi Budiey sebenarnya tak sabar nak tengok persembahan Dato’ Siti Nurhaliza malam ini. Siapa yang join?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sepahtu Juara Maharaja Lawak Mega 2013

Konsert Teaterikal Suara Kita Dapat Sokongan Kementerian Kebudayaan & Pelancongan