in

Persembahan Minggu Setiausaha TERINDAH ANUAR ZAIN

Anuar Zain, yang sememangnya sinonim dengan persembahan Minggu Setiausaha akan kembali memeriahkannya pada tahun ini dengan satu-satunya persembahan eksklusif beliau bersempena Minggu Setiausaha TERINDAH ANUAR ZAIN pada 29 April di Hotel One World, Bandar Utama.

Pastinya ramai peminat yang tak sabar menantikan pertemuan eksklusif ini. Nama TERINDAH diambil bersempena sebuah lagu terbaru yang akan dimuatkan dalam album terbaru Anuar Zain. Lagu TERINDAH ini akan dinyanyikan buat pertama kalinya dalam persembahan ini.

Jika diimbas kembali tahun lepas, Anuar Zain meraikan ulangtahun ke tiga puluh beliau dalam industri hiburan melalui Konsert Tiga Dekad, Muzik, Cinta dan Sanubari bersama enam ribu penonton.

Anuar Zain Tangguh Persembahan TERINDAH Demi Prihatin MH370

Pada jam 3 petang tadi, Anuar Zain telah mengadakan satu sidang media untuk mengumumkan tentang persembahan eksklusif sempena Minggu Setiausaha TERINDAH ANUAR ZAIN. Sidang akhbar yang dihadiri oleh ramai media ini telah berlangsung di restoran Bijan, Changkat Bukit Bintang.

Lagu Pilihan dari Peminat

Pemilihan lagu pula berdasarkan kepada pilihan majoriti peminat di mana peminat Anuar Zain sendiri akan memilih lagu mana yang terbaik untuk dinyanyikan semasa persembahan ini. Lebih sepuluh buah lagu akan dialunkan dengan iringan pemuzik. Tidak lupa juga, kepada semua peminat yang hadir, ada hadiah yang lumayan menanti mereka.

Memulakan bicara bersama media, Anuar Zain sangat teruja untuk bertemu sekali lagi dengan peminatnya untuk satu persembahan yang pasti diingati untuk tahun ini.

“Sememangnya pengalaman itu amat manis dan bermakna untuk saya. Kini saya kembali untuk menemui anda semua pada Minggu Setiausaha tahun ini– “Terindah.. Anuar Zain”.

– Anuar Zain

Persembahan istimewa ini menjanjikan kombinasi pancaindera muzik dan vokal. Seperti temanya, “Terindah… Anuar Zain”, majlis ini diiringi oleh persembahan eksklusif, dimana Anuar akan memberikan persembahan yang terbaik agar ianya menjadi memori yang terindah buat anda semua.

“Terindah… Anuar Zain”, adalah hadiah ikhlas dari saya kepada mereka yang hadir. Saya amat bersyukur dengan sokongan yang saya terima selama ini. Saya berharap agar anda dapat bersama sama saya pada hari itu.”, kata Anuar yang terkenal dengan persembahannya yang mantap.

– Anuar Zain

Seperti Konsert Tiga Dekad yang lalu, pihak pengurusan Anuar Zain turut merancang beberapa kejutan pada petang itu.

“Kami bekerja keras untuk memberikan satu persembahan yang bermakna untuk anda semua. Terdapat juga hadiah-hadiah eksklusif untuk peminat bertuah saya.”

– Anuar Zain

Tiket untuk ” Terindah … Anuar Zain ” bermula dari RM480 dan akan berada di pasaran pada 7 Februari melalui TicketCharge , www.ticketcharge.com.my dan agen tiket rasmi TicketCharge.

Jualan meja VIP boleh didapati terus dari Anuar Zain Network, untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 019 3177496 ( Liz ) atau 012 464 2030 (Dura).

Ikuti perkembangan terbaru Anuar Zain di Facebook rasmi beliau (www.facebook.com/anuarzainnetwork ) atau blogger rasmi, Budiey.com untuk maklumat terkini.

The Show – Up close and personal The Voice – Smooth and Soulful
The Experience – Terindah… Anuar Zain
“Terindah… Anuar Zain” Factsheet
Date: 29 April 2014, Tuesday
Time: Door Opens 12.00 pm
Venue: Imperial Ballroom, One World Hotel
Ticketing Agent: TicketCharge www.ticketcharge.com.my (+603 9222 8811)
Tickets on sale 7th February onwards

Price per seat (ticketing fee not included): RM480, RM680, RM980 and RM1,380 VIP Tables: Kindly contact Anuar Zain Network (+6019 3177 496 or +6012 464 2030) Information Update: www.facebook.com/anuarzainnetwork or www.budiey.com

Terindah Anuar Zain
Anuar Zain - Terindah
Anuar Zain - Terindah
Anuar Zain - Terindah
Anuar Zain - Terindah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Craig David Bakal Perform di Twin Towers @live 2014

Johan Raja Lawak & Jepp Sepahtu Pengacara School of Lawak