in

Perodua Tweckbot Pastikan Anda Selamat Di Musim Perayaan

PERODUA TWECKBOT PASTIKAN ANDA SELAMAT DI MUSIM PERAYAAN

Setiap dari kita mesti nak selamat kan? Giler tak? Perkataan ‘selamat’ dah jadi perkataan wajib setiap hari. Budiey boleh kasi contoh, pagi-pagi bila jumpa orang, kita ucap ‘Selamat Pagi’. Itu satu doa dan harapan kita semoga semua dari kita selamat dan sejahtera.

Selain itu, dalam hidup kita seharian, kita pentingkan keselamatan. Tak kiralah samada berada kat rumah atau masa memandu di jalan raya. Sebut pasal memandu ni, Budiey teringat dengan moto terbaru dari Perodua yang baru diperkenalkan iaitu ANDA KEUTAMAAN KAMI. Tagline ni tak ubah macam satu janji Perodua kepada pengguna. Jadi, kalau korang rasa Perodua tak ‘care’ tentang pengguna, boleh report la ya.

Budiey rasa, moto atau tagline ni sangat sesuai imej Perodua yang sentiasa mahu memberikan terbaik untuk pelanggannya. Tambahan lagi, di musim perayaan macam ni, semua orang berpusu-pusu nak balik kampung. Kereta tu jangan lupa nak servis pula ya. Bukan apa, takut nanti ada lak yang tak dapat balik kampung.

Setidak-tidaknya, Perodua sangat prihatin dengan pengguna. Perodua antara syarikat pengeluar kereta yang mementingkan pengguna dan meletakkan pemilik kereta dari Perodua di tempat teratas.

Terbaru, dari apa yang Budiey baca, Perodua sedang melancarkan satu lagi kempen iaitu PERODUA TWECKBOT. Inilah kali pertama terdapat servis seperti ini di Malaysia dan ia terbuka hanya kepada pemilik Perodua sahaja kerana “anda keutamaan kami”.

Perodua

Oh ya, dikatakan kempen ini sejajar dengan tagline ANDA KEUTAMAAM KAMI dan ia satu-satunya program yang sangat unik dan tak pernah dibuat oleh mana syarikat pengeluar kereta sebelum ini di Malaysia. Jadi, program PERODUA TWECKBOT ini dirangka untuk membantu pemilik kereta Perodua mendapatkan pemeriksaan 15 poin untuk kereta Perodua mereka secara PERCUMA.

BAGAIMANA NAK DAPATKAN PEMERIKSAAN 15 POIN NI?

Mmm… itu satu soalan yang pasti bermain dalam fikiran korang sekarang ni kan?

Okay, langkah pertama yang korang kena buat ialah follow Twitter Perodua iaitu: @MyPerodua dan sekiranya Perodua Tweckbot datang ke lokasi di mana anda sedang berada, anda boleh tweet kepada @MyPerodua. Kemudian, yang bestnya mekanik Perodua yang terpilih akan datang ke depan rumah anda untuk memberikan pemeriksaan 15 poin kepada anda untuk memeriksa keadaan kereta anda samada selamat atau tidak untuk pulang beraya di musim perayaan ini. Ini tertakluk kepada siapa cepat, dia dapat ya.

Haaa… ini bermakna korang akan diberikan servis percuma untuk membantu anda bagi memastikan kereta anda berada dalam keadaan yang selamat untuk dipandu semasa pulang ke kampung. Jika sekiranya semasa pemeriksaan 15 poin dibuat, dan kereta anda berada dalam keadaan yang tak elok, anda akan diberitahu dan akan dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan lanjut.

Nak info lebih jelas, boleh juga menonton video ni:

PERODUA TWECKBOT ini akan melawat ke beberapa kawasan perumahan di kawasan Lembah Klang semasa musim perayaan ini untuk memberikan peluang kepada pemilik Perodua menulis tweet @MyPerodua dan pihak Perodua akan ke rumah anda untuk melakukan pemeriksaan 15 poin.

Budiey rasa program ni best jugak sebab Budiey memiliki sebuah Myvi… mmm kalau macam tu, kena tunggulah Tweckbot ni sampai di kawasan Bandar Baru Sentul ni, baru boleh tweet.

Kepada korang yang menjadi pemilik Perodua yang setia, nantikan tweet dari Perodua…. Jyeaaa…. Yang pasti sekarang korang kena follow @MyPerodua. Jom follow… I dah followwwww….

Perodua

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Nur Fazura di Majlis Bersama Peminat Setia di Hotel Le Meridien

Drama Silap Menghitung