in , ,

Diari AF5: Episod 2 – Patutkah Aswad dan Fatin Disingkirkan?

Isu atau masalah pelajar sakit bukan benda main-main. Silap hari bulan boleh membahayakan kesihatan atau dengan kata lain, boleh membawa maut. Dari musim pertama hingga musim ke-5, Akademi Fantasia nampaknya tidak sunyi dari isu pelajar sakit.

Terpaksa dibawa ke hospital untuk pemeriksaan rapi. Masalah demam, pening, selsema dan masalah tekanan jiwa sudah biasa kita tengok. Biasanya tak sampai 3 hari, penyakit boleh pulih.

Tetapi masalah Aswad yang mengidap demam campak memakan masa yang lama untuk betul-betul sembuh. Menurut doktor tadi, untuk pulih sepenuhnya, Aswad perlu dikuarantinkan dalam masa 3-5 minggu. Maknanya sebulan lebih jugaklah kena kurung. Sebab penyakit demam campak ni kan mudah berjangkit. Takut jugak berjangkit dengan pelajar lain.

Kesian Aswad. Isunya, mampukah Aswad menyanyi di Konsert AF yang pertama Sabtu ini? Apakah ada penyingkiran untuk minggu ni? Kalau ada, berapa orang yang kena dikeluarkan? Tambah jadi isu, sekarang ni bukan Aswad sahaja yang terpaksa dijauhkan dari pelajar lain, nampaknya Fatin pun menerima nasib yang sama. Fatin sakit apa ek? Awal tadi, Fatin ada ngadu mulut dia pecah-pecah.

Fuh, leh rasa sakit camna. Tapi takkanla sakit mulut nak kena pisahkan ngan pelajar lain. Nampak masa penghujung Diari tadi, badan dia OK je. Ala, saje je tu nak kasi dramatik sikit. Kalau nak tau apa dah jadi ngan budak yg muka dia cam anak patong ni, kena tengok Diari esok la.

KLUBBKIDD JADI PENDEBAT KATANYA
Jangan lupa ya, isu pelajar sakit ni akan diperdebatkan dalam Debat AF hari Khamis ini jam 10 malam. Ha… saya diberitahu Klubbkidd dan Rudy Imran akan mewakili tag team untuk berperang lidah dalam Debat AF Khamis ni. Lawan mereka tak tahu lah sape. Tunggu sahajalah ya. Selain isu pelajar sakit, isu menangis pun akan diperdebatkan. Alahai, isu pun cam tak berapa best lah. Kasilah isu yang power dan menarik sikit. Satu lagi, jangan laser-laser sangat, tapis dulu sebelum nak cakap sesuatu benda tu, kang tak pasal-pasal kena banned cam Kak Ros… Ops!

Updated: Klubbkidd ada tinggal komen, katanya debat tu, Klubbkidd kena tikam lidah ngan mentor dia sendiri, Zainal Alam Kadir (managing director alamorphosis…). Mampos la kena lawan bos sendiri. Tapi still tak tahu lagi corak atau pun skema program debat nih.

SPEAKING LONDON
Malam tadi, ada ditunjukkan suasana pembelajaran Bahasa Inggeris. Ramai sangat yang begitu lemah speaking BI. Memang perlu kelas BI ni untuk pelajar sebagai persediaan mereka untuk memahami dan menghayati lagu. Selebihnya kenalah bersiap sedia untuk memantapkan kemahiran berinteraksii dengan penonton. Manalah tahu kan, kena buat show di London ke, Amerika ke, Kutub Utara ke, Kutub Selatan ke… hak hak hak.

DEKNA SUKA LELAKI CHUBBY?
Nak cakap sikit pasal Dekna. Gadis dari Penang ni, saya rasa jenis yang pakai lepas sikit. Dia nampak macam jujur dan lurus jeh. Cam naif sikit pun ada. Teringat saya bayangan Mas. Tapi Dekna beza sikit. Dia buat pengakuan yang dia suka dengan lelaki hensem dan chubby. Matilah Dekna dikatakan seorang chubby chaser yang pertama masuk AF. Wah, terpalit rasa pada Aizat sebab badan Aizat kan badan dia chubby sikit. Tapi masalahnya, hensem ke Aizat tu? hak hak hak… tapi tak pela, Dekna dah awal-awal kasi hint nak couple dengan Aizat cuma Aizat je malu-malu kucing. Biasalah budak-budak lagi… baru bersunat katanya.

SO FAR, SAPE YANG MENYERLAH?
Pelajar yang menyerlah karakter sekarang ni ialah Dekna, Fatin, Aswad (sebab dia demam), Shawal (sebab muka dia senang nak kenal cam cina sikit), Ebi (sebab rambut dia ni kan unik sikit), Afiq (sebab tunjuk dia lepas geram kat dalam kamar pengakuan) dan juga Dafi (dia ni dah jadi tumpuan sekarang ni… faham-faham la ya…)

LEPAS GERAM CARA POYO
Alahai, cakap pasal si Afiq yang baling pinggan tu korang tak rasa poyo ke? Saya rasa banyak lagi benda yang boleh dibuat untuk lepaskan geram. Jerit sekuat hati atau memukul bantal pun boleh menghilangkan stress. Ni nak baling pinggan mangkuk semua tu tak rasa membazir ke? Aiyo, tak pe, pinggan sponsor dari Akorok katanya… lantak pil ah! Pastu si Afiq ni siap kasi tau member lain yang takde kamera kat dalam bilik pengakuan tuh. Vodoh betul!

Takkan tak fikir setiap ruang mesti ada kamera punya kecuali kat tandas. Kalaulah kata budak-budak yang percaya takde kamera dalam bilik tu, nak ke diorang ni tiba-tiba je selak kain ke, pecat seluar ke…. dan buat macam-macam lagi la yang tak senonoh untuk lepaskan geram. Camna? Sape nak jawab?

YANG MASIH LAGI TENGGELAM
Habislah pelajar lain yang tak boleh cari makan. Nak kena selit-selit jugak ni takut tenggelam. Diya cam takde modal nak buat apa. Duk tunjuk gedik-gedik… Zana, Mila dan Noni masih takde rangsangan apa-apa lagi. Masa kelas tarian Linda Jasmine tu adalah tunjuk diorang ni belajar menari first time. Kaku keras semacam jeh.

Nampak Heliza cam OK lak menari. Siap boleh ajar si Fatin dan si Dekna lagi you all. So, tak reti-reti ke nak hantar undi kat Heliza? Hik hik… perlu ke nak promote Heliza lebih-lebih. Ye la, suara Heliza ni kan cam tipikal Siti Nurhaliza sikit… jangan sampai lepas ni nama dia kena tukar pada Siti Nurheliza cukup la ek.

SIKIT INFO TERKINI
Muzikdiria kembali dengan musim baru dengan set dan pengisian baru yang lebih mantap. Pengacaranya masih lagi Hani Wachhaa… tapi masanya dah berubah. Dulu you all boleh tonton malam Selasa kan? Tapi sekarang dah pindah waktu kepada setiap Ahad jam 10.30 malam. Siaran ulangan dia setiap Isnin jam 4 petang. Cam biasa, Yasmin Hani akan menemubual pelajar AF yang terkeluar masa Konsert. Dan untuk hari Ahad ni, Muzikdiria akan memberikan kepada anda tiket Konsert Tiga Diva yang akan berlangsung di Stadium Putra. Siap ada pas belakang pentas lagi nih.

Trek Selebriti juga dah pindah masa. Dulu setiap Jumaat, sekarang ditukar kepada setiap Ahad jam 7.30 malam. Ulangan setiap Khamis 12 tengahari. Cam biasa pengacara Jimmy Shanley Yeszaa akan menjejaki pengalaman serta kehidupan harian pelajar setelah terkeluar AF.

Nota Budiey: Apa kes promote program astro? Jangan korang ingat saya promote ni saje nak ngendeng-ngendeng untuk dapat tiket free tengok konsert tau. Takde masa astro nak kasi kat aku lah!

Cukuplah buat setakat ini. Jumpa lagi malam esok ya. Bye!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Lagu Untuk Konsert Pertama di Akademi Fantasia 5

Diari AF5: Episod 3 – Gedik Santai atau Gedik Menghiburkan?