in ,

Perlawanan Soccer Kids TV3 VS Burnley FC

Selepas mengembara ke lapan buah lokasi di seluruh negara untuk mencari bakat pemain bola sepak, sebuah pasukan yang terdiri dari 18 orang pemain (berusia 10-12 tahun) berjaya dibentuk. Pemain-pemain ini ditempatkan di Pusat Latihan Sukan di Bukit Jalil di bawah kendalian jurulatih Hj. Mohd Khalid Shahdan (juga merupakan jurulatih Pasukan Bawah 16 tahun Malaysia) selama 4 minggu. Bagi menguji keserasian pemain, beberapa siri perlawanan persabahatan telah diadakan pada bulan November lepas.

Setelah menjalani beberapa perlawanan persahabatan, kini tiba masanya Pasukan Soccer Kids menempuh ujian sebenar. Perlawanan akhir (pusingan pertama) menentang Burnley FC telah diatur pada 9 Disember di Guilford Grammar School, Perth, Australia. Pasukan Soccer Kids berjaya menewaskan Burnley FC dengan jaringan 8-1, di mana Mohd Aiman telah melakukan jaringan hatrick pada perlawanan tersebut. Adakah Mohd Aiman akan melakukan hatrick sekali lagi di tanahair sendiri?

Hari/Tarikh : Ahad, 18 Disember 2011

Waktu : 3.00petang – 7.00petang

Tempat : Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Itinerary:

3.00petang Ketibaan jemputan & media
3.30petang Sidang media
4.00petang Pintu dibuka kepada umum
5.00petang Perlawanan bermula
6.15petang Penyampaian hadiah
6.30petang Jamuan petang
7.00petang Tamat

soccerkids4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie Manis-Manis Mulut

TGV Cinemas Lancar IMAX TGV Sunway Pyramid