in

Perkhidmatan Astro On-The-Go Kini Di Seluruh Dunia

Perkhidmatan Astro On-The-Go kini disediakan bagi semua rakyat Malaysia, di rumah dan di seluruh dunia

[dropcap]B[/dropcap]ayangkan sekiranya anda boleh menikmati drama dan filem tempatan kegemaran anda, mendapatkan perkembangan berita tempatan terkini dan menonton sukan tempatan secara langsung, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja? Dengan perkhidmatan Astro On-The-Go (AOTG), anda kini boleh terus berhubung tanah air melalui filem tempatan, acara-acara sukan tempatan secara langsung atau berita terkini yang akan disiarkan menerusi platform Astro.

(From Left) Dato' Rohana Rozhan, CEO, Astro_ Brian Lenz, Chief Innovation Officer, Astro_ Liew Swee Lin, Chief Commercial Officer, Astro_ Henry Tan, COO, Astro

Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) hari ini membuat pengumuman utuma mengenai strategi bisnes mereka bersempena dengan pelancaran perkhidmatan Astro On-The-Go untuk rakyat Malaysia di seluruh dunia. Astro melancarkan perkhidmatan AOTG di Melbourne yang mempunyai hampir 150,000 penduduk rakyat Malaysia.

Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pengawai Eksekutif Astro berkata,

“Hari ini menandakan satu kejayaan bersejarah bagi Astro dan Malaysia. Kami telah mengambil anjakan positif untuk melangkau ke hadapan menerusi perkhidmatan AOTG. Perkhidmatan ini menyediakan akses kepada kandungan tempatan yang terbaik bagi rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara. Perkhidmatan ini juga merupakan langkah pertama kami untuk menjadi sebuah jenama global di samping memanfaatkan kedudukan unik kami bagi menyediakan kandungan terbaik merentasi semua platform media. Kedudukan unik ini membolehkan budaya Malaysia, muzik dan kandungan antarabangsa dapat diakses oleh rakyat Malaysia bukan sahaja di Australia, tetapi juga di UK, Amerika Syarikat dan di mana-mana sahaja melalui perkhidmatan AOTG.

Astro On-The-Go adalah sebuah perkhidmatan serba boleh dan inovatif. Perkhidmatan ini membolehkan semua rakyat Malaysia di dalam dan luar negeri untuk menikmati pengalaman menonton yang lancar secara peribadi dan dapat mengakses kandungan-kandungan terbaik daripada televisyen, radio dan Video-On-Demand merentasi pelbagai peranti sama ada menerusi telefon pintar, tablet atau komputer riba pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.”

Semua rakyat Malaysia yang berada dalam perjalanan dan tinggal di luar negara boleh mendaftar untuk perkhidmatan ini sekarang. Anda boleh menikmati prebiu percuma Astro Awani, saluran berita dan informasi 24-jam Malaysia yang pertama dan menonton acara sukan terpilih di Astro Arena, saluran sukan tempatan Malaysia yang pertama. Rakyat Malaysia yang bermastautin di luar negara kini boleh mengikuti perkembangan berita secara langsung termasuk liputan khas Pilihanraya Umum yang bakal diadakan. Dalam pada itu, mereka juga boleh mendapatkan informasi dan analisis terhadap isu-isu tempatan terkini dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris selama 24 jam setiap hari. Mereka juga boleh menonton dan menyokong pasukan kegemaran mereka bagi acara-acara sukan tempatan yang disiarkan secara langsung di Astro Arena.

Fasa 2 perkhidmatan AOTG akan membawakan lebih banyak kandungan popular Malaysia seperti Maharaja Lawak, Adam dan Hawa, Hua Hee Makan dan Oh My English! menerusi saluran TV serta filem-filem popular Astro First seperti Juvana, Husin, Mon & Jin Pakai Toncit dan Awan Dania. Perkhidmatan ini juga bakal memberikan akses kepada 1,000 ke 1,500 buah kandungan terbaik Video On Demand menerusi fasa 3. Perkhidmatan AOTG Worldwide yang penuh akan disediakan pada suku kedua tahun ini bagi mempamerkan saluran-saluran televisyen, saluran muzik, acara-acara dan program-program yang akan disiarkan secara langsung termasuk sukan, Video on Demand dan program-program menerusi Catch-Up.

Sebagai pengedar dan pengeluar kandungan televisyen, radio dan dalam talian yang terkemuka, Astro berada dalam kedudukan yang terbaik untuk memberikan akses kepada kandungan tempatan yang berkualiti ke luar negara termasuk Asia dan di seluruh pelosok dunia. Perkhidmatan AOTG membantu untuk memperluas jejak Astro sebagai kumpulan pengguna media bersepadu bukan sahaja menerusi pendekatan pelanggan secara konvensional malah mewujudkan potensi untuk mendekatkan diri kepada kedua-dua isi rumah dan individu. Perkhidmatan AOTG adalah revolusi media bagi rakyat Malaysia menikmati kandungan terbaik Astro pada setiap masa dan di mana jua mereka berada.

Perkhidmatan AOTG pada mulanya ditawarkan kepada pelanggan Malaysia pada bulan Mei 2012. Berikutan respon yang memberangsangkan dengan penerimaan melebihi 500,000 paparan dan 400,000 muat turun aplikasi, hal ini menunjukkan bahawa perkhidmatan ini telah mendapat tempat yang istimewa dalam kalangan penonton. Perkhimatan ini juga merupakan satu bukti kepimpinan Astro dalam menyediakan kandungan terbaik dalam hiburan, pendidikan dan informasi.

Di Malaysia, para pelanggan Astro boleh melanggan perkhidmatan AOTG dan menikmati sehingga 21 saluran TV, menonton acara-acara sukan secara langsung dan program-program terbaik menerusi Catch-up dan Video On Demand hanya dengan RM25 setiap bulan.

Perkhidmatan AOTG juga disediakan untuk semua rakyat Malaysia termasuk mereka yang belum melanggani Astro. Segmen baru ini akan membolehkan pelanggan untuk mengakses kandungan Astro pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Pelanggan Astro boleh memilih untuk melanggan sama ada Pek 1 atau Pack 2.

Kedua-dua pek tersebut terdiri daripada 4 saluran, masing-masing untuk RM30/pek sebulan, RM5/pek sehari atau boleh juga memilih untuk melanggan satu saluran dalam setiap dalam pek termasuk Vaanavil dari RM10 ke RM15 / saluran sebulan.

Pek 1 terdiri daripada saluran bahasa Melayu seperti Warna, Bella, Oasis dan Ria Plus manakala Pek 2 merangkumi saluran Hua Hee Dai, AEC, Xiao Tai Yang dan Shuang Xing. Di samping itu, pelanggan Astro juga boleh mengakses program-program yang terpilih, 9 saluran radio, Arena dan Awani secara percuma. Mereka juga boleh membeli filem-filem terbaru daripada Astro Best dan Astro First dari RM10 hingga RM15 bagi setiap filem. Kandungan-kandungan lain juga akan ditambah menerusi perkhidmatan ini dalam masa terdekat.

Untuk maklumat lanjut atau untuk mendaftar bagi perkhidmatan AOTG, sila layari www.astroonthego.com

Dato Rohana Rozhan, CEO of Astro Malaysia during the launch of Astro On-The-Go Worldwide

Astro On-The-Go for Non Astro Customers in Malaysia PG2

Astro On-The-Go for Astro Customers in Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Pemenang Anugerah Perdana Festival Filem Malaysia Ke-25

AIFFA 2013 Gelanggang Pembikin Filem Serantau Berkampung