Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









PERJALANAN KAMI BERSAMAMU TEMUI PENONTON TV3 DI AIDILFITRI



Program realiti amal Bersamamu kini telahpun mencecah ke musim ke-13. Sejak disiarkan program ini tidak jemu-jemu memaparkan kisah segelintir masyarakat Malaysia yang kurang berkemampuan sama ada dari segi kewangan mahupun kesihatan bagi mendapatkan sedikit perhatian. Kemunculan program ini memberi sinar dan harapan baru kepada golongan ini agar masalah mereka dapat dibantu oleh pihak-pihak yang sewajarnya.

Sungguhpun program ini berhasrat untuk membantu mereka yang memerlukan, namun bantuan itu hanyalah sebagai pencetus untuk mengubah taraf kehidupan mereka. Mereka harus berdikari dan berusaha sendiri untuk mengecapi kehidupan yang lebih sempurna.

Apa yang membanggakan usaha Bersamamu ini menampakkan hasil apabila adanya perubahan yang memberangsangkan terhadap keluarga-keluarga ini. Bersamamu nyata dapat meringankan beban dalam memperbaiki kehidupan mereka.

Bersempena Aidilfitri yang bakal menjelang nanti, satu program khas ’Perjalanan Kami Bersamamu’ akan menemui penonton TV3. Program ini akan memaparkan perjalanan krew Bersamamu meninjau kembali keluarga yang pernah dipaparkan sebelum ini.

Ia juga turut memaparkan penceritaan suka-duka dua artis jemputan iaitu Rosyam Nor dan Nanu Baharuddin bersama Penerbit Eksekutif Mazlin Nordin semasa penggambaran Bersamamu suatu ketika dahulu. Sepanjang kembara ini, turut dipaparkan tentang perubahan yang berlaku terhadap keluarga-keluarga berkenaan serta persiapan mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri. Antara keluarga yang dikunjungi semula termasuklah keluarga Siti Rokiah dari Bachok Kelantan, keluarga Noraini Ismail dari Tumpat Kelantan, keluarga Maini Kudat dari Kuching Sarawak dan keluarga Serinang Subi dari Beranang Selangor.

Bagi memeriahkan Aidilfitri, rakaman sambutan Hari Raya bersama keluarga Bersamamu diadakan di rumah satu keluarga iaitu, Siti Aini Suip dan Mansor Isman di Kg. Jenjarom, Kuala Langat Selangor. Pada majlis ini krew bersamamu turut menyambut Aidilfitri bersama beberapa keluarga di sekitar Selangor, Pahang, N.Sembilan dan Terengganu. Kebanyakan keluarga yang dijemput adalah di kalangan keluarga dari musim pertama hingga ke 11. Rakaman sambutan hari raya ini akan disiarkan dalam ’Perjalanan Kami Bersamamu’ yang akan menemui penonton TV3 pada 5 Oktober 2008, jam 7.00 malam.

Pada majlis ini Bank Islam turut menyumbangkan wang zakat kepada 11 keluarga ini. Selain itu pihak Mamy Poko turut menyampaikan sumbangan berupa hamper diapers. Turut memeriahkan majlis adalah Dato’ Amrin Awaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Dato’ Zukri Samat, Pengarah Urusan Bank Islam dan Chong Fei Meng, Pengurus Jenama, Mamy Poko.

Program ‘Perjalanan Kami Bersamamu’ ditaja oleh Mamy Poko dan Bank Islam.

Program Bersamamu telah berjaya mengumpul kira-kira RM2 juta ringgit yang sebahagian besar daripadanya sudah pun diagihkan kepada keluarga Bersamamu pada musim-musim yang lepas. Setakat ini Bersamamu telah membantu lebih 150 keluarga yang memerlukan. Kutipan Tabung Bersamamu TV3 masih diteruskan untuk mendapat sumbangan orang ramai bagi menampung keperluan keluarga Bersamamu pada musim-musim yang akan datang.

Selain daripada kutipan orang ramai yang diterima melalui Jom Heboh, orang ramai juga boleh menghantar sumbangan mereka kepada Maybank akaun Tabung TV3 Bersamamu BSM: 5643 2412 9973 yang dipantau oleh pemegang amanah TV3 iaitu Amanah Raya Berhad (ARB). Selain dari itu sumbangan juga boleh dibuat melalui SMS dengan menaip Tabung2 / Tabung5 / Tabung10 dan hantarkan ke 33399.

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • PROGRAM BERSAMAMU MUSIM KE-11 TERIMA SUMBANGAN
  • Majlis Berbuka Puasa Bersama Keluarga Bersamamu Maytower Hotel
  • MaJAZZtic Aidilfitri di Sungei Wang Plaza
  • Roadshow Dashing For Men
  • Temui Farina & iR Radzi di One Utama Hari Ini
  • Pantun Lawak Hari Raya dan Pantun Aidilfitri
  • Ashraf Muslim & Wardina Rai Anak Yatim
  • Lirik Lagu Raya Nubhan Aidilfitri Limpah Kurniaan Ilahi
  • Amalan Mulia Di Hari Raya Aidilfitri
  • BERSAMAMU MUSIM KE-13 DI TV3



    • http://yahoo.com m razali

      Di dahului bersama assalamualaikum,
      Kepada pihak atasan bersama mu.

      Saya di sini ingin memberitahu kepada pihak bersamamu tentang kisah kehidupan sebuah keluarga yang menjalani kehidupan yang serba kekurangan.Keluarga ini tiada tempat perlindungan.Mereka hanya tinggal di kawasan-kawasan taman di sekitar petaling jaya.keluarga ini mempunyai 2 orang anak dan ibubapa mereka masih ada.dan ibubapa mereka masih tiada pekerjaan.memandangkan ibunya mengidap penyakit asma dan bapanya mengalami tekanan perasaan.anak-anak mereka juga tidak bersekolah sejak dari kecil.anak perempuannya tinggal di rumah seorang bilal,manakala anak lelakinya pula di rumah rakannya dan ibu bapanya bermalam di sebuah pondok di taman jaya.untuk pengetahuan tuan/puan ibu dan anak lelakinya tiada mempunyai kad pengenalan diri tetapi hanya ada surat beranak.kad pengenalan ibunya diragut ketika baru pulang dari tempat kerja lamanya.saya disini sebagai penyelia taman jaya yang berada di petaling jaya ini amat bersimpati terhadap keluarga berkenaan dan ingin memohon kerjasama pihak yang berkenaan membantu keluarga ini yang serba kekurangan.kami juga berharap supaya pihak bersama mu membuat tinjauan terhadap keluarga berkenaan.keluarga ini sudah sekian lama tiada tempat tinggal.sebarang maklum balas amat di alu-alukan dari kami.

      Yang benar.
      m.razali bin abd Rashid
      penyelia taman jaya,petaling jaya,selangor
      019-6573974

    • ndangzz

      Salam..
      saya pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim Perak..amat berminat dengan rancangan Bersamamu TV3…memberi kesedaran terhadap kehidupan masyarakat yang lain yang hidup dalam keadaan serba kekurangan..Saya berharap dapat menyertai TV3 untuk bersamamu..

      Saya juga selaku JMK Kolej Zaba Upsi..dalam bidang Perhubungan Antarabangsa ingin membawa rakan exco yg lain menyertai projek bersamamu TV3 dengan sukarela membantu seperti bergotog royong membersihkan persekitaran atau mengangkat barangan ke destinasi rumah yang dituju.

      Tujuan kami adalah untuk memperkenalkan Kolej Zaba Upsi yang amat prihatin dengan nasib masyarakat di luar yang perlukan pertolongan..agar sumbangan kami melalui bersamamu TV3 boleh dipertimbangkan. Sekiranya pihak anda menerima kesukarelaan kami bagi membanu program anda..alhamdulillah..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK