Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











PERIUK MALAYSIA BELANGA BRUNEI EZZY SUNDAY



PERIUK MALAYSIA BELANGA BRUNEI, BERMULA 18 MEI 2008, SLOT EZZY SUNDAY ON 2 DI RTM2

Perumpamaan garam di laut asam di darat dalam periuk bertemu juga nyata tepat merujuk rancangan masakan terbaharu RTM, Periuk Malaysia Belanga Brunei bermula 18 Mei 2008, setiap Ahad, jam 10.30 pagi memenuhi slot Ezzy Sunday On 2 di RTM2 yang menggabungkan resipi dua negara serumpun, Malaysia dan Brunei.

Periuk Malaysia Belanga Brunei nyata tampil berbeza apabila kolaburasi dua negara ini digabungkan menjadi satu daripada pelbagai aspek. Paling menonjol pastinya dengan pemilihan dan kemunculan pengacara program 26 episod ini iaitu Serina Redzuawan dan Zayn Sabri selain Nadzri sebagai pengacara jemputan. Semestinya menarik apabila menyaksikan sesekali pengacara berasal dari Brunei itu bertutur dalam bahasa ibundanya. Begitu juga terhibur menyaksikan telatah anak kepada chef terkemuka negara kita mengendalikan program ini.

Serina Redzuawan masih berambut lurus 

Penonton pastinya tidak berganjak mahu mengetahui sekaligus berkongsi resipi yang diperkenalkan setiap episod menerusi tiga segmen istimewa yang diperkenalkan. Menariknya setiap segmen dibahagikan kepada tiga bahagian mengikut negara.

Berlokasikan Putrajaya, Malaysia segmen pertama episod satu siarannya diisi dengan ‘Periuk Malaysia’ yang mana menunjukkan aksi Chef Nadzri ditemani Zayn memasak Nasi Ayam Claypot Cendawan Shitake. Segmen ‘Santai santai’ kemudiannya membawa Zayn dan Serina membeli-belah di Archipelago, Alamanda, Putrajaya. Menyusul selepas itu segmen ‘Sudu Garfu’ yang menyaksikan gelagat dan keterujaan Zayn dan Serina menjamu selera di Restoran Sari Indah, Alamanda.

Dalam episod sama, diperkenalkan juga lokasi Brunei dengan memperkenalkan segmen ‘Belanga Brunei’ dimana Serina menemani Abang Haji Jali memasak Ketam Goreng Taucu di Taman Jubli Perak Sultan Haji Hasannal Bolkiah. Segmen ‘Santai santai’ pula diceriakan suasana Serina dan Zayn meluangkan masa di Muzium Royal Regalia sebelum diteruskan segmen ‘Sudu Garfu’ dimana kedua-dua pengacaranya menikmati makanan di Restoran Manjaro, Kg Kiulap Brunei.

Antara resipi masakan istimewa dari Malaysia seperti Kambing Varuval, Nasi Beriani, Gulai Ikan Tenggiri Tempoyak, Gulai Kawah Pekan, Sambal Taufu Tempe, Rendang Tok, Rusuk Panggang Meditteranean, Dendeng Puyuh, Granita Pulut Hitam dan Siakap Bakar Ala Portugis.

Manakala resipi istimewa diperkenalkan dari Brunei termasuklah Kari Nenas Ikan Yu, Sate Goreng, Sambal Goreng Taihai Goreng Taucu, Rojak Ayam, Rendang Daging Hitam, Soto Brunei, Kari Ayam Ubi Manis, Semur Daging, Ayam Masak Kedayan, Nasi Kebuli, Roast Lidah dan Ambuyat.

Periuk Malaysia Belanga Brunei disempurnakan kunjungan pengacaranya menikmati menu istimewa di beberapa buah restoran serta tempat menarik patut disinggahi apabila berkunjung ke Brunei termasuklah Bandaraya Bandar Seri Begawan, Komplek Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bandar Seri Begawan, Pantai Serasa, Muzium Brunei, Taman Warisan Tasek Merimbun, Pasar Tamu Tudung Saji, Rumah Etnik Kuala Ibai dan Taman Rekreasi Kampung Belais & Buda Buda.

Pastikan anda tidak ketinggalan meluangkan masa menjadikan Periuk Malaysia Belanga Brunei bermula 18 Mei 2008, setiap Ahad, jam 10.30 pagi memenuhi slot Ezzy Sunday On 2 di RTM2 kerana di samping berkongsi resipi menyelerakan, penonton dapat mengetahui tempat-tempat menarik dalam negara dan Brunei yang menarik untuk dikunjungi.

Chef Nadzri ditemani Zayn

[tags]periuk malaysia belanga brunei, narnia, recipes, brunei tour, Maya Karin, Maya Karin Kahwin, skandal artis, artis hangat, artis perempuan, streamyx in a box review, travelling in malaysia, wartawan hiburan, zubir berita harian, awek bertudung, cara memakai tudung, Fashion, Kambing Varuval, Nasi Beriani, Gulai Ikan Tenggiri Tempoyak, Gulai Kawah Pekan, Sambal Taufu Tempe, Rendang Tok, Rusuk Panggang Meditteranean, Dendeng Puyuh, Granita Pulut Hitam dan Siakap Bakar Ala Portugis,  fifi noorhafiza, gadis melayu, jutawan internet, artis kahwin, perkahwinan, cerita artis, isu artis, gossip, gossip selebriti, gossip artis[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Showcase ulang tahun ke 16 KRU @ Ruums KL
  • Azrinaz Mazhar Hakim & Sultan Brunei Bercerai
  • Portal Cars, Bikes & Trucks Launching
  • Dayang Nur Faizah di Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Alibi Music
  • Bio Behind the Seams
  • Pelakon Eja Dakwa Anak Didera Pembantu Rumah
  • Gambar Perkahwinan Puteri Sultan Brunei
  • Gambar Kenangan Allahyarham Sudirman Arshad
  • Surprise Oprah A Farewell Spectacular
  • Keputusan Pemenang KL International Film Festival KLIFF 07



  • Satu Komen untuk entri “PERIUK MALAYSIA BELANGA BRUNEI EZZY SUNDAY”

    1. qaira kata:

      npew ea sush jew cm nk cri resepi yg t.tgl kt tb,,,hhhuuu

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK