Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Perfume, Still Small Voices, Xchange, Cellular & Deep Rescue di 8TV



Popcorn N’ Wednesday
Filem-filem menarik sepanjang Julai ini!

Saluran hip 8TV sekali lagi membawakan anda filem-filem hebat dari Hollywood yang akan disiarkan setiap malam Rabu sepanjang Julai ini. Slot popular 8TV ‘Popcorn N’ Wednesday’ bakal menyajikan lima buah filem hebat khas untuk penonton setia kami!

“Hari Rabu anda pastinya lebih terisi dengan sajian filem-filem hebat dari Hollywood!” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Perfume
TX Date: 1 July 2009
Time: 10.00pm – 12.00am

Jean-Baptiste Grenouille dilahirkan pada kurun ke-18 di Paris. Deria bau Jean amat hebat dan beliau mula mencipta bau-bauan harum untuk dijadikan minyak wangi. Jean menghadapi pelbagai cabaran dalam pekerjaan beliau dalam misi untuk mencari haruman yang bakal diminati ramai.
Starring: Ben Whishaw & Francesc Albiol

Still Small Voices
TX Date: 8 July 2009
Time: 10.00pm – 12.00am

Michael Summers akhirnya kembali bekerja sebagai operator kecemasan 911 untuk melupakan keperitan yang dialaminya setelah mengalami keguguran. Summers mula dihantui oleh satu panggilan dari seorang budak perempuan yang dipercayai telah mati yang sentiasa muncul dalam mimpi-mimpi Summers. Summer cuba menyiasat dan mendapati tiada siapa yang mengetahui kematian budak perempuan tersebut dan Summers sedaya upaya cuba membongkar misteri di sebalik pembunuhan ngeri itu.
Starring: Catherine Bell & Mark Humphrey

Xchange
TX Date: 15 July 2009
Time: 10.00pm – 12.00am

Xchange merupakan syarikat yang memiliki sebuah teknologi yang membolehkan seseorang merentasi masa melalui minda dengan hanya bertukar jasad dengan seseorang. Salah seorang ahli korporat yang digelar “Corpie” secara tidak sengaja telah bertukar jasad dengan seorang pengganas yang dikehendaki pihak berkuasa. “Corpie” terpaksa bertarung dengan masa untuk menghalang pengganas tersebut dan cuba untuk mendapatkan jasad beliau kembali.
Starring: Stephen Baldwin & Pascale Bussieres

Cellular
TX Date: 22 July 2009
Time: 10.00pm – 12.00am

Ryan (Chris Evans) telah menerima satu panggilan telefon daripada seseorang yang tidak dikenalinya. Wanita misteri itu bernama Jessica Martin (Kim Basinger) yang merupakan seorang guru sains yang telah diculik oleh Greer (Jason Statham). Greer telah membawa Jessica ke sebuah rumah usang dan mengurungnya di situ. Greer turut memecahkan telefon dan kemudiannya meninggalkan Jessica seorang diri. Beberapa jam kemudian, Jessica berjaya memasang semula telefon yang dipecahkan Greer dan cuba membuat panggilan keluar dan Ryan merupakan orang yang menjawab panggilan Jessica.  Pada awalnya, Ryan menyangkakan panggilan itu adalah satu jenaka namun Ryan mula berubah fikiran apabila Jessica memberitahu Greer juga mempunyai rancangan untuk membunuh suami Ryan dan anak lelakinya.
Starring: Kim Basinger & Chris Evans

Deep Rescue
TX Date: 29 July 2009
Time: 10.00pm – 12.00am

Sebuah kapal angkasa Discovery kembali ke bumi setelah mengalami masalah enjin.  Komander yang bertugas; Kevin cuba mengelurkan oksigen sebanyak yang mungkin namun masih gagal untuk menyelamatkan kapal angkasa itu dari terhumban di sebuah laut. Ben, bekas komander Discovery berjaya mencari lokasi kapal angkasa yang terhumban itu dan cuba menyelamatkan mereka.
Starring: Tamara Davies & Dale Midkiff

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan filem-filem menarik dari Hollywood secara PERCUMA yang akan mengisi slot Popcorn N’ Wednesday di 8TV! Slot kegemaran ramai ini akan ke udara setiap Rabu jam 10.00 malam. 8TV juga boleh ditonton menerusi saluran 708 Astro.

Kini anda juga boleh menonton rancangan kegemaran menerusi telefon bimbit dengan hanya melayari www.mobile.8tv.com.my.

Tags: ,

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Bogel Keira Knightley Dalam Iklan Chanel Perfume Coco Mademoiselle
  • Lirik Lagu Kesempatan Ini – Tujuh
  • Video Youtube Paris Hilton at The Late Show David Letterman
  • Another AirAsia Mission Flight Arrives at LCCT
  • Stacy Avon Voices Contender Profile
  • Show Your Love, Pass Your Cornetto
  • Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran Perfume SimplySiti
  • Perjanjian Persefahaman MC Voices & Stars Sdn Bhd bersama MAESTRO
  • Airasia X An Option For Stranded Qantas Passengers
  • Gambar Promo Cita & Cinta TV9



  • Satu Komen untuk entri “Perfume, Still Small Voices, Xchange, Cellular & Deep Rescue di 8TV”

    1. TERATAIONLINE.NET kata:

      suka budiey..

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK