Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi + Jeanne Abdullah



Jeanne Abdullah antara wanita yang bertuah kerana menjadi pilihan Perdana Menteri ke-5 Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk dijadikan isteri baru setelah menduda lebih setahun akibat kematian isterinya, allahyarham Datin Paduka Seri Endon Mahmood pada Oktober 2005 kerana barah payudara. Hari Sabtu ini (9 Jun) mereka akan diijabkabulkan. Saya ucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat beliau. Semoga kebahagiaan dan kesejahteraan milik beliau dan isteri sekeluarga. Majlis akad nikah akah dilangsungkan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana dalam majlis tertutup yang bakal dihadiri oleh famili terdekat sahaja. Orang luar tak boleh tengok ya.

blogJeanne, berusia 53, anak kelahiran Kuala Lumpur, berketurunan Perancis dan dilahirkan pada 29 Julai 1953. Anak sulung daripada empat adik beradik dan mempunyai dua anak daripada perkahwinan sebelumnya, Nadiah dan Nadene. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan perhotelan dan pernah bertugas dalam pengurusan beberapa hotel terkemuka di negara ini, termasuk Hotel Hilton Kuala Lumpur dan Hotel Pan Pacific. Beliau adalah Pengurus Kediaman Rasmi di Sri Perdana, Putrajaya. Beliau juga adalah adik ipar kepada bekas isteri Abdullah, Endon.

Mulai Sabtu ini, malam-malam PM tidak akan sepi dan sunyi lagi.

Foto: Bernama

[tags]Perdana Menteri, Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jeanne Abdullah, Wanita Pertama Malaysia, Hotel Hilton, Hotel Pan Pacific[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Senarai Nama Anggota Menteri Kabinet Malaysia 2008
  • Kekejaman Tentera Israel Terhadap Rakyat Palestin di Gaza
  • Dr Sheikh Muszaphar Shukor & Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Berbual
  • Maxis iPhone 3G Presentation to the Prime Minister in Cyberjaya
  • Kempen Zoom Malaysia Rangsang Industri Pelancongan
  • Senarai Penuh Menteri Kabinet Baru 2009 Datuk Seri Najib Tun Razak
  • Perdana Menteri Bubar Parlimen, Penamaan Calon Pilihanraya ke 12
  • Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1430H / 2009M di Masjid Negara
  • Malam Cipta Ekpres 2008, Yayasan Nurjiwa, Siti Nurhaliza & Barisan Nasional
  • Gambar Perarakan Merdeka 31 Ogos di Dataran Merdeka



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK