Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Perdana Menteri Bubar Parlimen, Penamaan Calon Pilihanraya ke 12



PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-12 diadakan. Beliau mengumumkan pembubaran itu pada satu sidang media di pejabatnya di sini, yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 tengah hari Rabu.

Perdana Menteri juga mengumumkan semua kerajaan negeri dinasihatkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing, kecuali Sarawak berkuatkuasa pada tarikh yang sama, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak. Katanya beliau telah menghadap dan mendapat perkenan Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pagi ini untuk pembubaran Parlimen ke-11.

Pembubaran Parlimen ini dibuat 15 bulan lebih awal dari tarikh tamat tempoh penggal lima tahunnya yang akan berakhir pada 16 Mei 2009. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka bermesyuarat beberapa hari lagi bagi menetapkan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian.

Semasa pengumuman itu yang turut dihadiri oleh timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdullah berharap pilihan raya umum yang bakal diadakan akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Katanya kerajaan Barisan Nasional (BN) berharap mendapat semula mandat dua pertiga seperti yang diperoleh pada pilihan raya umum ke-11 pada 2004.

Katanya jentera BN telah disusun rapi dan bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum. “Senarai calon telah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata bahawa BN akan menampilkan barisan calon terdiri muka lama dan baru, yang akan diumumkan sehari dua lagi. [sumber]

[tags]pilihanraya malaysia, parlimen bubar, pembubaran parlimen, pas, barisan nasional, mca, dap, parlimen dibubarkan, wakil rakyat, parti bertanding, politik malaysia, pilihanraya umum ke-12, keputusan pilihanraya, peti undi, undi hantu, kempen pilihanraya, vote, sms vote, ghost voter[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Penamaan Calon Esok & Siti Nurhaliza Tak Daftar Undi?
  • Erra Fazira Ahli UMNO & Tak Lupa Mengundi
  • Kekejaman Tentera Israel Terhadap Rakyat Palestin di Gaza
  • Senarai Nama Anggota Menteri Kabinet Malaysia 2008
  • Agnes Monica dan Bams Samson Bercinta?
  • Senarai Penuh Menteri Kabinet Baru 2009 Datuk Seri Najib Tun Razak
  • Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1430H / 2009M di Masjid Negara
  • Bengkel Penulisan Pilihan Raya Untuk Blogger
  • Mawi Pergi Show di Terengganu Naik Helikopter?
  • Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi + Jeanne Abdullah



    • 1234

      ha ha ha …dua dua sengal…tapi yg lelaki tu lagi sengal nak lawan pompuan…malu malu lah

    • Bujang

      Tu la …kalau suka menyampuk atau sanggah komen org. Aku ada baca komen Bedahgebu tu, dia kat sini bukan untuk dijawab komennya, yg kamu busy nak komen ape hal? Bedahgebu ni pun x profesional..nak layan hujah bodoh pembangkang tu…Benang yg basah mereka nak tegakkan

    • 1234

      Bukan lah…sah2 dua dua sengal…wakaka..tapi yg laki tu lagi sengal nak bertekak dgn perempuan

    • control

      ala bedahgebu, baru saja nak kenal. Dari tulisan, mcm terhidu sesuatu…ada kaitan dgn METRO? org laki jgn layan lah bedahgebu, jgn layan kalau betul kakak x nak sokong mana mana pihak, kan kakak kata kat entri lain, kakak x nak org kenal kakak dan x nak org komen pendapat kakak. Meh la join lagi bedahgebu, kata tujuan nak meriahkan suasana kat sini…jgn layan org lain tu ya

    • BAU BUSUK

      PULAK…ADA ORG NAK MINTA PENDAPAT ORG LAIN TENTANG KOMEN DIA. WEI…NI TEMPAT BAGI KOMEN MASING2…BUKAN TEMPAT CARI GLAMOR ATAU BERBALAS KOMEN. KAMU SEMUA KELUAR TAJUK…SAMA MCM KAK BEDAH TU…SENGAL, NAPE KAUR TAJUK SURUH BERBALAS KOMEN? TEMPAT NI SURUH KITA KOMEN PASAL ENTRI YG KAT ATAS TU. BUDIEY PUN SATU…BLOG KO KAN TAJUK “SENSASI SELEBRITI”…MASUK JER ENTRI PASAL DUNIA HIBURAN…BUKAN PASAL MENGUNDI

    • BAU BUSUK

      Kadang aku tertanya juga BLOG ni “SENSASI SELEBRITI” dgn Tag atau Motto ‘ ULASAN DUNIA HIBURAN,GOSSIP,FOTO SELEBRITI,FILEM MUZIK, VIDEO & TEATER’ tapi aku keliru mengapa hal POLITIK dan MENGUNDI termasuk dlm kategori sin dan yg lagi aku X faham…RAMAI AHLI AHLI AGAMA MINAT SURF DAN AMBIL TAU DUNIA HIBURAN???

    • http://bintangdisurga.blogdrive.com Erin

      selamat mengundi buat semua..

      budiey pun jgn lupa ngundi ok..

    • acx

      ahhh politik mmg sengal. buat org gaduh2 je. parti ape pon same je byk main kotor

    • 1234

      kepada abdul..nampaknya ada makhluk lain yg guna nickname sama mcm saya..tapi nickname tu kata bedah ngn awak sengal..tu bukan 1234 saya ye..yg komen skang ni 1234 yg suka ngn hujah awak..xpe..saya ttp sokong ngn hujah2 awak..mulai hrini saya akan tukar nickname lainlah..

    • http://www.budiey.com/perdana-menteri-bubar-parlimen-penamaan-calon-pilihanraya-ke-12/ araiera

      ape la korang ni.. sensitif sangat nape.. ni la sikap kebanyakan rakyat malaysia, sensitif sangat dan terlalu mempolitkkan sumenye.. tapi yang pasal ahli agama tu nak tau dunia hiburan pon, pe salahnya? asalkan tidak LALAI, tak salah nak tahu. just pengetahuan. jangan la kolot sngt, yang ahli agama tu takley tau pasal hiburan, kena tau pasal agamaaaa je.. dan pasal luar negara pe sume tu.

      sy bagi contoh england, ramaaiii je umat islam kat situ yang nama je islam tapi pemakain dan cara hidup da bukan islam sebab pengaruh sekitar yang bukan islam tu terlampau kuat.. manusia bukannya rasul yang maksum, kalo da pengaruh sekitar tu kuat dan berterusan, tak mustahil akan terpengaruh.. persekitaran (cara pemerintahan oleh pemerintah)memainkan peranan penting, walau sekuat mana pon iman memang boleh terpengaruh bcoz kita bukanny maksum.. saya cakap ni atas pengalaman penah duk england so saya nampak.. dan jujur saya cakap, masa balik malaysia saya memang terkejut gle2 bcoz bayangan saya selama duk kat england ialah malaysia merupakan “negara islam” sebagai mana yang di war2 kan tapi bile jejak je kaki kat tanah malaysia…. ini bukan negara islam..

      Nape? senang je.. pemerintahan perlu berdasarkan al-quran dan sunnah sepenuhnya.. baru negara islam.. tapi malaysia ikut ke segala hukum hakam dalam AL QURAN????



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK