in ,

Percutian Pantai Berseri di Seri Resort Gili Meno, Lombok

Lombok kini sudah mula mendapat tempat di hati pelancong sebagai salah sebuah destinasi percutian di Indonesia. Kini Lombok bukan hanya dikenali sebagai pusat perkampungan nelayan. Tidak keterlaluan jika dikatakan keindahan pantai di Lombok mungkin lebih panoramik jika dibandingkan dengan Bali. Peluncur air pula sudah mula mengubah kompas mereka ke destinasi ini yang dikatakan punya daya ombak yang lebih mencabar.

Namun, Lombok bukan hanya untuk peluncur air yang sentiasa dahagakan cabaran ombak yang lebih besar. Pulau-pulau kecil Lombok seperti Gili Trawangan dan Gili Meno juga kini menjadi pusat pelancongan di mana terdapatnya pelbagai hotel dan resort mengikut citarasa pelancong. Antara hotel dan resort yang terdapat di sekitar Gili Meno ini wujud sebuah resort yang mungkin mampu menambahkan ‘seri’ kepada percutian idaman anda.

Percutian Pantai Berseri di Seri Resort Gili Meno, Lombok

Melangkahkan kaki ke Seri Resort di Gili Meno anda akan disambut dengan penuh mesra oleh kakitangan resort dan anda akan terpesona dengan warna tema putih di sekeliling resort tersebut.

Terletak di pulau kecil Gili Meno (salah satu pulau kecil bersebelahan Lombok), Senibina Seri Resort Gili Meno adalah berasaskan warna putih dan membawa konsep ketenangan.
Kalau anda ingin berada di dalam suasana resort yang menenangkan, namun masih ‘chic’ dan minimalist serta memberikan layanan yang terbaik sepanjang penginapan anda, Seri Resort Gili Meno adalah jawapannya. Resort ini juga menjadi pilihan ramai pelancong yang inginkan suasana romantis. Maka ramai penginap di resort ini terdiri daripada mereka yang berbulan madu ataupun yang menyambut ulang tahun perkahwinan. Tidak ketinggalan juga bagi keluarga yang ingin bercuti dan menikmati layanan bertaraf antarabangsa daripada resort ini.

Bagi memastikan anda mendapat yang terbaik daripada percutian anda, Seri Resort Gili Meno menawarkan pelbagai konsep penginapan mengikut citarasa pengunjung. Antara tempat penginapan yang disediakan oleh resort ini ialah 16 unit bilik suite berhadapan pantai dengan balkoni, 18 unit banglo luas dengan satu bilik tidur, serta 22 unit pondok unik dengan bilik air di luar bagi ‘backpackers’ yang ingin berjimat-cermat.

Tidak cukup dengan pilihan penginapan yang pelbagai, mereka yang menginap di resort ini juga diberi pilihan untuk menjamu selera di lounge serta restoran yang tersedia.
Bukan sahaja anda diberi pilihan untuk makan di restoran yang memenuhi selera anda, anda jugaboleh berenang di kolam renang untuk anda bersantai.

Letih seharian dengan aktiviti di sekitar resort anda boleh menikmati kelas yoga dan layanan spa di resort ini iaitu di Amber Yoga Retreat & Spa. Yang pastinya, perkhidmatan yang disediakan di spa ini seperti urutan dan mandi bunga akan membuatkan anda segar dan direjuvenasi semula untuk meneruskan percutian anda dengan lebih bertenaga.
Selain dari itu, antara kemudahan lain yang disediakan oleh Seri Resort adalah kemudahan wi-fi percuma kepada penginap resort.

Jika resort ini menjadi pilihan anda, hampir pasti anda menambahkan ‘seri’ kepada sebuah percutian yang sempurna!

Percutian pantai berseri di Seri Resort Gili Meno, Lombok
oleh Shah Shamshiri

Percutian Pantai Berseri di Seri Resort Gili Meno, Lombok

Percutian Pantai Berseri di Seri Resort Gili Meno, Lombok

Percutian Pantai Berseri di Seri Resort Gili Meno, Lombok

Percutian Pantai Berseri di Seri Resort Gili Meno, Lombok

Percutian Pantai Berseri di Seri Resort Gili Meno, Lombok

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dinner Sambil Menikmati Sunset di Aston Sunset Beach Resort, Gili Trawangan

Malaysia Tawar Kandungan Kreatif Kepada Dunia di MIPCOM 2015