Perceraian Nash dan Sosilawati Lawiya Tidak Sah
Akhirnya, yang benar biasanya akan dizahirkan juga. Penyanyi rock lagenda, Nash akhirnya bersyukur dan gembira kerana mahkamah telah memutuskan perceraiannnya dengan isterinya tidak sah.

Tags: Berita, NashPETALING JAYA: Penceraian antara penyanyi rock Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 47 dan isterinya, Sosilawati Lawiya, 44 diputuskan tidak sah oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini.
“Penceraian kami tidak sah. Saya yakin dan percaya, Allah akan bagi kekuatan kalau kita benar dan betul. Alhamdulillah dan terima kasih kepada keluarga, kawan terdekat dan peminat yang sentiasa mendoakan saya,” kata Nash ketika dihubungi selepas memenangi kes tersebut.
Ditanya adakah keputusan mahkamah tersebut membuatkan hubungannya dan Sosilawati kembali pulih, Nash menjawab perkara itu jatuh pada nombor 10 dan beliau enggan mengulas lanjut tentangnya.
Dalam pada itu, Sosilawati yang mengaku kalah pula berkata dia berpuas hati dan menghormati keputusan mahkamah seadanya. Sosilawati akui saksi yang dikemukakan sebelum ini tidak mempunyai bukti yang kukuh.
Namun, dalam masa yang sama, dia turut meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan Nash yang sudah lebih setahun tidak pulang ke rumah sejak dia memfailkan permohonan cerai pada September tahun lalu.
“Jika dia masih sah suami saya, kenapa dia tak balik rumah sejak lebih setahun lalu hingga sekarang. Dia juga tidak menghubungi saya dan bertanyakan keadaan saya. Kalau dia nak balik, saya masih boleh terima dia kerana dia perlu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami,” beritahu Sosilawati ketika dihubungi tadi.
Justeru, Sosilawati tetap untuk memohon fasakh dan cerai taklik dalam masa seminggu ini di mahkamah yang sama. Kisah Nash-Sosilawati menjadi tajuk hangat apabila pada Ogos lalu, Nash yang juga bekas vokalis kumpulan Lefthanded ini mendakwa beliau tidak pernah melafazkan cerai terhadap isteri keduanya, pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages itu. Penyanyi yang terkenal dengan lagu Ku Di Halaman Rindu, memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, beliau sanggup bersumpah syarie kerana tidak pernah memberitahu mana-mana pihak mengenai lafaz cerai yang disebut terhadap isterinya.
Nash yang mengahwini Sosilawati pada 17 November 2006, bagaimanapun mengakui memang berlaku krisis rumah tangga antaranya dengan Sosilawati selepas kira-kira empat bulan mereka berkahwin. Perbicaraan diadakan di hadapan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Mohammad. Nash diwakili peguam syarie Amli Embong dan Ahmad Daud, manakala Datuk Mohd Zaidi Mohd Zaid mewakili Sosilawati.
Sumber: Mstar Online
Baca artikel lain yang berkaitan:








November 13th, 2008 at 1:49 pm
ENTAH LA ..LABU…MACAM MAIN – MAIN JE CERAI – CERAI NI YE???
November 13th, 2008 at 1:56 pm
Apakah yang syukur atau happynya nash ni? Bahawa dia TAK pernah melafazkan cerai? SO what?
For 1 year he was never a husband pun! Is he bersyukur or happy about that? Dah la tak bagi nafkah zahir dan batin untuk tempoh itu. To me, walaupun kes sedang bersidang and because you are so confident that he is still your wife, sekurang-kurangnya kasi nafkah zahir kalau batin tak boleh kasi. Ini nope!
November 13th, 2008 at 7:37 pm
yelah, apa masaalahnye dgn Nash ni? dah tak suke istri tu, lepaskan sajelah! Apa motifnye?Apakah disbbkan istri tu berduit, dia masih nak jadi suami yg SAH??
November 13th, 2008 at 8:43 pm
Hmm.. rasanya lani nak sebut CERAI lgi senang drp nk bagi salam .. wallahualam ..
November 14th, 2008 at 6:47 am
ler akhirnya nk cerai juga yer..ish2…
November 14th, 2008 at 10:28 am
Rasanya satu pihak happy dan satu pihak lagi memang nak bercerai, jadi…macam mana nak teruskan kehidupan sebagai suami isteri?
November 14th, 2008 at 10:39 am
Dua2 dh mlalui episod prceraian sblum depa brkahwin.. harap dpt blaja dr ksilapan dlu ..
December 4th, 2008 at 12:05 am
Hnyb…itulah realiti kehidupan artis kan…bila gadoh sket je msti nak mtk cerai..yg laki pulak senang2 lepas talak..tp dlm kes Nash ni aku rasa..mgkin bini dia ni sombong kot..kn dia lebih kaya dr Nash … lg satu kisah c Bell…ade ke benda yg di murka oleh Allah.. di buat main2??? ish..ish..ish… tak kan mak bapak tak ajaq kot hal cerai berai ni tak boleh buat main2…skrang sapa yg jd mngsa..ank2 jugak….ntah le…
December 4th, 2008 at 12:48 am
Sape yg jdi mgsa? Yg komen kt sni gak yg jdi mngsa fanatik2 pujaan depa ni! Hahaha..
December 11th, 2008 at 2:22 pm
UC ade tebaca dlm mjlah urtv ttg kes nash n his wife..ksian..sudah2 le merajuk tu nash ooii..dah bini pnggil balik,balik je le..mmg le sepatutnye istri kene ikut suami tp nash sendiri yg cari wife kaya cam tu so kene terima la.. kalau agak2 dah tak boleh stay tugeder-geder..ceraikan istri tu..jgn le buat cam tu..gntung tak bertali..sian bini nash tu…malu le kat ank2 nash sendiri…..
*aik..SIS HNYB..dah tuko nick ke???..hehehehe*
December 23rd, 2008 at 3:51 am
cik ummie awk ni nk ckp org sombong awk kenal ke sosilawati??
jangan ingat semua orang kaya sombong..
itu rezeki dan ganjaran dari ALLAH atas usaha die
dulu sosilawati tu susah orangnya,hanya ALLAH S.W.T je yang tahu keperitan hidup sosilawati untuk membesarkan 6 anak..
sebelum mengata kite perlu tahu latar belakang seseorang itu dulu..